Aci sesondol atas
atau
Sesondol atas
(
OHC
) merupakan konfigurasi
rangkaian injap
yang menempatkan
aci sesondol
di dalam
kepala silinder
, di atas
kebuk pembakaran
, serta menggerakkan injap atau tapet secara lebih terus daripada
enjin
injap atas
(OHV) yang menggunakan
rod penolak
. Jika dibandingkan dengan sistem OHV dengan bilangan injap yang sama, komponen gerakan salingan pada sistem OHC adalah kurang serta mempunyai jumlah jisim yang lebih ringan. Walau sistem ini lebih rumit daripada OHV, kebanyakan pengeluar enjin boleh menerima pertambahan kerumitan untuk memperoleh prestasi enjin yang lebih baik serta keupayaan rekaan enjin yang lebih fleksibel. Satu lagi kelebihan dari segi prestasi boleh didapati hasil konfigurasi rongga optimum yang lebih baik melalui reka bentuk aci sesondol atas. Dengan ketiadaan rod penolak yang mengganggu, rekaan kepala silinder aci sesondol atas boleh menggunakan rongga yang lebih lurus dan lebih lawas.
Sistem OHC boleh digerakkan dengan cara yang sama seperti sistem OHV, termasuklah penggunaan
tali sawat pemasa
,
rantai
, atau dalam kes yang lebih jarang,
gear
.
Selain berupaya untuk menggunakan berbilang injap (3, 4 atau 5) sesilinder, kebanyakan enjin OHC hari ini menggunakan
pemasaan injap boleh laras
untuk menambah baik kecekapan dan kuasa enjin. OHC juga membolehkan kelajuan enjin yang lebih tinggi dicapai berikuran jisim komponen sistem injap yang berkurangan.
Terdapat dua jenis rekaan sistem aci sesondol atas: aci sesondol atas tunggal (SOHC), serta aci sesondol atas berkembar (DOHC).
Aci sesondol atas tunggal (SOHC) merupakan rekaan di mana satu aci sesondol ditempatkan di dalam
kepala silinder
. Bagi enjin sebaris, ia bermaksud terdapat hanya satu aci sesondol di dalam kepala silinder, manakala dalam
enjin V
atau
enjin rata
pula terdapat dua aci sesondol: satu bagi setiap baris silinder.
Rekaan SOHC mempunyai kurang jisim komponen salingan berbanding rekaan OHV. Ia membenarkan kelajuan enjin yang lebih tinggi, sekaligus menambah keluaran kuasa bagi kadaran
kilasan
yang diberi. Sesondol menggerakkan injap secara terus ataupun melalui
lengan jumpelang
, tidak seperti enjin injap atas yang mempunyai tapet, rod penolak yang panjang, serta lengan jumpelang bagi memindahkan pergerakan sesondol pada injap. Jika digunakan bagi rekaan enjin berbilang injap, rekaan SOHC menawarkan tahap kerumitan yang kurang berbanding rekaan rod penolak.
Rekaan aci sesondol atas berkembar (DOHC) dikenali melalui penggunaan dua aci sesondol di dalam kepala silinder, satu untuk injap-injap masukan dan satu lagi untuk injap-injap ekzos. Bagi enjin V dan enjin rata pula, jumlah aci sesondol yang digunakan ialah empat dan
bukannya
dua, iaitu dua aci sesondol bagi setiap baris silinder.
Walaupun enjin DOHC sering dikaitkan dengan enjin berbilang injap, masih terdapat sesetengah pengeluar yang lebih gemar menggunakan rekaan SOHC bagi rekaan empat injap sesilinder. Honda, misalnya, menggunakan rekaan SOHC 4 injap sesilinder bagi beberapa keluarga enjin terbarunya seperti
enjin Siri L
pada
Honda City
dan
enjin Honda R
pada
Honda Civic
bagi mengurangkan kos keseluruhan. Juga, tidak semua enjin DOHC merupakan enjin berbilang injap?DOHC lazim digunakan dalam rekaan kepala silinder dua injap sesilinder selama berdekad sebelum kepala silinder berbilang injap dicipta. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang rekaan DOHC sinonim dengan kepala silinder berbilang injap, memandangkan hampir kesemua enjin DOHC moden mempunyai antara tiga hingga lima injap sesilinder.
[1]