OBS Studio
(juga
Open Broadcaster Software
atau ringkasnya
OBS
)
[8]
merupakan aplikasi penyiaran dan penstriman yang
bebas, sumber terbuka
dan
rentas-platform
. Aplikasi ini disediakan untuk
Windows
,
macOS
,
edaran Linux
dan
BSD
. Projek OBS mengumpul dana pada platform Open Collective dan
Patreon
.
[9]
[10]
OBS Studio ialah aplikasi
bebas dan sumber terbuka
untuk siaran
skrin
dan
penstriman langsung
. Ditulis dalam
C
/
C++
dan dibina dengan
Qt
, OBS Studio menyediakan tangkapan masa langsung, komposisi adegan, rakaman, pengekodan dan penyiaran melalui
Real Time Messaging Protocol
(RTMP),
HLS
, SRT atau
RIST
. Aplikasi ini boleh menstrim video ke mana-mana destinasi yang menyokong RTMP, termasuk
YouTube
,
Twitch
,
Instagram
dan
Facebook
.
[11]
Untuk pengekodan video, OBS Studio boleh menggunakan transkoder
x264
,
[12]
Intel Quick Sync Video
,
Nvidia NVENC
dan
Enjin Pengekodan Video AMD
untuk mengekod strim video kepada format
H.264/MPEG-4 AVC
atau
H.265/HEVC
.
[13]
Aplikasi ini boleh mengekod berbilang trek audio dalam format
AAC
. Pengguna yang lebih berpengalaman boleh memilih mana-mana codec dan perisian yang disediakan dalam
libavcodec
dan
libavformat
, atau memproses strim ke URL
FFmpeg
yang tersuai.
[14]
OBS Studio juga menyokong pemalam untuk mengembangkan fungsinya.
[15]
Antara muka pengguna utama disusun kepada lima bahagian: adegan, sumber, pengadun audio, peralihan dan kawalan. Adegan ialah kumpulan sumber seperti video, teks dan audio yang dirakam dan langsung. Panel pengadun membolehkan pengguna membisukan audio, dan melaraskan kelantangan audio melalui
aplikasi pudar
maya, dan mengenakan efek dengan menekan gear di sebelah butang bisu. Panel kawalan mempunyai pilihan untuk memulakan/menghentikan strim atau rakaman, butang untuk mengubah OBS kepada Mod Studio yang lebih profesional, butang untuk membuka menu tetapan dan butang untuk menutup program. Bahagian atas mempunyai pratonton video langsung, digunakan untuk memantau dan mengedit adegan semasa. Antara muka pengguna boleh ditukar kepada pelbagai tema, termasuk tema gelap dan cerah, berdasarkan pilihan pengguna.
Apabila dalam Mod Studio, terdapat dua tetingkap pratonton kanvas. Tetingkap kiri adalah untuk mengubah suai dan pratonton adegan tidak aktif, manakala tetingkap kanan digunakan untuk pratonton adegan langsung (masing-masing "
Preview
" dan "
Program
"). Di bahagian tengah terdapat butang peralihan sekunder, membolehkan peralihan kepada adegan tidak aktif pada tetingkap kiri menggunakan "peralihan pantas" yang ditetapkan oleh pengguna.
OBS Studio bermula sebagai projek kecil yang dicipta oleh Hugh "Jim" Bailey, tetapi pantas berkembang dengan bantuan ramai kolaborator dalam talian yang berusaha untuk menambah baik OBS dan berkongsi pengetahuan mengenai program tersebut. Versi pertama dilancarkan pada Ogos 2012.
[16]
Pada 2013, pembangunan bermula pada versi yang ditulis semula dikenali sebagai OBS Multiplatform (selepas itu dinamakan semula OBS Studio) untuk sokongan multiplatform, satu set ciri-ciri yang lebih teliti dan API yang lebih canggih.
[17]
Pada 2016, OBS "Classic" tidak disokong lagi dan OBS Studio menjadi versi utama.
[18]
Pada Mac 2022, OBS telah dilancarkan pada
Steam
untuk kedua-dua Windows dan Mac.
[19]
Pada 16 Disember 2021, seorang pembangun OBS Studio telah menarik perhatian kepada pelancaran
TikTok
Live Studio yang terhad kepada jemputan sahaja, yang nampaknya berasaskan OBS Studio, tanpa pengakuan dan melanggar lesen OBS Studio.
[20]
[21]
- ^
"Open Broadcaster Software ? Changelog"
. The OBS Project. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 May 2013
. Dicapai pada
2020-10-13
.
- ^
"Release 30.1.2"
. 5 April 2024
. Dicapai pada
23 April
2024
.
- ^
"OBS"
. The OBS Project
. Dicapai pada
2022-01-15
.
- ^
"Open Broadcaster Software | OBS"
. The OBS Project
. Dicapai pada
2020-10-13
.
- ^
"Obs-studio Download (APK, DEB, EOPKG, RPM, TGZ, TXZ, ZST)"
.
pkgs.org
. Dicapai pada
10 August
2021
.
- ^
"Locales"
. The OBS Project
. Dicapai pada
2020-10-13
.
- ^
"COPYING"
.
obsproject/obs-studio
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-10-13
– melalui GitHub.
- ^
"OBS Classic is no longer supported ? Here's how to easily switch to OBS Studio"
. The OBS Project
. Dicapai pada
26 March
2020
.
- ^
"Open Broadcaster Software ? Open Collective"
.
opencollective.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2021-03-23
.
- ^
"Hugh Bailey ("Jim") is creating the OBS Project"
.
Patreon
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2021-03-23
.
- ^
Wilde, Tyler (4 December 2012).
"How to stream games with Open Broadcaster: a fast, free livestreaming application ? News ? PC Gamer"
.
PC Gamer
. Future Publishing Limited
. Dicapai pada
2 June
2013
.
- ^
"x264 Home Page"
. VideoLan Organization
. Dicapai pada
2011-03-11
.
In addition to being free to use under the GNU GPL, x264 is also available under a commercial license from x264 LLC and CoreCodec.
- ^
"General Performance And Encoding Issues"
.
obsproject.com
.
- ^
"Surround Sound Streaming And Recording | OBS"
.
obsproject.com
.
- ^
"Plugins ? OBS Studio 24.0.0 documentation"
.
obsproject.com
.
- ^
Bailey, Hugh (31 August 2012).
"I made a streaming application so I could stream startcraft. Now it's open source and free for everyone"
.
Reddit
. Dicapai pada
10 May
2021
.
- ^
"obs-studio/README (first commit)"
.
GitHub
. Dicapai pada
2021-11-19
.
- ^
"OBS Classic is no longer supported ? Here's how to easily switch to OBS Studio"
. The OBS Project
. Dicapai pada
30 April
2017
.
- ^
"OBS Studio ? Steam News Hub"
.
store.steampowered.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2022-09-20
.
- ^
Roth, Emma (2021-12-20).
"TikTok's new Live Studio app allegedly violates OBS' licensing policy"
.
The Verge
. Dicapai pada
2022-03-14
.
- ^
Roettgers, Janko (2021-12-20).
"TikTok is accused of violating GPL with new livestreaming software"
.
Protocol
. Dicapai pada
2022-03-14
.