Samak
ialah menyucikan
kulit
haiwan
selain
anjing
dan
babi
dengan syarat-syarat tertentu. Kaedah samak ini menggugurkan benda asing iaitu
daging
,
lemak
,
tulang
,
lendir
dan
tisu
dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam iaitu boleh meluntur dan menyerap kotoran seperti
tawas
, kulit
delima
,
bahan kimia
dan sebagainya. Tujuan ini adalah bukan sahaja untuk menyucikan kulit tersebut tetapi untuk mengelakkan
pereputan
, melembutkan kulit haiwan, dan menjadikann lebih tahan untuk kegunaan manusia.
Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
Sabda
Rasulullah S.A.W.
daripada Ibnu Abbas bahawa baginda bersabda dengan maksud "Setiap kulit yang disamak menjadi bersih."
[1]
"Samak" turunan kata akar cabang barat
Proto-Malayo-Polinesia
*
samak
yang asalnya merujuk kepada spesies
mahang putih
atau
Macaranga tanarius
yang mengandungi
tanin
pada kulit kayunya untuk tujuan membersihkan dan menggelapkan kulit haiwan.
[2]
Pengungkapan ini turut terlanjut kepada pokok-pokok
Eugenia
jenis mengeluarkan bahan kimia ini.
[3]
Membersihkan kulit haiwan dan manfaatnya
[
sunting
|
sunting sumber
]
Menurut pendapat yang sahih, menyamak kulit binatang tidak wajib dibasuh dengan
air
. Oleh itu, sunat sahaja ketika menyamak kulit itu disertai dengan air. Dalam hal ini apabila kulit berkenaan selesai disamak maka harus ia diperjualbelikan, walaupun ia tidak dibersihkan dengan air.
Akan tetapi dalam masalah menggunakannya untuk kepentingan ibadat
solat
, seperti dibuat pakaian untuk menutup aurat dan seumpamanya, ataupun untuk kegunaan menyimpan barang yang basuh seperti air dan seumpamanya, tidak harus menggunakan kulit yang telah siap disamak bagi tujuan-tujuan tersebut (untuk dibawa sembahyang dan menyimpan benda yang basah) melainkan setelah dicuci dengan air, walaupun ia disamak dengan bahan yang suci, apatah lagi jika kulit itu disamak dengan menggunakan bahan penyamak yang
najis
, kerana kulit yang telah disamak itu diumpamakan seperti pakaian yang terkena najis.
Adapun jika dibersihkan najis itu dengan air sebelum kulit itu disamak adalah tidak memadai. Sebagai contoh, jika kulit yang belum disamak itu terkena najis mughallazhah lalu disucikan dengan air sebanyak tujuh kali di mana salah satunya bercampur tanah, maka tidak diterima thaharah (penyucian) itu.
[4]
Maka, sungguhpun kulit yang sudah disamak dianggap suci dari segi di mana sebelumnya ia dianggap sebagai bangkai, akan tetapi ia belum boleh dimanfaatkan (kecuali dalam masalah jual beli) melainkan setelah dibersihkan terlebih dahulu dengan air setelah kulit berkenaan siap disamak. Adapun pembersihan kulit dengan menggunakan air sebelum atau semasa kulit disamak adalah tidak memadai.
Penggunaan kulit binatang yang telah disamak adalah diharuskan dalam
Islam
sama ada dijadikan
kasut
, pakaian atau sebagainya.
Bagi penganut agama Islam,
anjing
dan
babi
itu keduanya adalah
najis mughallazah
(najis berat). Selain ditegah memakan daging babi dan anjing, ditegah juga memanfaatkan segala anggota binatang itu seperti kulit, bulu dan sebagainya, kerana babi dan anjing itu sendiri adalah najis al-‘ain.) Maka, penyamakan kulit babi dan anjing tidak menjadikan status kulit kedua-dua kulit tersebut suci walau apa kaedah sekalipun.
Sesuatu yang basah atau cecair yang datang daripada najis anjing, dan babi, seperti
tahi
,
kencing
,
air liur
,
peluh
dan
darah
adalah
najis
. Begitu juga sesuatu yang kering daripadanya seperti bulu dan kulit apabila disentuh dalam keadaan basah juga adalah najis. Cara menyucikan daripada najis ini, hendaklah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Salah satu daripadanya air yang bercampur tanah.
[5]
Ada juga sebahagian ulama seperti al-Awza’ie dan ulama yang sependapat dengan beliau mengatakan bahawa binatang buas seperti
harimau
,
serigala
dan sebagainya, adalah ditegah menggunakannnya. Mereka berhujah dengan hadis daripada Usamah yang maksudnya :
Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada menggunakan kulit-kulit binatang buas.
[6]
Dalam riwayat yang lain, daripada Usamah yang maksudnya :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang daripada menggunakan kulit-kulit binatang buas untuk dihamparkan sebagai alas.
[7]
Namun menurut sahih
asy-Syafi’e
, semua kulit bangkai itu termasuk kulit binatang buas adalah suci setelah disamak, melainkan kulit anjing dan babi. Mereka berhujah dengan beberapa dalil daripada
hadis
, di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata yang maksudnya :
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika kulit disamak maka ia menjadi bersih.
[8]
Dalam hadis yang lain, daripada
‘Aisyah
r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengizinkan untuk menggunakan kulit-kulit bangkai jika telah disamak.
[9]
Hadis di atas menunjukkan bahawa kulit bangkai binatang adalah suci setelah disamak. Kulit bangkai di sini adalah umum termasuklah juga kulit binatang buas melainkan apa yang telah disepakati akan larangannya iaitu anjing dan babi.
Walaupun hujah daripada hadis yang dikemukakan oleh Al-Awza’ie sebelum ini boleh dimaksudkan kepada kulit binatang buas yang masih berbulu, kerana pada kebiasaannya kulit binatang buas itu digunakan dalam keadaannya yang masih berbulu. Maka, kulit binatang buas itu tidaklah najis, namun yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah bulu yang ada pada kulit tersebut. Ini kerana kulit bangkai yang masih nyata berbulu tidak akan suci walaupun setelah disamak, kerana samak itu tidak memberi kesan kepada bulu.
[10]
Oleh itu, kulit yang telah disamak dan suci, harus digunakan sama ada untuk dijadikan pakaian, tempat menyimpan barang yang basah atau kering, dijual beli dan boleh dibawa ketika
sembahyang
. Adapun memakan kulit
bangkai
yang disamak, menurut qaul qadim dan pendapat yang sahih adalah
haram
sama ada dari binatang
ma’kul
(yang boleh dimakan) atau
ghair al-ma’kul
(tidak boleh dimakan)
[11]
- ^
Sahih Riwayat Muslim
- ^
Blust, Robert
; Trussel, Stephen (2010).
"*
samak
: a tree and a tannin that it yields: probably Macaranga tanarius"
.
Austronesian Comparative Dictionary
. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology
. Dicapai pada
8 November
2022
.
- ^
Wilkinson, Richard James (1932). "samak".
A Malay-English dictionary (romanised)
.
II
. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 374 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^
Nihayah al-Muhtaj, Kitab ath-Thaharah, Bab an-Najasah Wa Izalatuha : 1/251 , Al-Minhaj fi Syarh Shahih Muslim, Kitab al-Haid, Bab Thaharah Julud al-Maitah, Mughni al-Muntaj, Kitab ath-Thaharah, Bab an-Najasah
- ^
Mughni al-Muhtaj, Kitab ath-Thaharah, Bab an Najasah : 1/118
- ^
Hadis riwayat Abu Daud
- ^
Hadis Riwayat At-Tirmidzi
- ^
Hadis Riwayat Muslim
- ^
Hadis riwayat An-Nasa’i
- ^
Al-Majmu’, Kitab Ath-Thaharah, Bab al-A’niah : 1/277-278
- ^
Al-Majmu’, kitab ath-Thaharah, Bab al-A’niah : 1/287