Adolf Windaus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adolf Windaus
Kelahiran
Adolf Otto Reinhold Windaus

25 Disember 1876
Meninggal dunia 9 Jun 1959 (1959-06-09) (umur 82)
Warganegara Jerman
Anugerah Hadiah Nobel dalam Kimia (1928)
Kerjaya saintifik
Bidang Kimia organik
biokimia
Penasihat kedoktoran Heinrich Kiliani
Pelajar kedoktoran Adolf Butenandt
Erhard Fernholz
Kubur Adolf Windaus di Gottingen

Adolf Otto Reinhold Windaus (25 Disember 1876 – 9 Jun 1959) merupakan seorang ahli kimia Jerman yang menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1928 bagi hasil kerjanya terhadap sterol dan hubungan mereka dengan vitamin . Beliau merupakan penasihat kedoktoran kepada Adolf Butenandt yang juga menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1939.

Adolf Windaus dilahirkan di Berlin . Minatnya dalam kimia menerima tunjuk ajar dari Emil Fischer . Beliau mula menekuni perubatan dan kimia di Berlin dan kemudiannya di Freiburg . Beliau mendapat PhD pada awal 1900 dan menumpukan perhatian kepada kolestrol dan sterol lain di Universiti Freiburg . Pada 1913 beliau menjadi profesor kimia di Universiti Innsbruck dan pada 1915 beliau ditukarkan ke Universiti Gottingen di mana beliau kekal sehingga persaraannya pada 1944.

Beliau terlibat dalam penemuan trasnformasi kolestrol melalui beberapa langkah ke atas vitamin D 3 (Kolekalsiferol). Beliau memberikan patennya kepada Merck dan Bayer dan membawa kepada ubat Vigantol pada 1927. [1]

vitamin D 3
7-Dehydrocholesterol

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

Catatan

  1. ^ Haas, Jochen (2007). "Vigantol ? Adolf Windaus und die Geschichte des Vitamin D" [Vigantol ? Adolf Windaus and the history of vitamin D]. Wurzbg Medizinhist Mitt . 26 : 144?81. PMID   18354894 . Cite has empty unknown parameter: |month= ( bantuan )

Sumber

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]