Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Pewarisan Takhta 2013
(
bahasa Inggeris
:
Succession to the Crown Act 2013
) (c. 20) ialah suatu
Akta
Parlimen United Kingdom
yang mengubah undang-undang
pewarisan takhta British
selaras dengan
Perjanjian Perth
2011.
[2]
Akta ini memansuhkan
Akta Perkahwinan Diraja 1772
, menggantikan
pewarisan putera sulung
dengan
pewarisan anakanda sulung mutlak
bagi yang diputerakan dalam susur galur pewarisan selepas 28 Oktober 2011, yang bermaksud paduka anakanda sulung, tanpa mengira jantina, akan mendahului paduka-paduka adindanya. Akta ini juga menamatkan ahli kerabat yang mengahwini penganut
Roman Katolik
tidak dibenarkan daripada susur galur pewarisan, dan membuang syarat bagi yang di luar
enam ahli kerabat pertama
dalam susur galur takhta memohon limpah perkenan Raja Pemerintah untuk berkahwin. Ia berkuat kuasa pada 26 Mac 2015,
[1]
pada masa sama dengan
alam Komanwel
yang lain melaksanakan Perjanjian Perth dalam undang-undang masing-masing.
[3]