Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koordinat
:
43°04′48″N
79°04′16″W
/
43.080°N 79.071°W
/
43.080; -79.071
(
Niagara Falls
)
Air terjun Niagara
(
bahasa Inggeris
:
Niagara Falls
,
Perancis
:
les Chutes du Niagara
) ialah satu kelompok
air terjun
yang besar di
Sungai Niagara
yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah
Ontario
,
Kanada
dan negeri
New York
,
Amerika Syarikat
. Air terjun ini terletak 27 km di
barat daya
Buffalo, New York
, 120 km di selatan
Toronto, Ontario
di antara
bandar berkembar
Niagara Falls, Ontario
dan
Niagara Falls, New York
.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh
Goat Island
ialah
Air terjun Horseshoe
, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan
Air terjun Amerika
, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah
Air terjun Bridal Veil
yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh
Luna Island
. Sistem air terjun ini terbentuk apabila
glasier
mula mencair pada penghujung zaman glasier Wisconsin (
zaman air batu
terakhir) dan air tercair ini mengalir asal dari
Tasik-Tasik Besar
yang juga baru sahaja terbentuk membentuk laluan menerusi
Tubiran Niagara
dalam perjalanan menuju ke
Lautan Atlantik
. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.
[1]
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan
hidroelektrik
. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.