Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aage Niels Bohr
|
---|
Bohr in 1955
|
Kelahiran
| (
1922-06-19
)
19 Jun 1922
|
---|
Meninggal dunia
| 8 September 2009
(2009-09-08)
(umur 87)
Copenhagen, Denmark
|
---|
Warganegara
| Denmark
|
---|
Pusat pendidikan
| Universiti Copenhagen
|
---|
Terkenal kerana
| Geometri nukelus atom
|
---|
Anugerah
| |
---|
Kerjaya saintifik
|
Bidang
| Fizik nuklear
|
---|
Institusi
| |
---|
Tesis
| Rotational States of Atomic Nuclei
(1954)
|
---|
|
Aage Niels Bohr
([o-w? bo-?r] / [??ːw? ?nels ?bo???]; 19 Jun 1922 ? 8 September 2009) merupakan seorang ahli
fizik nuklear
dari
Denmark
. Pada 1975, beliau berkongsi
Hadiah Nobel dalam Fizik
bersama
Ben Mottelson
dan
James Rainwater
"atas penemuan hubungan antara pergerakan kelompok dan pergerakan zarah
nukleus atom
serta pembangunan teori struktur nukleus atom berdasarkan penemuan tersebut".
[1]
Aage Bohr lahir di
Copenhagen
pada 19 Jun 1922. Beliau merupakan anak keempat (dari enam adik-beradik) kepada
Niels Bohr
dan Margrethe Bohr (nama keluarga sebelumnya:
Nørlund
).
[2]
Abang sulungnya Christian meninggal dalam suatu kemalangan bot pada tahun 1934,
manakala abang ketiganya Harald mati selepas menghidap meningitis.
Semasa Perang Dunia Kedua, serta kerjasama bersama ayahnya
[
sunting
|
sunting sumber
]
Beliau meneruskan pengajian di
Universiti Copenhagen
tidak lama selepas pihak Nazi Jerman menduduki Denmark pada bulan April 1940. Di sana, beliau membantu ayahnya membuat draf persuratan dan artikel berkaitan bidang
epistemologi
dan fizik.
[2]
Pada September 1943, ayahnya Niels dan bapa saudaranya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak Denmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke
Sweden
pada 29 September.
Dari sana, Bohr tiba di Scotland atas jemputan
Lord Cherwell
pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat
British Overseas Airways Corporation
(kini
British Airways
) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.
Aage berjumpa semula dengan ayahnya di Britain seminggu selepas itu.
Beliau bukan sahaja menjadi pembantu peribadi dan setiausaha kepada Niels, tetapi juga secara rasminya menjadi penyelidik junior
Jabatan Kajian Sains dan Industri United Kingdom
(
Department of Scientific and Industrial Research
).
Anak-beranak tersebut terlibat dalam projek bom atom Britain
Tube Alloys
. Pada 30 Disember 1943, mereka membuat lawatan ke Amerika Syarikat di mana ayahnya merupakan salah satu penasihat kepada
Projek Manhattan
;
kedua-duanya diberikan nama samaran "Nicholas" (untuk Niels) dan "James (untuk Aage) Baker" demi melindungi identiti mereka.
Penemuan serta Hadiah Nobel bersama
[
sunting
|
sunting sumber
]
Aage mendapat kedoktoran beliau dari Universiti Copenhagen pada tahun 1954 selepas menulis tesisnya mengenai pusingan nukleus atom bertajuk "Rotational States of Atomic Nuclei").
[12]
Beliau menjadi profesor di sana pada tahun 1956 serta turut mengetuai Institut Niels Bohr sejak kematian ayahnya pada tahun 1962 sehingga 1970. Beliau terus aktif di Institut tersebut sehingga bersara pada 1992.
[13]
Beliau meninggal dunia di Copenhagen pada 9 September 2009
[13]
meninggalkan isteri keduanya dan anak-anak mereka.
[14]
- Hoddeson, Lillian; Henriksen, Paul W.; Meade, Roger A.; Westfall, Catherine L. (1993).
Critical Assembly: A Technical History of Los Alamos During the Oppenheimer Years, 1943?1945
. New York: Cambridge University Press.
ISBN
0-521-44132-3
.
OCLC
26764320
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- Pais, Abraham (1991).
Niels Bohr's Times, In Physics, Philosophy and Polity
. Oxford: Clarendon Press.
ISBN
978-0-19-852049-8
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- Rozental, Stefan (1967).
Niels Bohr: His Life and Work as Seen by his Friends and Colleagues
. Amsterdam: North-Holland.
ISBN
978-0-444-86977-7
. Previously published by John Wiley & Sons in 1964.
CS1 maint: postscript (
link
) CS1 maint: ref=harv (
link
)
- Rhodes, Richard (1986).
The Making of the Atomic Bomb
. New York: Simon and Schuster.
ISBN
978-0-671-44133-3
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- Stuewer, Roger H. (1985). "Niels Bohr and Nuclear Physics". Dalam French, Anthony; Kennedy, P. J. (penyunting).
Niels Bohr: A Centenary Volume
. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 197?220.
ISBN
978-0-674-62415-3
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
|
---|
1901?1925
| | |
---|
1926?1950
| |
---|
1951?1975
| |
---|
1976?2000
| |
---|
2001?kini
| |
---|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|