Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air liur
merupakan bahan berair yang terletak di mulut organisma yang dirembeskan oleh
kelenjar air liur
. Air liur manusia terdiri daripada 99.5%
air
manakala 0.5% yang selebihnya terdiri daripada
elektrolit
,
mukus
,
glisoprotein
,
enzim
, dan sebatian
antibakteria
seperti
IgA
rembesan dan
lisozim
.
[1]
Enzim-enzim dalam air liur adalah penting dalam pencernaan kanji dan lemak makanan, dan juga memainkan peranan dalam memecahkan zarah makanan yang tersumbat dalam rekahan gigi untuk melindungi gigi daripada dirosakkan oleh bakteria.
[2]
Lebih-lebih lagi, air liur bertindak sebagai pelicin yang membasahkan makanan dan membolehkan penelanan, serta melindungi permukaan bermukus rongga mulut dari kering.
[3]
Pelbagai spesies mempunyai kegunaan khas untuk air liur selain prapencernaan. Sesetengah
burung layang-layang
menggunakan ludah yang melekit untuk membina sarang. Sarang
Aerodramus
dicari-cari untuk membuat
sup sarang burung
.
[4]
Ular tedung, ular kapal, dan sebagainya memburu dengan. Sesetengah artropod seperti labah-labah dan beluncas membuat benang dari kelenjar air liur.