Istilah
atas min aras laut
(
AMSL
) merujuk kepada
aras tinggi
(di atas bumi) atau
altitud
(di udara) bagi mana-mana objek dari
datum
aras laut
purata
. Ia digunakan secara meluas dalam bidang
radio
(bagi kedua-dua
penyiaran
dan penggunaan
telekomunikasi
yang lain) oleh para
jurutera
untuk menentukan
kawasan
liputan
yang dapat dicapai oleh sesebuah stesen. AMSL juga digunakan dalam bidang
penerbangan
, dengan semua ketinggian dirakam dan dilaporkan berdasarkan min aras laut (lihat juga
aras penerbangan
), serta juga dalam bidang
sains atmosfera
.
Konsep "min aras laut" pada dirinya merupakan sesuatu konsep buatan kerana nilai untuk min aras laut bagi seluruh
planet
tidak mungkin ditentukan. Ia amat berbeza-beza walau jika skalanya dikurangkan dengan ketara. Ini disebabkan laut sentiasa bergerak dan terpengaruh oleh:
- zon tekanan (baik tinggi mahupun rendah) di atasnya;
- pasang surut
;
- perbezaan
graviti
tempatan;
dan sebagainya. Yang paling baik seseorang dapat melakukan adalah untuk memilih satu tempat dan mengira min aras laut pada tempat itu lalu menggunakannya sebagai
datum
. Misalnya,
Ukur Ordnans
menggunakan datum ketinggian berdasarkan ukuran min aras laut yang diberikan oleh sebuah
tolok pasang surut
yang terletak di
Newlyn
,
Cornwall
antara
1915
sehingga
1921
[1]
untuk
peta
Great Britainnya
. Datum ini sebenarnya berbeza dengan min aras laut di seberang sana negara sebanyak sekitar 80
sentimeter
.
Salah satu alternatif yang lain adalah untuk mendasarkan ukuran ketinggian pada
elipsoid
seluruh bumi, sebagaimana dilakukan oleh sistem-sistem seperti
GPS
. Dalam bidang
penerbangan
, elipsoid yang dikenali sebagai
Sistem Geodesi Sedunia
84 semakin digunakan untuk menentukan aras laut. Satu alternatif lagi adalah untuk menggunakan
datum
berasaskan
geoid
seperti
NAVD88
.
Apabila merujuk kepada ciri
geografi
seperti
gunung
pada
peta topografi
, perbezaan aras tinggi ditunjukkan menerusi
garis kontur
. Ketinggian gunung menandakan titik tertinggi atau puncak dan biasanya digambarkan dengan menggunakan sebuah bulatan kecil pada peta topografi, dengan ketinggiannya di atas
min aras laut
(AMSL) ditunjukkan, baik dalam
meter
mahupun dalam
kaki
atau kedua-duanya.
Ketinggian di atas rupa bumi purata
bagi sesuatu
stesen
ditentukan daripada peta topografi melalui pemurataan ketinggian ASML pada titik-titik yang terletak di sebilangan
jejari
. Hasilnya ditolak daripada ketinggian AMSL
antena
, termasuk kedua-dua ketinggian
menara
pada dirinya serta juga ketinggian bumi yang menara itu diletak, untuk menentukan perbezaan.
Nombor negatif
untuk HAAT kekadang dihasilkan apabila stesen itu terletak di
lembah
yang jauh lebih rendah, berbanding dengan gunung-gunung di sekitarnya. Dalam kes yang jarang yang lokasinya berada di bawah aras laut, AMSL pada dirinya boleh mengambil nombor yang negatif. Untuk salah satu kes sebegini, lihat
Lapangan Terbang Schiphol
di
Amsterdam
.
Atas min aras laut (AMSL) juga penting kepada para
jurutera
yang bertugas di kawasan tinggi kerana sesetengah kelengkapan tidak direka bentuk untuk aliran udara yang mencukupi bagi pendinginan kelengkapan di udara yang jarang dan justera, boleh mengaikbatkan
pemanasan lebih
, kerosakan, atau kegagalan komponen elektronik.