Perang Salib Keempat
(1202-1204) pada awalnya dirancang untuk menawan
Jerusalem
daripada orang Islam dengan menceroboh
Mesir
. Sebaliknya pada bulan April 1204, tentera salib menyerang dan menawan kota
Constantinople
, ibu negara
Empayar Byzantine
. Tindakan ini dilihat sebagai satu tindak balas hasil daripada
Perpecahan Besar
dalam agama Kristian yang menyaksikan perpecahan antara
Kristian Katolik
dan
Kristian Ortodoks
. Pencerobohan dan penggeladahan kota Constatinople merupakan salah satu penggeladahan yang jelek dalam sejarah manusia.
Selepas kegagalan
Perang Salib Ketiga
(1187-1192), minat bangsa Eropah untuk melancarkan satu lagi
Perang Salib
pudar. Jerusalem pada ketika itu dikuasai oleh
Dinasti Ayubiyyah
yang menguasai keseluruhan
Syria
dan
Mesir
kecuali sejumlah kecil bandar-bandar di sepanjang persisiran pantai yang dikuasai oleh tentera salib yang berpusat di Acre, di samping kerajaan kristian salib di
Cyprus
.
Pada tahun 1198, Paus Innocent III yang baru menjadikan perang salib sebagai matlamatnya yang tidak boleh disanggah. Tetapi seruan beliau tidak dihiraukan kalangan
monarki
di Eropah. Atas pujukan seorang paderi, Fulk dari Neuilly, tentera salib akhirnya dapat dikumpulkan dalam satu pertandingan sukan di Ecry oleh Count Thibaut dari Itali, Boniface. Boniface dan pemimpin lain menghantar utusan ke
Venice
,
Genoa
dan negera kota lain untuk mendapatkan kapal pengangkutan ke Mesir yang menjadi sasaran tentera salib. Genoa tidak berminat tetapi pada bulan Mac 1202, Venice bersetuju untuk menyiapkan kapal yang dapat mengangkut 33,500 orang tentera salib. Tentera salib dianggarkan mengandungi 4,500 satria berkuda, 9,000 tentera sokongan pasukan berkuda dan 20,000 tentera.
Majoriti tentera salib yang akan bertolak dari Venice pada bulan Oktober 1202 berasal dari
Perancis
. Pasukan lain datang dari
Flanders
dan
Empayar Rom Suci
termasuk tentera di bawah Biskop Martin.
Pasukan tentera salib yang bertolak dari Venice berjumlah 12,000, kurang dari jumlah yang dijangkakan. Venice yang sudah bersiap sedia dengan kapal-kapal besar cukup untuk tiga kali ganda jumlah tentera yang sepatutnya bertolak dari Venice. Tentera salib tidak mampu membayar Venice jumlah yang dijanjikan. Perkara ini merugikan pihak Venice kerana mereka terpaksa menghentikan kegiatan perdagangan untuk menyiapkan keperluan ekspedisi tentera.
Pihak Venice dan tentera salib akhirnya berjaya mencapai kata sepakat. Venice mahukan tentera salib membantunya menyerang kota Zara yang juga sebuah kota kristian
[5]
. Zara pernah didominasi oleh pedagang Venice tetapi memberontak pada tahun 1181 dan bersekutu dengan Raja Emeric dari Hungary yang merupakan musuh kepada Venice.
Terdapat dari kalangan tentera salib tidak bersetuju menyerang Zara dan kembali ke tempat mereka tetapi wakil Paus dalam tentera salib bersetuju dengan syarat Venice untuk mengelakkan kegagalan Perang Salib. Paus Innocent bimbang dengan perkembangan ini dan menulis surat kepada pemimpin tentera salib mengancam untuk menyisihkan (excommunicate) mereka
[6]
sekiranya tentera salib meneruskan hasrat mereka menyerang Zara. Surat ini bagaimanapun disembunyikan dan serangan ke atas Zara diteruskan.
Walaupun menzahirkan mereka sebagai Kristian Katolik dengan menggantung kain bercorak palang di tingkap dan dinding kota, Zara jatuh ke tangan tentera salib dan Venice dalam kepungan yang singkat.
Selepas berjaya menawan Zara, tentera salib bersiap sedia berangkat ke Mesir dengan kapal mereka. Belum pun sempat berangkat,
Alexius Comnenus
, yang baru diusir dari takhtanya di Constantinople, meminta bantuan dari tentera salib untuk berkuasa kembali. Baginda berjanji membayar wang yang banyak apabila baginda berjaya menjadi maharaja kembali. Baginda juga berjanji untuk kembali ke pangkuan Gereja Katolik.
Tentera salib bersetuju dengan tawaran Alexius. Pada tahun 1203, dengan bantuan tentera Venice, mereka berjaya menawan Constantinople dan meletakkan Alexius IV kembali di atas takhta. Alexius IV bagaimanapun tidak mempunyai wang untuk membayar tentera salib dan Venice seperti yang dijanjikan. Maharaja Byzantine sebelumnya sempat melarikan diri dengan wang yang banyak menyebabkan kantung perbendaharaan negara kering.
Alexius IV tidak disukai rakyat Constantinople kerana hubungan baginda dengan orang Latin yang kebanyakannya juga adalah tentera salib. Apabila Alexius IV cuba untuk menaikkan cukai untuk meningkatkan perbendaharaan negara dan membayar wang kepada tentera salib dan pihak Venice, baginda semakin dibenci oleh rakyat. Akibatnya baginda dan ayahanda baginda dibunuh dan maharaja baru,
Alexius V
, menaiki takhta. Tentera salib dan Venice mendesak Alexius V menunaikan janji maharaja sebelumnya. Apabila maharaja Byzantine menolak, tentera salib dan Venice menyerang Constantinople sekali lagi.
Pada
12 April
1204
, Constantinople jatuh ke tangan tentera salib dan Venice. Tentera salib dan Venice dengan rakus menggelidah kota Constantinople dan mengambil wang, permata dan emas, serta membawa barangan berharga ini ke tempat mereka. Mereka tidak jadi ke Jerusalem dan tidak juga berlawan dengan kerajaan dinasti Ayub.
Dikhabarkan 900,000 wang perak yang dirompak dari Constantinople. Pihak Venice merampas 150,000 yang sepatutnya dibayar kepada mereka dan 50,000 untuk tentera salib. 100,000 pula dibahagi-bahagikan antara tentera salib dan Venice. Baki 500,000 wang perak pula disimpan secara rahsia oleh satria tentera salib.
Empayar Byzantine pula dibahagikan antara pihak Venice dan pemimpin-pemimpin tentera salib.
Empayar Latin
di Constantinople ditubuhkan, dan
Baldwin dari Flanders
dimahkotakan sebagai maharaja Empayar Latin.
800 tahun selepas Perang Salib Keempat,
Paus John Paul II
melahirkan perasaan sedih ke atas apa yang berlaku. Pada tahun 2001, beliau menulis surat kepada Christodoulus, Paderi Besar Athens: "Tragis sungguh apabila penyerang, iaitu mereka yang berangkat untuk membebaskan laluan masuk untuk orang Kristian ke tanah suci, menikam saudara seagama mereka sendiri. Bahawa mereka ini Kristian Latin membuatkan penganut Katolik amat menyesal."
[7]
Pada bulan
April
2004
, dalam ucapan sempena ulangtahun ke-800 penawanan kota, Ketua Ecumnical Bartholomew I secara rasmi menerima permohonan meminta maaf tersebut. Bartholomew mengatakan beliau menerima permohonan maaf berdasarkan semangat Pascha (Easter).
[8]
Perang Salib Keempat adalah salah satu antara
Perang Salib
terakhir yang dipimpin oleh pihak
Paus
walaupun ia juga tidak dapat dikawal oleh Paus sendiri. Selepas perselisihan faham antara orang biasa dan gereja yang membawa kepada kegagalan
Perang Salib Kelima
, Perang Salib seterusnya dipimpin oleh raja-raja, kebanyakannya menentang Mesir. Hanya
Perang Salib Keenam
berjaya menawan Jerusalem, itu pun dalam masa yang singkat. Akibat dari kejadian seperti ini, Perang Salib menjadi perang yang dipengaruhi faktor politik dan ekonomi serta lebih kepada untuk mengaut keuntungan dunia dan bukannya kerana semangat keagamaan.
- ^
a
b
J. Phillips,
The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople
, 106
- ^
T. Madden,
Crusades: The Illustrated History
, 105
- ^
J. Phillips,
The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople
, 159
- ^
J. Phillips,
The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople
, 157
- ^
Zara adalah kota Zadar di
Croatia
.
- ^
"History of the Church", Innocent III & the Latin East, p.371, Philip Hughes, Sheed & Ward, 1948.
[1]
- ^
EWTN - In the Footsteps of St. Paul: Papal Visit to Greece, Syria & Malta - Words
- ^
[
http://www.incommunion.org/articles/issue-33/news-issue-33
In Communion ≫ News - issue 33