한국   대만   중국   일본 
Maharani Myeongseong - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Maharani Myeongseong

Maharani Myeongseong ( Hangul :? 명성황후 ; Hanja :? 明成皇后 ; RR :? Myeongseong Hwanghu ; MR :? My?ngs?ng Hwanghu ; 19 Oktober 1851?? 8 Oktober 1895) merupakan permaisuri pertama Gojong iaitu raja ke-26 kerajaan Joseon serta maharaja pertama Empayar Korea .

Maharani Myeongseong
명성황후
Maharani damping Korea
(anumerta)
Permaisuri Joseon
Tempoh 20 Mac 1866 ? 8 Oktober 1895
Regen Joseon
Tempoh 6 July 1895 ? 8 Oktober 1895
Raja Gojong
Tempoh 1 November 1873 ? 1 Julai 1894
Monarch Gojong
Keputeraan 19 Oktober 1851
Yeoju , Kerajaan Joseon
Kemangkatan 8 Oktober 1895 (1895-10-08) (umur?43)
Okhoru Pavilion, Istana Gyeongbok , Kerajaan Joseon
Pemakaman Hongneung
Pasangan Raja Gojong
Anakanda Maharaja Sunjong
Nama selepas mangkat
효자원성정화합천홍공성덕제휘열목명성태황후
Kerabat Yeoheung Min
Ayahanda Min Chi-Rok
Bonda Ibu Lee puak Lee Hansan

Kerajaan Meiji Jepun menganggap peranan baginda sebagai suatu penghalang kepada peluasan kuasa Jepun melangkaui pulau-pulau asalnya. [1] Langkah percubaan yang dibuat melalui pemberontakan yang gagal mendorong ayahanda raja Gojong, Heungseon Daewongun , agar menekankan puterinya lebih tegas menentang pengaruh kuasa Jepun yang semakin kuat dan mendekati Korea. [2]

Keputerian sunting

Baginda diputerikan dalam keluarga bangsawan Min cabang Yeoheung pada 19 Oktober 1851 [3] di Yeoju , Gyeonggi . [4] Keluarga Min ini banyak melahirkan tokoh-tokoh bangsawan yang berpengaruh dalam kerajaan tersebut termasuk dua permaisuri iaitu Permaisuri Wonyeong (kepada Raja Taejong ) dan Permaisuri Inhyeon (kepada Raja Sukjong ). [4]

Pemerintahan sunting

Arahan lawatan ke Jepun serta perombakan yang berikutan sunting

Pada tahun 1881, baginda menghantar satu pasukan diketuai Kim Hongjip ke Jepun untuk melihat perkembangan di sana. Kim dan pengikutnya terkejut mendapati kota-kota di Jepun lebih cepat membangun daripada yang ada di Joseon 50 tahun sebelumnya, terutamanya Tokyo dan Osaka . Di sambil itu, mereka memperolehi maklumat mengenai inovasi yang diwujudkan Jepun hasil hubungan negara itu dengan dunia Barat. Hasil laporan yang dihimpunkan dipersembahkan kepada baginda Maharani yang mengarahkannya disebarkan kepada para menterinya. Kelompok cendekiawan dalam kalangan yangban yang menganggap ia merosakkan susunan masyarakat Joseon sangat membantah pengenalan kepada idea-idea baru yang diilhamkan itu, namun baginda bertekad dengan keputusannya.

Baginda mula merombak pengurusan kerajaan dengan mewujudkan 12 jabatan yang bertanggungjawab atas urusan bersama kuasa-kuasa asing, sebuah jabatan untuk memodenkan angkatan tentera Joseon sert satu jabatan lagi untuk membawa masuk teknologi Barat.

Pembaharuan yang dibawa sunting

Hubungan dengan penganut agama Kristian sunting

Baginda tidak melihat agama Kristian itu sebagai suatu gugatan kepada lingkungan masyarakat Joseon yang Konfusianis seperti ayahanda iparnya, yang bertindak melakukan penindasan terhadap penganut-penganut itu. Malah, baginda melihat bawaan ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah Barat, sains dan matematik sebagai memanfaatkan Joseon. Baginda dengan kuasa yang diberikan kepadanya mula membenarkan mubaligh-mubaligh masuk ke dalam Joseon, bermula pada tahun 1885.

Baginda mula membenarkan sebuah institusi pendidkan diwujudkan di Seoul pada tahun 1886 bernama Akademi Ewha diuruskan Mary F. Scranton , seorang mubaligh dari Amerika Syarikat. [5] [6] Tempat pengajian ini mellaui beberapa perubahan sehingga ia dikenali kini sebagai Universiti Wanita Ewha .

Ketenteraan sunting

Senjata-senjata moden mula dibawa masuk dari Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1883, kelengkapan askar pertama mula dihasilkan pada tahun berikutnya. Baginda dan Raja Gojong membuat permintaan kepada Amerika Syarikat terutamanya untuk mempercepatkan usaha memodenkan kekuatan tentera mereka.

Perdagangan sunting

Semua pelabuhan di Joseon mula dibuka kepada kapal-kapal Jepun dan Barat pada tahun 1888, lalu ia cepat mempercepatkan perdagangan asing dengan pesat. Sejenis syiling khas bernama tangojeon dihasilkan pada 1884 sebagai suatu matawang yang satbil digunakan di negara tersebut.

Pembunuhan sunting

Setelah Jepun memenangi Perang China-Jepun Pertama , Joseon berada di bawah pengaruh kuasa Jepun. Baginda Maharani mendokong hubungan kuat antara Korea dan Rusia sebagai suatu percubaan tindak balas menghalang pengaruh Jepun di Korea. Menteri Jepun di Korea, Miura Gor? , memihak puak Daewongun yang dianggap menyokong kuasa Jepun.

Pada awal pagi 8 Oktober 1895, Rejimen Hullyeondae yang taat setia pada Daewongun menyerang para pengawal istana Gyeongbokgung . Rusuhan ini pula membenarkan sekumpulan ronin khas untuk menceroboh istana dan membunuh si maharani dalam istananya atas arahan Gor?. Pembunuhan tersebut - di mana mayat baginda dibakar para pembunuh dan ditanam setelah dibunuh - menimbulkan kemarahan dalam kalangan kuasa-kuasa penting dunia pada masa itu. [7]

Pembunuhan ini mencetuskan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Korea melalui pemaktuban undang-undang tertentu, pewujudan tentera sukarelawan khas serta tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut. [8] Maharaja Gojong serta putera mahkotanya (kemudiannya Maharaja Sunjong ) melarikan diri ke bangunan kedutaan Rusia di Seoul tdiak lama selepas pembunuhan Maharani pada tahun 1896. Tindakan ini mendorong kepada pemansuhan Pembaharuan Gabo yang dipengaruhi campur tangan Jepun. [8] Baginda Maharaja kembali ke Gyeongungung (kini Deoksugung ) pada sekitar bulan Oktober 1897, di mana baginda mengisytiharkan pembentukan Empayar Korea . [8]

Rujukan sunting

  1. ^ Park, Jong-hyo (박종효) (1 Januari 2002). "日本人 暴徒가 가슴을 세 番 짓밟고 日本刀로 亂刺했다" [Gerombolan Jepun memijak dada baginda lalu menikamnya dengan kuat menggunakan katana]. Sindonga 新東亞 . m/s.?472?485.
  2. ^ "Korean Women in Resistance to the Japanese" . Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2002.
  3. ^ Some sources say that she was born 25 September; the date discrepancy is due to the difference in the calendar systems. "Queen Min" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-17.
  4. ^ a b Queen Min of Korea: Coming to Power "Archived copy" . Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2006 . Dicapai pada 2007-02-19 . Unknown parameter |deadurl= ignored ( bantuan ) CS1 maint: archived copy as title ( link )
  5. ^ Neff, Robert (30 Mei 2010). "Korea's modernization through English in the 1880s" . The Korea Times . Seoul, Korea: The Korea Times Co . Dicapai pada 31 May 2010 .
  6. ^ 梨花學堂 梨花學堂 [Ewha Hankdang (Ewha Academy)] (dalam bahasa Korean). Nate / Encyclopedia of Korean Culture . Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. 1887年 學生이 7名으로 늘어났을 때, 明成皇后는 스크랜튼 夫人의 勞苦(勞苦)를 알고 親히 ‘梨花學堂(梨花學堂)’이라는 校名을 지어주고 外務督辦(外務督辦) 김윤식(金允植)을 통해 扁額(扁額)을 보내와 그 앞날을 激勵했다. 當初에 스크랜튼 夫人은 校名(校名)을 前神學校(專信學校, Entire Trust School)라 지으려 했으나, 明成皇后의 恩寵에 和答하는 마음으로 ‘이화’로 擇하였다.이는 當時에 皇室을 象徵하는 꽃이 純潔한 배꽃〔梨花〕이었는데, 女性의 純潔性과 明朗性을 象徵하는 이름이었기때문이다. Unknown parameter |deadurl= ignored ( bantuan ) CS1 maint: unrecognized language ( link )
  7. ^ S.C.M. Paine, The Sino-Japanese War of 1894?1895: Perceptions, Power, and Primacy (Cambridge: Cambridge University Press, 2003), p. 316 .
  8. ^ a b c 俄館播遷 (dalam bahasa Korea). Naver/Doosan Encyclopedia.

Pautan luar sunting