Dato' Haji
Abu Bakar Chik
D.S.M.T. (Terengganu), S.M.T. (Terengganu)
|
---|
|
|
Dalam jawatan
1999?2004
|
Didahului oleh
| Abdul Wahab Ngah (BN-UMNO)
|
---|
Digantikan oleh
| Khazan Che Mat
(BN-UMNO)
|
---|
|
Dalam jawatan
1982?1986
|
Didahului oleh
| Abdul Rashid Muhammad (BN-UMNO)
|
---|
Digantikan oleh
| kerusi dibubar
|
---|
|
|
Lahir
| (
1950-08-18
)
18 Ogos 1950
Kampung Masjid Tepoh,
Kuala Terengganu
,
Terengganu
|
---|
Meninggal dunia
| Jun 23, 2014
KM 390,
Lebuhraya Pantai Timur
,
Terengganu
|
---|
Parti politik
| Parti Islam Se-Malaysia
|
---|
Pasangan
| To’ Puan Zaitun binti Salleh
|
---|
Kediaman
| Terengganu
|
---|
Pekerjaan
| Ahli politik
,
Guru
|
---|
Dato'
Abu Bakar Chik
merupakan ahli politik
Malaysia
berbangsa
Melayu
dari
Parti Islam Se-Malaysia
. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Kerajaan Negeri Terengganu. Bekas
Menteri Besar Kelantan
dan juga Mursyidul Am PAS, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyifatkan beliau sebagai 'Bapa Pendidikan PAS'. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2014 akibat kemalangan jalan raya.
Abu Bakar lahir di Kampung Masjid Tepoh,
Kuala Terengganu
,
Terengganu
pada tahun 18 Ogos 1950. Mendapat
pendidikan
awal di
Sekolah Rendah Bukit Nenas
. Kemudian melanjutkan
pelajaran
ke
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
dan
Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin
di
Batu Burok
,
Kuala Terengganu
. seterusnya ke
Kolej Islam Klang
(KIK). Tahun 1973 beliau memasuki
UKM
hingga mendapat Ijazah Pertama Pengajian
Islam
dan
Diploma
Pendidikan. Di
UKM
, beliau memegang jawatan
Presiden
Persatuan
Mahasiswa
UKM
. Pada tahun
1977
beliau menubuhkan
Institut Berakan
bersama rakan-rakannya di samping bergerak cergas dalam
PAS
.
Isterinya bernama To’ Puan Zaitun binti Salleh dan mereka mempunyai anak 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan). Pada 13 Julai 2012, ibunya Esah Yusuf meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 88 tahun. Sembahyang jenazah diadakan di Kampung Tepoh,
Kuala Nerus
,
Terengganu
.
[1]
- 1977 ? 1981 : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu.
- 1982 ? 1986 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Terengganu
- 1997 ? 1999 : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP)
- 1999 ? 2004 : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
- 1999 ? 2004 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Terengganu
- 2000 ? 2004 : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
- 2004 ? 2014 : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
- 2008 ? 2014 : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan Politik
Beliau menjadi ADUN
Jeram
selepas menang dalam
Pilihan raya umum Malaysia 1982
(1982-1986) .Beliau ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dari 1984 hingga 1986 di
Kem Tahanan Perlindungan Kamunting
(KEMTA),
Taiping
,
Perak
. Dalam
Operasi Lalang 1987
sekali lagi beliau ditahan di bawah
ISA
. Sekali lagi beliau menang bertanding di DUN
Batu Rakit
dalam
Pilihan raya umum Malaysia 1999
ketika
PAS
menang di negeri Terengganu dan Haji
Abdul Hadi Awang
menjadi
Menteri Besar Terengganu
.
Pembabitan beliau dalam politik dapat dilihat dari senarai berikut :
- 1981: Menyertai
Parti Islam Se-Malaysia
(PAS)
- 1984?1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
- 1989?1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
- 1999?2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
- 2000?2014: Ahli Jawatankuas PAS Pusat
- 2000?2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
- 2007?2014: Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
- 2008?2014: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
- 1968?1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.
- 1975?1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
- 1976?1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
- 1977?1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.
- 1979: Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah Taski ABIM
- 1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
- 1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
- 1989?1999: Pengerusi
PASTI Malaysia
- 2006?2008: Penasihat (Luar)
Yayasan Amal Malaysia
- 2009?2014: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
- 2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)
Penglibatan di peringkat antarabangsa
[
sunting
|
sunting sumber
]
- 1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
- 1989 & 1993:Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
- 1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
- 1997 & 1998:Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
- 2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
- 2005 ? 2014: Presiden
Persekutuan Belia Islam Asia
- 2007:Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)
Beliau mendapat pengalaman bersama dengan gerakan pelajar dalam negeri dan di luar negara sepanjang pengajian dan perjalanannya ke
Amerika Syarikat
,
United Kingdom
,
Sudan
,
Iran
,
Pakistan
,
India
,
Yaman
dan beberapa negara di
Timur Tengah
dan
Asia Tenggara
.
- 2002:Setia Mahkota Terengganu (SMT)
- 2003:Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
- 2003:Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Terengganu.
- 2003:Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Pusat
- 2009:Tokoh Pasti Malaysia
Antara karya beliau ialah :
- 1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam ? Angkatan Edaran Sdn Bhd
- 1998: Ketahanan Gerakan Islam ? Ilmu Amal Sdn Bhd
- 1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) ? Darul Biarak, Beirut, Lubnan
- 2007: Pilihan raya: Satu Tuntutan Jihad ? Pustaka Damai
- 2011: PAS 60 Tahun ? Pustaka Damai
- 2013:Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb ? Pustaka Damai
[2]
Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di
Lebuh Raya Pantai Timur
KM 390 laluan
Bukit Besi
-
Ajil
pada 23 Jun 2014
[3]
. Jenazah dibawa ke
Hospital Hulu Terengganu
di
Kuala Berang
.
[4]
Pembantunya Hasmizi Hasan yang memandu kereta
Toyota Camry
tersebut hanya cedera. Kereta itu melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Solat jenazah
diadakan di
Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah
(MTT),
Tok Jiring
.
[5]