Negara Bandar Vatikan
(
bahasa Itali
:
Citta del Vaticano
) merupakan sebuah
negara kota
yang dikelilingi bandar raya
Rom
di
Itali
. Ia merupakan negara yang paling kecil di dunia dari segi keluasan tanah - sebanyak 44
hektar
(110 ekar atau 0.44 km persegi) - dan kependudukan, sebanyak 1000.
[1]
Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui
Perjanjian Lateran
antara pemerintah Itali dan
Takhta Suci
,
[2]
bidang kuasa kepada mazhab
Roman Katolik
dan
Timur
dari seluruh dunia yang wujud sejak awal agama Kristian lagi. Kota Vatikan merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran
Gereja Roman Katolik
sedunia.
Paus
merupakan
ketua negara
Kota Vatikan secara
ex officio,
[3]
di mana peranan beliau bergantung kepada tugasnya sebagai biskop ketua keuskupan Rom. Istilah "Takhta Suci" yang berkaitan dengan jawatan beliau tidak merujuk kepada Kota Vatikan tetapi kepada pemerintahan kepaderian dan kerohanian Paus yang dilaksanakan secara besarnya melalui
Kuria Rom
.
[4]
Gelaran rasmi beliau mengikut perananya dalam Kota Vatikan ialah
Sovrano dello Stato della Citta del Vaticano
("Ketua Negara Kota Vatikan").
Negara ini merupakan kawasan negara yang diiktiraf di bawah undang-undang antarababgsa, namun Takhta Sucilah yang menguruskan hubungan diplomatik bagi pihaknya selain hubungan milik bidang kuasa itu sendiri yang memasuki
perjanjian antarabangsa
. Oleh itu, negara ini tiada perkhidmatan diplomatiknya sendiri.
Kota Vatikan merupakan salah satu negara dunia yang tidak dapat merumahkan kedutaan disebabkan kekurangan ruang. Kedutaan-kedutaan asing Takhta Suci terletak dalam kota Rom.
Saiz Kota Vatikan tiada kaitan dengan pengaruh meluas Takhta Suci sebagai suatu entiti yang berbeza dan ditubuhkan lebih awal lagi daripada negara tersebut.
[5]
Walau bagaimanapun, ia melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa tertentu yang berperanan mengikuti geografi sesebuah kawasan sebagai ahli penuh mahupun ahli pemerhati, antaranya:
[6]
[7]
Kewarganegaraan
sunting
Kewarganegaraan
negara ini tidak berdasarkan
jus sanguinis
(kelahiran oleh warga sesebuah negara sungguhpun di luar kawasan negara tersebut) mahupun
jus soli
(kelahiran dalam kawasan negara tersebut) tetapi secara
jus officii
, yakni melalui penjawatan kerja dalam suatu keupayaan perkhidmatan kepada Takhta Suci. Status kewarganegaraan ini secara biasanya akan luput selepas tamat perkhidmatannya. Kewarganegaraan turut dilanjutkan kepada pasangan, ibu bapa dan keturunannya dengan syarat mereka duduk bersama pemegang kewarganegaraan tersebut.
[9]
[10]
Takhta Suci mengeluarkan pasport perkhidmatan serta diplomatik manakala Kota Vatkan lebih mengeluarkan pasport biasa kepada warganegaranya
Sesiapa sahaja yang terlucut kewarganegaraan Vatikannya tanpa memiliki apa-apa warganegaraan lain secara automatiknya menjadi warganegara Itali seperti yang termaktub pada Perjanjian Lateran.
[11]
Terdapat 558 orang yang memiliki kewarganegaraan Vatikan termasuk
Paus
sendiri manakala sebanyak 246 orang yang menghuni negara itu tidak memiliki kewarganegaraan tersebut selewat 31 Disember 2005.
74% daripada 557 orang warga tersebut merupakan kakitangan gereja:
- 58 orang
kardinal
yang mendiami kota Rom, kebanyakannya di luar kawasan Vatikan;
- 293 orang paderi, ahli misi diplomatik Takhta Suci yang mendiami negara-negara lain,yang memebentuk separuh bilangan warga penduduk negara tersebut.
- 62 orang paderi lain yang bekerja untuk Kota Vatikan namun tidak semestinya mendiami negara tersebut.
101 ahli
Pengawal Swiss
membentuk 18% keseluruhan penduduk Vatikan, dan terdapat hanya 55 orang biasa lain dengan kewarganegaraan Vatikan.
[12]
[13]