Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat Fields
adalah sebuah hadiah yang dianugerahkan kepada dua, tiga atau empat
ahli matematik
yang berumur bawah 40 tahun di
Kongres Antarabangsa
bagi
Kesatuan Matematik Antarabangsa
(IMU), satu mesyuarat yang diadakan setiap empat tahun. Pingat Fields kadang kala dilihat sebagai kehormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang ahli matematik.
[1]
[2]
Pingat Fields dan
Hadiah Abel
kadang kala dianggap setara dengan
Hadiah Nobel
bagi seorang ahli matematik. Pingat Fields berbeza dengan Hadiah Abel dari segi sekatan umur seperti yang dinyatakan di atas, serta kekerapannya (dianugerahkan sekali setiap empat tahun).
Pingat ini disertakan dengan hadiah wang, yang mana sejak tahun 2006 bernilai
CAD
$15,000.
[3]
[4]
Pingat ini dinamakan bersempena dengan nama ahli matematik Kanada,
John Charles Fields
.
[5]
Fields merupakan individu penting kerana telah mewujudkan anugerah, mereka pingat sendiri, dan memberi dana kewangan.
[5]
Pingat pertama dianugerahkan pada tahun 1936 kepada ahli matematik Finland,
Lars Ahlfors
dan Amerika
Jesse Douglas
, dan diberi bagi setiap empat tahun sekali sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada para penyelidik matematik yang telah memberi sumbangan penting.
Pada tahun 2014,
Maryam Mirzakhani
menjadi wanita pertama yang menerima Pingat Fields.
Rencana ini menggabungkan teks dan terjemahan dari karya
kandungan percuma
. Dilesenkan di bawah CC-BY-SA IGO 3.0
Penyataan/kebenaran lesen di Wikimedia Commons
. Teks diambil dan diterjemah dari
A Complex Formula: Girls and Women in Science, Technology, Engineering and Mathematics in Asia
, 23, UNESCO, UNESCO. UNESCO.