Majalah
(
Jawi
:
?
????
?
?
, serapan
Arab
:
????????
majallah
terbitan kata dasar
?????
jalla
"menebal"
[1]
) merupakan
penerbitan
berkala baik secara mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya berisi bermacam-macam
rencana
pelbagai subjek ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Majalah biasanya
dicetak
berwarna menggunakan kertas yang lebih bermutu; ia boleh didapati di kedai-kedai buku, gerai majalah serta pasar-pasar dibiayai
pengiklanan
,
langganan
atau gabungan antara kedua-duanya. Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di
internet
sama ada tunggal atau sekaligus dengan yang versi cetak.
Terbitan pertama yang boleh dianggap berupa majalah muncul pada tahun 1663 dengan terbitnya
Erbauliche Monaths Unterredungen
di Hamburg yang mengkhusus kepada sastera dan falsafah.
[2]
Majalah pertama yang terbit dalam bahasa Melayu adalah
Bustan Arifin
disunting
Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir
di Melaka dari tahun 1821 hingga 1822.
[3]
[4]
Majalah terbahagi kepada dua kategori:
- majalah pengguna. Contohnya:
Majalah Warta Konsumer
. Majalah ini adalah satu-satunya majalah kepenggunaan yang terdapat di Malaysia.
- majalah perniagaan.
Penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal.
Majalah yang mempunyai pengedaran yang terbesar di dunia ialah Awake! (diterbitkan pada 1919). Pengedarannya sedunianya mencapai 34.3 juta buah buku dalam pelbagai edisi.