Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Tan Sri Dato' Dr. Haji
Abdullah Sanusi bin Ahmad
(30 Januari 1936 ? 29 November 2003)
[1]
merupakan bekas Naib Canselor
Universiti Malaya
(UM) dan Presiden
Universiti Terbuka Malaysia
(OUM)
Beliau dilahirkan pada
30 Januari
1936
di
Kuala Pilah
,
Negeri Sembilan
dan telah melangsungkan perkahwinan dengan Puan Sri Hashimah Hj Ismail dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Faizal, Mudzafar, Redza dan Iskandar. Beliau juga mempunyai 3 orang menantu iaitu Dr.Sharifah Aishah,
Dia Fadila
dan Ivanna Yazmin.
Beliau mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Ekonomi, Pengajian Melayu dan Belanda pada 1960 dan 1961 daripada Universiti Malaya Singapura (1960) dan
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
(1961). Kemudian beliau mendapat Certificate in Government dan Development,
Oxford University
, United Kingdom (1967) dan Certificate in Management Services, Royal Institute of Public Administration (London) (1968). Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedua di Pittsburg University, Amerika Syarikat dan Southern California University, Amerika Syarikat. Akhirnya beliau menamatkan ijazah kedoktorannya di Southern California Univeristy, Amerika Syarikat.
Mendapat pendidikan awal di
Tuanku Muhammad School
(TMS) ,
Kuala Pilah
,
Negeri Sembilan
.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam kerajaan,antaranya Pengarah Awam Unit Pengurusan Moden dan Tenaga Kerja, Jabatan Perdana Menteri (Apr. 1977-Dis 1980), Setiausaha Am Kementerian Perusahaan Awam (Jan. 1981-Mac 1986), Naib Presiden Sektor Pengurusan Sumber Manusia
PETRONAS
(Apr 1986-1994), Naib Canselor
Universiti Malaya
dari tahun 1994 hingga 2000 serta Presiden dan Ketua Eksekutif merangkap Naib Canselor
Universiti Terbuka Malaysia
(OUM) dari April 2001 hingga 2003.
Dalam sektor koperasi,beliau telah menjadi Ahli Lembaga syarikat-syarikat besar seperti
Lembaga Padi dan Beras Negara
,
Petronas Carigali
Sdn.Bhd. dan
Nationwide Express Courier
Bhd.
Beliau meninggal dunia pada
29 November
2003
kerana
sakit jantung
. Allahyarham selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
,
Damansara
,
Kuala Lumpur
pada kira-kira jam 2.00 petang hari berkenaan.
- Masalah Ekonomi Malaysia (DBP, 1966)
- Peranan Jabatan Mengarang (DBP, 1966)
- Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan - Koleksi Ceramah Umum (DBP, 1994)
- The Kennedy Star (1995)
- D.S.N.S (1981)
- K.M.N (1973)
- P.S.M (1997)
- Majalah Varsiti Universiti Malaya 1997/98
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|