Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagi
vertebrat
seperti
mamalia
,
abdomen
membentuk bahagian badan antara
toraks
(dada) dan
pelvis
. Bahagian yang diliputi oleh abdomen dikenali sebagai
rongga abdomen
. Dalam
artropod
, ia merupakan bahagian badan yang paling jauh di mana terletak di belakang toraks atau
sefalotoraks
.
Abdomen
atau
Weteng
merupakan rongga yang besar di mana diliputi oleh otot abdomen, secara ventral dan sisi serta turus vertebra secara dorsal. Tulang rusuk bawah juga diliputi oleh dinding ventral dan sisi. Rongga abdomen berlanjutan dengan rongga pelvis. Ia dipisahkan daripada
rongga toraks
oleh
diafragma
. Struktur seperti
aorta
,
vena cava
inferior dan
esofagus
bergerak melalui diafragma. Kedua-dua rongga abdomen dan pelvis dilapisi oleh membran serosa iaitu
peritoneum parietal
. Membran ini diteruskan dengan
peritoneum visera
melapisi organ.
[1]
Abdomen dalam vertebrat mengandungi beberapa organ, sebagai contoh, kepunyaan
saluran pencernaan
dan
sistem kencing
.
[2]
[3]
Sesetengah mamalia mempunyai organ abdomen yang khas. Contohnya perut ruminan (suborder mamalia) yang dibahagi kepada empat ruang iaitu
rumen
,
retikulum
,
omasum
dan
abomasum
.
[4]
Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut
tergit
dan plat atas cembung yang dikenali sebagai
sternit
, keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.
Abdomen mengandungi saluran pencernaan serangga dan organ pembiakan, ia terdiri daripada 11 segmen di dalam kebanyakan order serangga tatkala segmen ke-11 tiada dalam serangga dewasa pada kebanyakan order yang lebih tinggi. Bilangan segemen ini berbeza-beza dari spesies ke spesies dengan bilangan segmen yang ketara dikurangkan kepada tujuh sahaja dalam
lebah
biasa.
Collembola
pula hanya mempunyai enam segmen abdomen.
Kadangkala abdomen telah diubah suai. Dalam
semut
, segmen abdomen pertama telah dicantumkan kepada
toraks
dan dipanggil
propodeum
. Segmen kedua membentuk
petiol
sempit. Sesetengah semut memiliki segmen
pospetiol
dan baki segmen membentuk bebuli
gaster
.
Berbeza dengan artropod, serangga tidak mempunyai kaki pada abdomen dalam bentuk dewasa, namun Protura memilikinya dengan apendaj bak kaki pada tiga segmen abdomen pertama manakala
Archaeognatha
pula mempunyai "jarum" kecil dan beratikulat di mana merujuk kepada apendaj rudimen. Kebanyakan larva serangga termasuk
Lepidoptera
and
Symphyta
(lalat gergaji) memiliki apendaj berisi dipanggil
prokaki
pada segmen abdomennya di mana membenarkan mereka untuk mencengkam tepi daun ketika bergerak keliling.
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|