Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aerogel
ialah sejenis bahan ultraringan berliang
sintetik
terbitan
gel
di mana komponen
cecair
gel tersebut digantikan dengan
gas
[1]
lalu menghasilkan suatu pepejal ber
ketumpatan
sangat rendah
[2]
dan rendah
daya pengaliran termanya
. Ia tampak kelihatan
lutcahaya
kerana isinya yang
menyerakkan
cahaya
.
Bahan ini dihasilkan dengan mengekstrakkan cecair pelbagai sebatian kimia
[3]
secara perlahan-lahan melalui kaedah pengeringan lampau genting (
supercritical drying
) yang membolehkan cecair menyejat dengan perlahannya tanpa meruntuhkan matriks pepejal gel yang sering berlaku akibat
tindakan rerambut
hasil kaedah
penyejatan
yang biasa.
Nama "aerogel" dengan sendirinya tidaklah merupakan suatu bahan tunggal dengan formula kimia tetapi lebih merujuk kepada kelompok mana-mana bahan yang mempunyai struktur geometri yang sama.
[4]