Kehidupan awal
sunting
Misha ialah anak keempat dari tujuh beradik kepada pasangan beretnik
Melayu
iaitu Omar Ismail, seorang penjawat awam dan Zainan Mohd Nor, seorang surirumah.
[9]
[
perlu rujukan
]
Ibu Misha juga mempunyai beberapa anak daripada perkahwinan terdahulu
[10]
. Misha menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1999 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di
Universiti Tun Abdul Razak
pada tahun 2000
[11]
. Misha minat menyanyi sejak kecil dan sering menyanyi karaoke bersama keluarganya di Kampung Bayam Guchil,
Kota Bharu
dimana lagu pop pertama yang menjadi kegemarannya adalah lagu
Menaruh Harapan
(
Zaiton Sameon
)
[12]
. Meningkat usia remaja, Misha mula meminati penyanyi
Fauziah Latiff
[13]
dan
Liza Hanim
kerana kelunakan suara mereka mengalunkan irama sentimental sehinggakan Misha seringkali menyanyi lagu-lagu mereka di dalam bilik mandi
[14]
. Misha juga mendedahkan ketika meniti usia remaja, beliau meminati muzik Pop yang dibawakan oleh
Amy Mastura
, selain mengagumi bakat lakonan artis serba boleh itu
[15]
.
Pembabitan Awal (2001-2002)
sunting
Bakat Misha mula dikesan apabila beliau menyertai Bintang RTM 2001 setelah didesak oleh ibu saudaranya. Pertandingan ini adalah yang pertama kali dan satu-satunya pertandingan nyanyian amatur yang disertainya sebelum bergelar artis rakaman. Menerusi pertandingan nyanyian yang disiarkan setiap minggu di saluran TV1 itu, Misha berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis pada peringkat akhir pertandingan tersebut. Ketika mara ke peringkat akhir, Misha mendendangkan lagu nyanyian asal
Salamiah Hassan
berjudul "Menghitung Hari" dan "Antara Yang Manis" (
Anita Sarawak
)
[16]
. Pertandingan peringkat akhir itu turut disertai penyanyi-penyanyi seperti
Sarah Raisuddin
,
Farawahida
, dan
Amir Mahiyidin
(vokalis kumpulan
Sofazr
). Juara pertandingan tersebut;
Azharina Azhar
dan naib juara disandang oleh
Asmidar
. Kesemua mereka meraih perhatian dunia seni suara dalam tempoh sepuluh tahun selepas pertandingan. Meskipun tidak bergelar juara, namun bakat Misha contohnya disedari oleh komposer terkenal
Adnan Abu Hassan
. Adnan menawarkan kontrak rakaman di bawah payung BMG Music (M) Sdn Bhd pada awal 2002.
Suara Misha pertama kali dirakamankan untuk album kompilasi khas "
Pasti Hits Adnan vs Azlan
" yang dipasarkan pada Julai 2002 menerusi lagu hits "
Bunga-bunga Cinta
"
[17]
[18]
. Mendengar vokalnya yang lunak tapi mantap
[19]
, memberi harapan bahawa Misha mampu menjadi penyanyi terkenal, sekali gus bakal mengulangi kejayaan anak didik Adnan seperti
Fauziah Latiff
, Siti, Dayang dan Liza
[20]
. Di awal pembabitan, Misha sering mendapat dorongan daripada penyanyi-penyanyi senior seperti
Sharifah Aini
[21]
,
Sheila Majid
dan
Liza Hanim
[22]
serta
Ramlah Ram
yang pernah meminjamkan jurusoleknya untuk Misha ketika bertanding di Bintang RTM
[23]
. Kebaikan yang ditunjukkan oleh penyanyi-penyanyi senior terhadap beliau mendorongnya meneruskan legasi dan kebaikan itu kepada penyanyi generasi baharu
[24]
.
Fenomena Bunga-Bunga Cinta (2003)
sunting
Ketika lagu "Bunga-bunga Cinta" meledak di corong-corong radio, Adnan dan adiknya
Azlan Abu Hassan
bekerjasama menyiapkan album sulung Misha yang dinanti-nantikan banyak pihak. Adnan turut mengundang komposer terkenal Indonesia, Tohpati untuk sama-sama merakamkan suara Misha. Ketika dalam proses rakaman Misha menunjukkan kebolehannya sebagai penulis lirik melalui lagu ciptaan Adnan bertajuk "Kau Yang Amat Ku Sayang" dan "
Lilitan Asmara
". Lirik itu penuh bermakna kerana dihasilkan secara spontan dan dalam waktu yang singkat ketika berada dalam studio rakaman. Belum berkesempatan mencipta nama, namun bakat Misha dalam arena seni suara mula menjadi perhatian komposer dan penyanyi jazz luar negara, Jim Brickman, yang sanggup memberikan lagu untuk dirakamkan semula oleh Misha selepas dia mendengar demo tape yang dihantar pihak BMG Music tidak lama sebelum itu.
Album sulung beliau berjudul "
Misha
" juga berada di pasaran pada 28 Oktober 2002
[25]
dan ternyata mendapat sambutan hangat
[26]
. Single kedua berjudul "Lilitan Asmara" juga mendaki carta radio dengan pantas diikuti single ketiga pada Januari 2003 berjudul "
Halaman Cinta
". Album Misha terjual sebanyak 10,000 unit pada 2 bulan pertama dipasaran.Pada 30 Oktober 2002, Misha terpilih untuk menjadi artis pembukaan konsert kumpulan pop terkenal United Kingdom, Westlife. Konsert sempena acara perlawanan bola sepak antara Westlife dengan artis rock tanah air untuk
Westlife Showcase & Soccer Extravaganza Live in Concert 2002
. Misha menyampaikan lagu "Bunga-bunga Cinta" dan
Destiny
di hadapan lebih 30,000 penonton namun mendapat sorakan boo daripada penonton yang rata-rata tidak mesra lagu-lagu Melayu
[27]
. Misha ternyata malu namun terus menggagahkan diri untuk menghabiskan nyanyian. Biarpun disorak sebegitu rupa, dek kerana nyanyian live beliau yang baik, Misha mula menjadi perhatian media-media urban contohnya
New Straits Times
menamakan Misha sebagai "The Next Big Thing"
[28]
.
Pada 12 Januari 2003, Misha telah membuat persembahan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk acara karpet merah
Anugerah Juara Lagu
ke-17 (2002)
[29]
. Pada 25 Januari pula, Misha diberi peluang untuk membuat persembahan penutup bersama penyanyi seangkatan lain seperti Siti Sarah dan
Elyana
dalam majlis Anugerah Media Hiburan
[30]
. Misha juga menjengah pasaran Singapura apabila diberi peluang membuat persembahan di Anugerah Pesta Perdana, anjuran saluran Suria.Pada bulan Mac 2003 juga, impian sekian lama Misha tertunai apabila dipanggil menjadi artis jemputan dalam rancangan "Hiburan Minggu Ini bersama Liza Hanim"
[31]
.
Ketika ini nama Misha sering dibandingkan dengan Siti Sarah sementelah Sarah ternyata lebih popular daripada beliau
[32]
[33]
. Persaingan sihat diantara Misha dan Sarah diteruskan dalam penganugerahan Anugerah Planet Muzik apabila kedua-duanya dicalonkan untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Pun begitu, tuah menyebelahi Sarah. Walau bagaimanapun, kemunculan Misha di atas pentas anugerah berprestij itu mengalunkan lagu "Bunga-bunga Cinta" ternyata menarik perhatian penggiat seni Indonesia terutamanya komposer
Anang Hermansyah
dan isterinya ketika itu,
Krisdayanti
[34]
. Misha sekali lagi tewas kepada Sarah apabila dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik di
Anugerah Industri Muzik
ke 10
[35]
. Selain itu, Misha juga tercalon untuk kategori
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)
dan juga Lagu Terbaik untuk lagu "Bunga-bunga Cinta" ciptaan Adnan
[36]
.
Pada Julai 2003, Misha muncul dengan album repacked "Misha" dengan mempertaruhkan
single
keempat "
Terpana
" dan kemudian popular dengan single kelima "
Semoga Abadi
" ciptaan Imaniar Noorsaid. Dalam pada itu bakat lakonan Misha pertama kali dipersembahkan menerusi sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" apabila beliau muncul sebagai artis undangan dalam episod "Dilema" pada 8 Ogos 2003. Biarpun hanya untuk suka-suka tetapi Misha memperoleh banyak tunjuk ajar daripada pemain sitkom tersebut yang begitu berpengalaman apatah lagi ia dirakam secara langsung dari studio. Misha mula menyinar apabila memenangi anugerah Artis Baru Pilihan di Anugerah Era 2003 menewaskan saingan seperti Sarah,
Ezlynn
dan
Waheeda
. Pada bulan Oktober 2003, Misha dipertandingkan di Festival Muzik Asia Shanghai yang mengiktiraf nyanyian artis baru seluruh Asia
[37]
. Tuah berpihak kepada beliau apabila meraih anugerah Piala Emas dan juga Persembahan Vokal Terbaik menerusi dua buah lagu iaitu "Bunga-bunga Cinta" dan "Lilitan Asmara". Misha berjaya menewaskan nama-nama popular seperti The Honeys (China) dan Tim Hwang (Korea Selatan)
[38]
.
Berturut daripada kejayaan itu, Misha disenaraikan ke
Anugerah Juara Lagu
ke 18 juga menerusi lagu "Bunga-bunga Cinta". Pelbagai pihak telah meramalkan penguasaan Misha dan akhirnya beliau berjaya membawa pulang trofi juara keseluruhan AJL beserta anugerah Vokal Terbaik menewaskan penyanyi yang jauh lebih senior seperti Siti Nurhaliza,
Anuar Zain
, Mus dari kumpulan May,
Ning Baizura
dan Yassin Sulaiman. Kejayaan besar di Shanghai dan Anugerah Juara lagu berjaya menaikkan jualan album itu kepada 35,000 Unit dan mendapat Anugerah Cakera Platinum. Ia adalah suatu pencapaian yang hebat memandangkan kehadiran cetak rompak yang berleluasa menjadikan kebanyakkan artis hanya sekadar terjual 15,000 unit satu album tetapi Misha berjaya mencatat jualan album melebihi 60,000 unit. Album pertamanya itu berjaya melonjak ke tangga pertama Carta RIM pada minggu pertama Januari 2004. Misha pernah bergandingan bersama kugiran punk
Amerika Syarikat
, iaitu Good Charlotte sebagai penyampai anugerah ketika acara MTV Asia Awards 2004 dimana Misha turut tercalon sebagai Artis Pilihan Malaysia.
Populariti memuncak (2004 - 2006)
sunting
Dalam tempoh masa yang singkat, populariti Misha mampu menandingi populariti artis-artis lain seperti Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza. Misha bukan sahaja dikenali di Malaysia, nama beliau juga turut menjadi sebutan oleh peminat-peminatnya di Singapura dan Brunei. Misha juga meraih lebih sepuluh anugerah dalam tempoh setahun pertama penglibatan beliau serta dicalonkan di anugerah MTV Asia menerusi kategori Artis Pilihan Malaysia serta dijemput bergandingan bersama kumpulan Good Charloote sebagai penyampai anugerah. Pada tahun 2004 Misha mula memulakan langkah dengan melibatkan diri sebagai penyanyi latar untuk filem "
Pontianak Harum Sundal Malam
" menerusi lagu berhantu berjudul "
Pulangkan
". Tidak lama selepas itu Misha ditawarkan untuk membintangi filem terbitan pengarah box-office
Yusof Haslam
menerusi filem aksi
GK3 The Movie
. Memegang watak sebagai adik kepada Inspektor Aleeza (lakonan
Abby Abadi
), Misha dicalonkan untuk memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di
Festival Filem Malaysia
ke 18, namun tewas kepada aktres
Sharifah Amani
. Sebelum filem pertamanya ditayangkan, Misha muncul dengan album kedua berjudul "
Aksara
" pada 17 Mei 2004
[39]
. Minggu pertama di pasaran album ini terus melonjak ke tangga pertama Carta RIM. Lagu-lagu seperti "
Pulangkan
" dan "
Dedebu Cinta
" menjadi siulan ramai dan meneruskan lagi legasi kemasyhuran penyanyi ini. Ketika ini juga Misha diundang menjadi pengkritik dalam rancangan TV
Akademi Fantasia
dimana hingga kini beliau merupakan pengkritik profesional yang paling muda muncul dalam program realiti, beliau hanya berusia 22 tahun ketika dipanggil untuk memberikan komentar di konsert mingguan ke-9, AF 2.
Misha terus mengorak langkah apabila memenangi pelbagai anugerah dalam bidang muzik seperti gelaran Artis Wanita Pilihan di Anugerah Era 2004, Juara Kategori Balada dan Persembahan Vokal Terbaik di
Anugerah Juara Lagu
ke 19, Pemenang Lagu Terbaik di Anugerah Hits 1 menerusi lagu "Pulangkan" dan sebagainya. Serentak dengan kejayaan album "Aksara", Misha ke Indonesia untuk melebarkan sayapnya selepas lagu-lagu seperti "Bunga-bunga Cinta" dan "
Semoga Abadi
" popular di sana. Lagu "
Dedebu Cinta
" mula mendapat perhatian dan seterusnya Misha berpeluang muncul dalam banyak program TV di sana.
Seterusnya Misha mula menumpukan perhatian ke bidang lakonan apabila filem pertama lakonannya "GK3" ditayangkan pada 12 Februari 2005. Kesan daripada kejayaan filem itu, Misha disunting pengarah prolifik A Razak Mohaideen untuk membintangi filem "Main-main Cinta" bersama Adam.Sayangnya filem tersebut gagal mendapat tempat di hati penonton Malaysia biarpun Misha memberi lakonan yang memberangsangkan. Selepas filem terbitan Metrowealth tersebut gagal, Misha seterusnya beralih memberi perhatian kepada bidang nyanyian.
Menerjah era eksklusif (2007 - 2010)
sunting
Kejayaan dua buah album terdahulu ternyata memberi lebih banyak peluang kepada Misha untuk turut serta dalam penentuan arah album ketiganya. Album tersebut sepatutnya dijadualkan berada dipasaran pada tahun 2006 bagaimanapun mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi album pertama di kalangan artis Malaysia yang diterbitkan secara delay-released. Misha mula merakamkan album tersebut pada tahun 2005 menerusi runut bunyi filem "Pontianak Harum Sundal Malam II" berjudul "
Ku Seru
". Lagu tersebut mendapat tempat di corong-corong radio dan disifatkan sebagai sebuah lagu yang dirakamkan dengan emosi dan penuh jiwa. Misha dikhabarkan menangis ketika merakamkan lagu tersebut. "Ku Seru" berjaya layak ke
Anugerah Juara Lagu
ke 21 pada Januari 2007 namun tidak berjaya mengulangi kejayaan prequel lagu tersebut "Pulangkan" biarpun memberikan persembahan terbaiknya. Seterusnya Misha bekerjasama dengan 3 genius utama dalam industri muzik tanahair iaitu
M. Nasir
,
Ramli M. S.
dan
Loloq
menerusi lagu "
Nafas Cahaya
". Misha cukup bertuah kerana M.Nasir sendiri mengaguminya, malah bersedia mencipta sebuah lagu yang bersesuaian dengan karektor Misha. Lagu ini pertama kali diperdengarkan di corong radio pada 28 Ogos 2006 dan pada 8 Jun 2006, Misha terlebih dahulu menyanyikannya secara eksklusif di hadapan para peminatnya ketika rakaman Konsert Fenomena RTM (yang kemudiannya disiarkan di kaca TV pada 21 Oktober 2006). Ketika lagu ini dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-muzik untuk kategori Etnik Kreatif, ramai yang meramalkan lagu ini akan ke final. Malangnya keputusan juri menunjukkan sebaliknya. Ramai pemerhati seni melihat keputusan ini agak mengejutkan memandangkan lagu ini amat baik mutu penciptaannya. "Nafas Cahaya" akhirnya menebus maruah apabila menang di Anugerah Industri Muzik ke 16, 4 tahun selepas diperkenalkan. Misha juga berkolaborasi bersama penyanyi lain seperti
Jaclyn Victor
untuk lagu "Cinta" ciptaan komposer Indonesia, Melly Goeslaw serta lagu "
Sembunyi
" bersama Andy daripada kumpulan Flop Poppy. Kedua-dua lagu tersebut mendapat tempat di stesen-stesen radio malah populariti Misha bertahan apabila berjaya mara ke beberapa majlis anugerah.
Hanya pada 10 Disember 2008 album ketiganya yang diberi judul "
Misha Omar
" diterbitkan
[40]
. Single "
Jawapanmu
" yang diperdengarkan pada awal tahun tersebut berjaya memikat pasaran urban dan seterusnya Misha tampil dengan lagu yang memberi refleksi tersendiri kepada kerjaya seni muziknya iaitu lagu "
Cinta Adam dan Hawa
". Lagu tersebut ternyata berjaya membuktikan Misha masih ampuh dengan vokalnya apabila berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk kejayaan besar di buat pertama kalinya buat Misha sendiri di
Anugerah Industri Muzik
ke 16 pada 29 April 2009. Misha berjaya meraih 4 anugerah daripada 7 kategori yang dicalonkan. Anugerah Lagu Terbaik untuk "Nafas Cahaya" serta Album Pop Terbaik menjadi bukti album yang dipasarkan selepas 5 singlenya berjaya di pasaran itu mempunyai kualiti terbaik setanding dengan album-album lain. Lagu "Cinta Adam dan Hawa" yang juga meraih anugerah Lagu Pop Terbaik berjaya mara ke
Anugerah Juara Lagu
ke 24 yang mana menyaksikan Misha bertanding sebagai artis paling senior bertarung bersama angkatan artis indie dan baru. Ketika berlangsungnya Konsert Jelajah MTV World Stage di Surf Beach Park, Sunway pada 15 Ogos 2009, Misha Omar telah dipilih menggantikan penyanyi Taylor Swift untuk berduet dengan kumpulan popular Boys Like Girls menyanyikan lagu
Two Is Better Than One
.
Pada tahun 2010 juga impian Misha untuk beraksi di Dewan Filharmonik Petronas di Menara Berkembar Petronas (KLCC) tercapai apabila penyanyi rock lagenda
Ramli Sarip
mempelawanya membuat persembahan eksklusif dalam "Konsert Tafsiran Alam Ramli Sarip" pada 11 Mei 2010. Misha di mata Ramli adalah seorang penyanyi wanita berbakat, berpenampilan sopan dan mampu menyanyi dalam lenggok Melayu dengan baik. Penyanyi veteran cukup terharu apabila pelawaan ini diterima baik oleh Misha malah teruja kerana dapat menyanyi bersamanya dan membuat persembahan di DFP buat pertama kalinya. Ekoran itu Misha dilihat mula selesa dengan nilai eksklusif yang ada pada jenamanya. Bermula dengan pembabitannya di pentas teater "Muzikal Uda dan Dara" pada 7 Julai 2010 dan seterusnya "Muzikal Tun Mahathir" pada 24 September tahun sama Misha mula dilihat lebih cenderung kepada seni artistik dalam usaha mengasah vokalnya. Persembahan Misha sebagai Dara dalam naskah tulisan sasterawan negara
Usman Awang
mendapat perhatian pengkritik serta kemunculannya sebagai Datuk Rosnah Majid dalam muzikal tokoh terulung negara mencerminkan transisi baru Misha.
"Dia... Misha" dan tempoh bertenang (2011 - 2017)
sunting
Misha muncul dengan sebuah album kompilasi pada tahun 2011 yang berjudul "
Dia...Misha
" dimana ia memuatkan lagu-lagu popularnya serta 3 buah lagu baru. Bagaimanapun Misha tidak merakamkan semula lagu "Tuah Melepas Teja" yang dinyanyikan di acara Keynote 2010 serta "Mahathir", tema muzikal yang disertainya. Album ini dilancarkan secara eksklusif di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011 yang mana Misha telah mempersembahkan showcase 4 buah lagu di Celebrities Hall of Music serta diberi penganugerahan platinum dan emas menerusi penjualan digital dan album sebelum ini. Selain album, kecintaan Misha terhadap pentas teater bersambung lagi. 2011 nyata mencabar kewibawaan Misha sebagai pelakon teater apabila beliau diberi peluang menterjemah watak bekas wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali menerusi "Muzikal Tun Mahathir 2" yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 Januari 2011. Ternyata Misha ada kelebihan tersendiri kerana pernah berada dalam produksi tersebut sebelumnya menerusi penglibatannya sebagai wartawan TV , Datuk Rosnah Majid. Pada bulan Julai 2011 Misha kembali ke pentas teater membawakan watak anak saudara 2 dalam teater muzikal "Mak Dara Nyonya" di MATIC.
Misha juga rancak muncul dalam drama televisyen untuk siaran RTM antaranya telefilem "Antara Dua" bergandingan bersama
Zul Ariffin
dan drama bersiri 13 episod "Qaseh Marisa" bergandingan bersama dua pelakon handalan
Shaharuddin Thamby
dan
Aida Khalida
. Lakonan Misha sebagai gadis kampung yang melalui episod duka dan kemudian bangkit memajukan diri setelah menjadi pembantu rumah dalam keluarga hartawan mendapat pujian ramai
[41]
. Lagu "
Detik Antara Waktu
" petikan dari album "Dia...Misha" dipilih sebagai lagu tema dan juga dilancarkan sebagai single kedua untuk album tersebut pada 1 November 2011.
Misha dilantik menjadi wajah
Shiseido
pada 7 Mac 2012 sekaligus menjadi artis melayu pertama yang dipilih oleh syarikat kosmetik antarabangsa yang tertua di dunia itu. Tidak sekadar itu, sempena kempen rangkaian produk Shiseido White Lucient, Sony Music menerbitkan album EP "
Set Pilihan Misha
" menampilkan lagu baharu ciptaan
M. Nasir
iaitu "Angin Syurga" pada Julai 2012 di mana lagu tersebut menjadi "sleeper hits" apabila meraih populariti sekitar 6 bulan selepas pelancarannya. Lagu tersebut mengembalikan populariti Misha apabila menjuarai carta radio dan muat turun. Susulan daripada lagu ini, Misha tampil dengan single seterusnya berjudul "
Untuk Bermimpi
" pada tahun 2013.
Pada 24 November 2012, Misha menjayakan
3 Jewels in Concert: Misha Omar, Jaclyn Victor & Adibah Nor Live at The Esplanade, Singapore
di mana ia merupakan konsert skala besar pertamanya di pentas bertaraf dunia di Singapura itu. Menerusi konsert tajaan syarikat beli belah Giant ini, Misha menyanyikan 15 buah lagu termasuk 5 lagu secara trio bersama Adibah dan Jaclyn sempena tribute kepada biduanita
Saloma
[42]
. Konsert itu dihadiri oleh 6,000 penonton dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Kejayaan konsert ini menarik perhatian penganjur di Malaysia untuk menjayakan konsert jelajah 3 Jewel (dinamakan sebagai 3 Permata) di 6 lokasi iaitu Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu pada Oktober 2013 bagaimanapun rancangan konsert ini dibatalkan beberapa minggu selepas pelancarannya kerana masalah dalaman dan kontrak
[43]
.
Pada 4 Mei 2013, Misha digandingkan bersama
Joe Flizzow
dan
Faizal Tahir
dalam konsert live sempena karnival muzik
Loud Fest Asia 2013
di Juru Autocity, Pulau Pinang
[44]
. Di samping itu Misha juga muncul dalam telefilem "Bonus Hari Raya" bersama
Zahiril Adzim
dan "Untung Atas Angin" bersama Roy Azman.
Sejak tahun 2011 hingga 2016, Misha terlibat dalam rakaman album keempatnya bersama
M. Nasir
sebagai penerbit setelah dua lagu terawal "Angin Syurga" dan "Untuk Bermimpi" diterbitkan sebagai single. Album ini asalnya direncanakan untuk diterbitkan pada tahun 2013 namun ia tertangguh hingga kini biarpun beberapa lagu seperti "Yang Indah", "Maharani" dan "Kabus dan Masa" ciptaan M. Nasir sendiri sudah dirakam. Tarikh penerbitannya masih menjadi tandatanya sekaligus menjadikan projek album ini sebagai
"unreleased album"
setelah Misha dan Sony Music menerbitkan lagu-lagu baharu bukan kelolaan M. Nasir sejak 2016.
Misha berehat seketika setelah melangsungkan perkahwinan bersama suaminya Firos Ezwan Rosli pada 2014 dan hanya pada penghujung 2015, Misha kembali ke televisyen apabila menyertai program realiti TV "Juara Parodi" bergandingan bersama kumpulan lawak Jambu (yang dianggotai oleh
Yus
dan
Tauke
). Ketika masuk minggu ke-5, Yus telah menghembuskan nafas terakhir dan mengakibatkan Misha dan Tauke berganding sebagai duo untuk ke peringkat seterusnya. Nasib menyebelahi mereka berdua apabila memenangi gelaran juara dengan hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.
Pada tahun 2016 Misha bekerjasama dengan penyanyi
Hafiz Suip
untuk lagu tema megadrama Astro "
Uda & Dara
" lakonan Zul Ariffin dan
Siti Saleha
. Lagu tema berjudul "
Terima Ku Seadanya
" dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer
Ajai
. Gandingan mereka meledakkan lagu ini hingga mara ke
Anugerah Juara Lagu ke-31
dan memenangi gelaran Naib Juara. Misha dan Hafiz juga menerima pencalonan Duo/Kumpulan Meletop di
Anugerah MeleTOP Era 2016
.
Kembali ke puncak dengan Sampai Bila (2018-kini)
sunting
"
Sampai Bila
" menyusul pada tahun 2018 selepas Misha berehat seketika kerana melahirkan anak lelaki pada penghujung 2016. Misha merakam lagu ciptaan Sharon Paul ini setelah setahun demo diberikan kepadanya kerana belum bersedia dari segi vokal. Hasilnya lagu ini menjadi megahits kerana berjaya mendapat perhatian pendengar generasi baru dan lama, malah meraih kedudukan juara di Carta RIM (minggu ke-32) serta mara ke
Anugerah Juara Lagu ke-33
. Di acara tersebut, Misha memenangi tempat ketiga dan vokal terbaik. Lagu ini juga dicalonkan sebagai Lagu Meletop di Anugerah Meletop Era 2018 serta memenangi lagu runut bunyi terbaik di Anugerah Telenovela 2018.
Pada April 2019, Misha bergandingan bersama Sarah Raisuddin dan
Noryn Aziz
untuk konsert anjuran Eddrazhee Entertainment iaitu "Konsert
Soul Sisters"
di Istana Budaya. Susulan daripada itu Misha juga menjayakan konsert solo di
Dewan Filharmonik Petronas
menerusi konsert
This Is Misha..Live at DFP 2019
pada 5 Ogos 2019. Konsert ini berjaya terjual dalam tempoh 18 jam pada 1 Mei 2019 sekaligus menjadi antara konsert paling dinanti oleh peminat seni
[45]
. Konsert ini diarahkan oleh Ramli MS
[46]
.
Pada tahun 2020, Misha tampil buat pertama kali sebagai pengkritik dan juri tetap untuk pertandingan realiti Suara Viral siaran
Astro Prima
[47]
. Peranan Misha sebagai juri mendapat perhatian netizen kerana komennya yang konstruktif hingga menimbulkan gerun kepada peserta
[48]
. Selesai Suara Viral, Misha bersiap sedia dengan single terbarunya berjudul "
Tanpa Rela
" yang mana dicipta oleh Misha sendiri bersama Lee Sze Wan, Roslen Fadzil dan Zul Husni
[49]
. Lagu ini dilancarkan di platform digital pada 18 September 2020 dan menjadi lagu tema drama "
Cinta Sekali Lagi
" di
Slot Akasia
.
Pada 12 Oktober 2021 Misha mengumumkan konsert solo terbaharu apabila bekerjasama dengan
Istana Budaya
dalam "
Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar
" yang berlangsung pada 30 Oktober 2021
[50]
. Konsert solo bersama OSK ini merupakan konsert pertama yang diadakan di dewan berprestij dunia itu setelah
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21
dengan mengikut norma baharu
[51]
. Tiket konsert itu mula dijual pada 20 Oktober 2021 dan habis dijual dalam tempoh 4 jam. Namun kerana pematuhan SOP, tempat duduk terhad dan tidak dijual secara dalam talian, ramai peminat yang telah beratur gagal untuk mendapatkan tiket sehingga Misha sendiri menjadi mangsa kecaman peminat terhadap sistem penjualan tiket secara manual oleh Istana Budaya
[52]
.
Bagi meraikan 20 tahun pembabitan dalam industri muzik , Misha Omar mengadakan konsert mini eksklusif "
Malam Bunga-bunga Cinta
" pada 19 Februari 2022 di Dewan Taming Sari, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memungut dana dan sumbangan amal untuk badan-badan kebajikan. Selain membantu yayasan kebajikan terpilih, sebahagian daripada hasil jualan meja disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) untuk artis-artis yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bencana banjir
[53]
.
Misha dipilih sebagai co-headlining acts bagi konsert jelajah "
Kepci Music Fest
" anjuran
KFC Malaysia
, bersama-sama bintang ternama seperti
Amy Search
,
Siti Nurhaliza
dan
Ella Aminuddin
. Turut menjayakan konsert berkenaan adalah angkatan artis-artis muda berpengaruh seperti
Estranged
,
Bunkface
,
Insomniacks
,
MK K-Clique
,
Sekumpulan Orang Gila
,
Yonnyboii
dan
Dolla
. Misha menjayakan konsert ini di Stadium Malawati Shah Alam pada 26 Ogos 2023.
Pada 1 Mac 2024, Misha meluncurkan single ciptaan
Sharon Paul
berjudul "
Masihkah Ada Rasa Itu?
" yang bernuansa Indo Pop
[54]
.
Imej dan Penampilan
sunting
Misha merupakan salah seorang artis yang bijak menyembunyikan kisah peribadi di saat kerjaya di sedang kemuncak. Biarpun sering menjadi buruan tabloid yang dahagakan gossip-gossip liar, Misha tetap dilabel sebagai salah seorang artis yang bersih dan berdisiplin.
Sejak album pertama lagi Misha begitu serasi dengan penampilan rambut pendek paras bahu mahupun bob
[113]
. Penampilan Misha pada penghujung tahun 2006 yang menggayakan potongan rambut ala bob dan pendakap gigi atau braces pernah mengejutkan peminatnya
[114]
[115]
. Bimbang memberi kesan kepada nyanyian
[116]
, Misha mendapatkan nasihat daripada pakar beberapa kali sebelum memakai pendakap gigi
[117]
. Setelah tiga minggu memakainya, ternyata ia tiada membawa apa-apa kesan pada nyanyian beliau biarpun agak kurang selesa di awal pemakaian pendakap gigi tersebut
[118]
. Misha menyanyi dengan pendakap gigi untuk 3 edisi Anugerah Juara Lagu dan pernah diberi jolokan oleh aktor
Afdlin Shauki
sebagai Penyanyi Gigi Besi di Anugerah Industri Muzik 2009
[119]
. Misha membuang pendakap giginya pada bulan Julai 2010 ketika menjayakan watak Dara dalam teater "Uda & Dara" di Istana Budaya sebelum memakai retainer selepas tamat persembahan teater muzikal itu
[120]
. Penampilan Misha dengan rasmi tanpa pendakap gigi adalah pada tahun 2011 menerusi album kompilasi "Dia..Misha" dan ternyata mendapat perhatian positif
[121]
.
Selain itu tindakan Misha menggunakan mikrofon milik sendiri jenama Sennheiser bernilai RM11,000 beserta seorang jurutera bunyi juga menjadi bualan di media massa sekitar 2007
[122]
. Natijahnya, Misha sendiri telah memulakan trend itu kepada artis kelas A termasuklah
Siti Nurhaliza
dan
Anuar Zain
untuk menggunakan teknologi berkualiti bagi memantapkan persembahan secara langsung mereka
[123]
.
Ketika dunia menempuh pandemik
COVID-19
, Misha antara artis yang aktif menggunakan media sosial untuk menyeru kepada rakyat Malaysia (terutama warga negeri kelahirannya, Kelantan) bagi mematuhi
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21
seperti larangan rentas negeri
[124]
dan juga kesedaran pengambilan vaksinasi
[125]
. Dalam pada itu Misha juga pernah mengkritik kesukaran untuk mendaftar slot vaksinasi
[126]
. Misha juga menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat dan masyarakat bagi membantu mengurangkan tekanan mental ketika menghadapi saat sukar itu
[127]
.
Antara gosip panas yang terawal dihadapinya adalah apabila namanya disebut dalam emel layang berunsur fitnah
[128]
terhadap penyanyi
Siti Nurhaliza
[129]
hingga membawa kepada isu ugutan terhadap wartawan oleh Biduanita Negara
Datuk Sharifah Aini
yang turut dikaitkan dengan isu itu
[130]
. Isu ini berlaku setelah rentetan persembahan ketiga-tiga penyanyi di
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003
[131]
yang mana Sharifah dikecam kerana lupa lirik "Bunga-bunga Cinta"
[132]
. Perkara itu menjebakkan nama Misha dalam kontroversi yang berlaku di antara dua artis yang lain
[133]
[134]
.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pernah mendedahkan nama Misha sebagai salah seorang selebriti yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran PTPTN pada Februari 2005
[135]
. Isu ini menimbulkan polemik di kalangan peminjam PTPTN dan Misha membuat bayaran segera beberapa hari setelah itu
[136]
. Pada tahun 2009, beberapa nama artis lain juga didedahkan termasuk dikenakan sekatan keluar negara dan ketika itu PTPTN mengesahkan Misha telah menjelaskan baki pinjaman pelajarannya
[137]
. Misha pernah mengemukakan saman terhadap syarikat Bumi Intan Maju Sdn Bhd pada 2007 kerana melanggar perjanjian mereka sebagai jurucakap produk Rorine, kes ini kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah pada 2009
[138]
. Pada tahun 2013, Misha mengumumkan untuk ambil tindakan terhadap penganjur konsert jelajah 3 Permata yang dibatalkan tanpa sebarang pengumuman
[139]
. Beberapa hari selepas Misha mengumumkan rencana perkahwinannya dengan Firos Ezzwan Rossly, beberapa warganet mula menyebarkan fitnah kononnya Misha pernah berkahwin dengan seorang usahawan automotif asal Kelantan. Perkara ini dinafikan sekerasnya oleh Misha dan beliau menggesa pemohonan maaf terbuka daripada warganet berkenaan. Pada 10 Februari 2014, seorang wanita bernama Rahana Mohd Dahari tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka melalui media
[140]
.
Seminggu setelah berakhir
Anugerah Juara Lagu ke-33
, Misha membuat dua laporan polis di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan pada 14 Februari 2019 berhubung fitnah yang diciap oleh beberapa pengguna laman Twitter yang mengaitkan dirinya menggunakan ilmu hitam (bomoh) untuk memenangi pertandingan itu
[141]
. Misha menggesa pemilik akaun yang dilaporkan membuat pemohonan maaf dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu dikenakan tindakan saman
[142]
. Pada 21 Februari 2019, dua lelaki Fairuz Azwan Akhir Sufian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media dan Misha serta barisan peguamnya , Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil
[143]
[144]
.
Misha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri muzik dan juga usahawan. Bermula dengan kisah percintaannya dengan rakan satu kampus pada tahun pertama pembabitan, pemuda yang tidak dikenali itu bagaimanapun tidak berjaya mengikat hati Misha ekoran populariti penyanyi itu yang agak mendadak selepas kejayaan "Bunga-bunga Cinta". Seterusnya Misha dikaitkan dengan maestro muzik ternama Ramli M.S akibat hubungan akrab mereka sebagai mentor-protege.
[145]
Gossip berlegar apabila Misha membawa kereta BMW yang pernah dimiliki oleh penggubah lagu tersebut. Namun semua itu tidak menjadikan satu ikatan lebih-lebih lagi hubungan Misha - Ramli bertambah erat hanya sebagai mentor dan anak didik hingga kini. Kisah cinta Misha yang paling disebut-sebut mungkin ketika bersama pemuzik muda berketurunan Siam-Melayu dari
Thailand
bernama Fiat Hakimi
[146]
pada tahun 2004 - 2006 yang mana Misha pernah mengabadikan ingatannya terhadap jejaka itu dalam lagu "Jawapanmu". Fiat ketika itu sering mengiringi persembahan Misha.
[147]
Paling mengejutkan adalah gossip cinta di antara Misha dan raja pop
Jamal Abdillah
sekitar tahun 2009 hingga 2010 ekoran kekerapan Misha diundang untuk berduet dengan Jamal dalam beberapa siri konsert. Namun kesemua gossip cinta ini tidak berakhir ke peringkat yang lebih serius. Misha pernah digossipkan sudah berkahwin dengan seorang usahawan automotif Aman Razak. Namun Misha berkeras menafikan malah menyangkal dakwaan kahwin senyap kerana agak mustahil untuk seorang Misha Omar melakukan perkara itu kerana banyak hati perlu dijaga.
[148]
Akhirnya pada 21 Februari 2012, Misha telah selamat mengikat pertunangannya bersama Firos Ezzwan Rossly, berumur sebaya, seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tepat pada jam 1 tengahari. Majlis pertunangan mereka berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha iaitu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Di majlis itu Misha menggayakan persalinan baju kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim dan menerima lima dulang hantaran berbalas lima. Acara majlis pertunangan itu menyaksikan Misha Omar menerima dua bentuk cincin, merisik dan bertunang, yang disarungkan bakal ibu mentuanya. Menurut Misha, Firos bukanlah orang asing dalam hidupnya sebaliknya adalah sahabat setia malah pernah putus cinta bersama jejaka tersebut pada tahun 2008.
[149]
Jodoh menyatukan Misha dan Firos dengan ikatan pernikahan pada 2 Mei 2014.
[150]
Majlis perkahwinan Misha berlangsung di Hotel Renaissance,
Kota Bharu
,
Kelantan
dengan kehadiran rakan artis terkenal seperti
M. Nasir
,
Hattan
,
Amy Mastura
,
Salamiah Hassan
dan ramai lagi serta Misha diiringi oleh gadis dulang yang antara lain terdiri daripada rakan artis yang rapat seperti
Jaclyn Victor
,
Fara Fauzana
dan
Dina Nadzir
[151]
[152]
.
Pada tahun 2006 Misha mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Adam Emir (lahir 2006)
[153]
[154]
. Ketika awalnya beliau tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya
[155]
sehinggalah pada tahun 2009 beliau mendapat hak penjagaan penuh melalui proses undang-undang keluarga Islam
[156]
. Pada tahun pertama itu juga Misha dikaitkan dengan isu pengambilan anak angkat oleh wanita yang belum berkahwin di mana kebanyakan ibu yang belum berkahwin ini mengambil suntikan untuk mengeluarkan susu ibu
[157]
. Kes ini pernah mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hingga dibahaskan di
Dewan Parlimen
[158]
[159]
. Pada tahun 2012 Misha pernah mengambil anak angkat perempuan bernama Humaira Lateefah dan menjaganya shingga berusia 5 tahun
[160]
. Namun kanak-kanak itu dipulangkan kembali ke pangkuan keluarga kandungnya pada 2017
[161]
. Biarpun tidak pernah berahsia dengan anak angkatnya, Misha pernah memohon jasa baik warganet untuk tidak memanggil atau menggelar Adam dengan istilah anak angkat di media sosial kerana ia mengganggu emosi anaknya yang sudah memasuki usia remaja
[162]
.
Pada 24 Ogos 2016, Misha melahirkan anak kandung pertamanya di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Cheras Kuala Lumpur
[163]
. Bayi lelaki pramatang itu diberi nama Muhammad Idris Ezzwa menjadi pelengkap hidup Misha, suami dan anak sulungnya Adam
[164]
. Memandangkan tahap kesihatan Idris tidak begitu baik ketika awal kelahiran, Misha terpaksa memperlahankan kerjaya seni selama lebih satu tahun sehingga anaknya betul-betul stabil
[165]
. Pada tahun 2021, Misha memaklumkan sedang menjalani rawatan kesuburan dalam usaha mendapatkan zuriat setelah beberapa siri penerangan dan perkongsian ilmu bersama pakar perubatan kepada pengikut akaun Instagram-nya ketika menjalani
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21
[166]
. Pada 12 Oktober 2021 Misha memberitahu media yang dia dan suami memberhentikan rawatan kesuburan mereka buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada konsert solonya bersama Orkestra Simforni Kebangsaan
[167]
.