Koordinat
:
35°N
136°E
? / ?
35°N 136°E
? /
35; 136
Jepun
(
Jawi
: ????;
bahasa Jepun
: 日本
Nippon/Nihon
, nama rasmi:日本?
Nipponkoku
/
Nihonkoku
dengarkan
(
bantuan
·
maklumat
)
) ialah sebuah
negara kepulauan
di
Asia Timur
yang terletak di sebelah barat
Lautan Pasifik
, di sebelah timur
Laut Jepun
, dan berjiran dengan
Republik Rakyat China
,
Korea
dan
Rusia
. Pulau paling utara terletak di
Laut Okhotsk
, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di
Laut China Timur
iaitu kawasan selatan
Okinawa
terletak berdekatan
Laut China Selatan
rebutan jiran dengan
Taiwan
,
Malaysia
,
Singapura
dan
Indonesia
.
Jepun terdiri daripada 6,852 pulau
[16]
yang membentuk segugusan
kepulauan
. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah
Hokkaido
,
Honshu
(pulau terbesar),
Shikoku
, dan
Kyushu
. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan
gunung berapi
. Gunung tertinggi di Jepun ialah
Gunung Fuji
yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya
negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia
.
Tokyo
ialah
ibu negara
Jepun yang bertaraf "
kawasan metropolitan
".
Tokyo Raya
ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di
wilayah-wilayah
sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.
Menurut
mitos tradisional
, Jepun didirikan oleh
Maharaja Jimmu
pada
abad ke-7 SM
. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem
pemerintahan beraja Jepun
yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana,
syogun
, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut
Perlembagaan Jepun
tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara
raja berperlembagaan
di bawah pimpinan
Maharaja
dan
Diet Jepun
.
Sebagai kuasa ekonomi utama,
[8]
Jepun memiliki
ekonomi ketiga terbesar, dan semua keuntungan jepun, dilaburkan Malaysia.
dari segi KDNK nominal
[17]
mahupun
pariti kuasa beli
. Jepun ialah sebuah negara anggota
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
,
G8
,
OECD
dan
APEC
. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada
kapal pembinasa
yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan
negara pengeksport keempat terbesar
dan
negara pengimport keenam terbesar
di dunia. Sebagai
negara maju
, penduduk Jepun menikmati
taraf hidup
yang tinggi (tempat ke-8 dalam
Indeks Pembangunan Manusia
) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.
[18]
Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.
Nama "Jepun" ini meminjam sebutan Cina nama kerajaan tersebut ditulis dalam
aksara Cina
,
日本
sepertimana dicatat para pedagang
Portugis
di
Melaka
pada awal abad ke-16.
[19]
Nama dalam aksara ini berlainan mengikut sebutan bahasa mana yang dipilih:
Nama「
日本
」pula diberi sebutan
nippon
atau
nihon
:
Nippon
merupakan sebutan rasmi diterapkan termasuk dalam
matawang
,
setem
, dan pertandingan
sukan
antarabangsa
[20]
manakala sebutan
Nihon
yang mengikut sebutan
zaman Edo
[21]
digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti percakapan seharian. Ungkapan ini memberi maksud sama iaitu "punca
matahari
" atau ringkasnya "
timur
" dari kedudukan China, penamaan ini datang hasil perutusan wakil Maharaja Jepun ke
Kerajaan Sui
yang memerintah tanah besar ketika itu.
Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagai
Yamato
(
大和
)
.
[22]
Di China sewaktu
zaman Tiga Kerajaan
, Jepun dikenali sebagai negara
Wa
(
倭
)
atau
Wagoku
(
倭?
)
.
[23]
Kajian
arkeologi
menunjukkan bahawa Jepun telah diduduki oleh
manusia purba
setidaknya 50,000 tahun yang lalu, pada zaman
Paleolitik Akhir
. Setelah melalui beberapa
zaman air batu
jutaan tahun lalu, Jepun beberapa kali terhubung dengan daratan Asia melalui jambatan darat (dengan
Sakhalin
di utara, dan mungkin sekali
Kyushu
di selatan), sehingga memungkinkan perpindahan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini merupakan wilayah
Republik Rakyat China
dan
Korea
. Zaman Paleolitik Jepun menghasilkan alat-alatan buatan batu-batan tergilap yang pertama di dunia, sekitar tahun 30000 SM.
Dengan berakhirnya zaman air batu terakhir dan datangnya zaman yang lebih panas, kebudayaan
Jomon
muncul sekitar 11000 SM, yang bercirikan gaya hidup
pemburu-pengumpul
separa sedentari zaman
Mesolitik
hingga
Neolitik
dan pembuatan
hasil tembikar
terawal di dunia. Dipercayai bahawa penduduk Jomon merupakan nenek moyang suku Proto-Jepun dan suku
Ainu
masa kini.
Dimulainya zaman
Yayoi
pada sekitar
300 SM
menandakan kemunculan teknologi-teknologi baru seperti bercucuk tanam
padi
di
sawah
yang dilengkapi sistem
pengairan
dan teknik pembuatan perkakas daripada
besi
dan
gangsa
yang dibawa masuk oleh pendatang dari dari China atau Korea.
Dalam sejarah China, bangsa Jepun pertama kali disebut dalam catatan sejarah klasik,
Buku Han
yang ditulis tahun
111
. Zaman Yayoi kemudian diganti oleh zaman
Kofun
sekitar tahun
250 M
, yang terdiri daripada negeri-negeri yang dilengkapi kekuatan tenteranya. Menurut
Catatan Tiga Kerajaan
, negeri paling berjaya di kepulauan Jepun waktu itu ialah
Yamataikoku
.
Dalam sejarah Jepun tertinggalnya catatan bertulis seawal
abad ke-5
dan
abad ke-6
Masihi, ketika unsur-unsur
kebudayaan Cina
seperti
tulisan Cina
,
agama Buddha
, dan dibawa masuk ke Jepun dari Kerajaan
Baekje
di
Semenanjung Korea
.
Perkembangan
agama Buddha di Jepun
dan seni ukir patung banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dari China.
[24]
Walaupun pihak pemerintah yang menganut agama
Shinto
mula-mulanya menentang keras kedatangan agama Buddha, namun lama-kelamaan akhirnya memeluk dan memajukan agama Buddha di Jepun, sehingga menjadi agama yang ramai penganut di Jepun sejak
zaman Asuka
.
[25]
Dalam
Pembaharuan Taika
yang dijalankan pada tahun
645
, Jepun menyusun semula sistem pemerintahannya dengan mencontohi China, sekaligus membuka jalan untuk fahaman
Konfusianisme
Cina memperluaskan pengaruh di Jepun sehingga
abad ke-19
.
Zaman Nara
pada
abad ke-8
ditandai oleh pemusatan semula kuasa pemerintahan sebuah negeri Jepun, dengan terbinanya ibu kota dan istana maharaja di
Heijo-kyo
(kini
Nara
). Pada zaman Nara, Jepun secara terus-menerus mengamalkan pentadbiran kerajaan seperti China. Salah satu pencapaian terbesar sastera Jepun pada zaman Nara ialah lengkapnya buku sejarah Jepun yang disebut
Kojiki
(712) dan
Nihon Shoki
(720).
[26]
Pada tahun 784,
Maharaja Kammu
memindahkan ibu kota ke
Nagaoka-ky?
, dan mentadbir di sana untuk 10 tahun sahaja. Selepas itu, ibu kota dipindahkan ke
Heian-ky?
(kini
Kyoto
). Pemindahan ibu kota ke Heian-ky? memulakan
zaman Heian
yang merupakan masa keemasan kebudayaan klasik asli Jepun, terutamanya dalam bidang
kesenian
,
puisi
dan
kesasteraan Jepun
.
Hikayat Genji
karya
Murasaki Shikibu
dan lirik lagu kebangsaan Jepun
Kimi ga Yo
berasal dari zaman Heian.
[27]
Zaman Pertengahan
sunting
Zaman pertengahan di Jepun merupakan zaman
feudalisme
yang ditandai oleh perebutan kuasa antara golongan pemerintah yang terdiri dari pada
kesatria
yang bergelar
samurai
. Pada tahun
1185
,
Minamoto no Yoritomo
dijulang sebagai
shogun
atas jayanta beliau menghancurkan
suku Taira
yang menyaingi
suku beliau
lalu mengambil peranan sebagai pemimpin tentera yang berkongsi kekuasaan dengan Maharaja. Pemerintahan tentera yang didirikan Minamoto no Yoritomo disebut
Keshogunan Kamakura
kerana pusat pemerintahan berada di
Kamakura
(di selatan
Yokohama
masa kini). Setelah Yoritomo meninggal dunia,
suku H?j?
membantu keshogunan sebagai
shikken
, iaitu bagaikan
adipati
kepada para syogun. Kesyogunan Kamakura berjaya menangkis serangan
Mongol
dari wilayah China yang ketika itu dijajah oleh kaum Mongol pada tahun 1274 dan 1281. Meskipun secara politik terbilang stabil, Keshogunan Kamakura akhirnya
digulingkan
oleh
Maharaja Go-Daigo
yang mengembalikan kuasa di tangan maharaja. Maharaja Go-Daigo akhirnya digulingkan oleh
Ashikaga Takauji
pada tahun 1336.
[28]
Keshogunan Ashikaga gagal membendung kekuatan penguasa tentera dan tuan tanah feudal (
daimyo
), maka terletusnya perang saudara pada tahun 1467 (
Perang ?nin
) yang memulakan masa satu abad yang ditandakan oleh peperangan antara paksi yang disebut masa negeri-negeri saling berperang atau
zaman Sengoku
.
[29]
Pada
abad ke-16
, para pedagang dan
mubaligh
Jesuit
dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan
Dunia Barat
(
Perdagangan dengan Nanban
). Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai
namban
yang berarti kaum gasar dari selatan.
Oda Nobunaga
menaklukkan daimyo-daimyo lain dengan memanfaatkan teknologi dan
senjata api
dari Eropah. Nobunaga hampir berjaya menyatukan Jepun sebelum dibunuh dalam
Peristiwa Honn?ji
1582.
Toyotomi Hideyoshi
menggantikan Nobunaga, lalu memainkan peranan sebagai penyatu Jepun pada tahun 1590. Hideyoshi berazam untuk menguasai Korea, dan dua kali cuba
menyerang Korea
, namun gagal setelah kalah dalam pertempuran melawan pasukan
Korea
yang dibantu kekuatan
Dinasti Ming
. Setelah Hideyoshi meninggal dunia, bala tenteranya berundur dari Semenanjung Korea pada tahun 1598.
[30]
Sepeninggal Hideyoshi, putera Hideyoshi yang bernama
Toyotomi Hideyori
mewarisi kekuasaan sang ayah.
Tokugawa Ieyasu
memanfaatkan posisinya sebagai adipati bagi Hideyori untuk meraih sokongan politik dan tentera daripada daimyo-daimyo lain. Setelah mengalahkan puak-puak penyokong Hideyori dalam
Pertempuran Sekigahara
tahun 1600, Ieyasu diangkat sebagai shogun pada tahun 1603. Pemerintahan tentera yang didirikan oleh Ieyasu di
Edo
(kini
Tokyo
) dipanggil
Keshogunan Tokugawa
. Keshogunan Tokugawa curiga terhadap kegiatan mubaligh
Katolik
, oleh itu melarang segala hubungan dengan orang-orang Eropah. Hubungan perdagangan antarabangsa hanya terhad kepada pedagang
Belanda
di Pulau
Dejima
,
Nagasaki
. Pemerintah Tokugawa juga mengamalkan pelbagai dasar lain seperti undang-undang
buke shohatto
untuk mengendalikan daimyo di seluruh daerah. Pada tahun 1639, Keshogunan Tokugawa mula menguatkuasakan dasar
sakoku
("negara tertutup") yang berlangsung selama dua setengah abad yang disebut
zaman Edo
. Walaupun pada zaman pemencilan, orang Jepun masih dapat mempelajari ilmu dari Dunia Barat. Di Jepun, ilmu daripada buku-buku Barat dipanggil
rangaku
(ilmu Belanda) ihsan hubungan orang Jepun dengan penduduk berbangsa Belanda di Dejima, Nagasaki. Pada zaman Edo, orang Jepun juga mula mengkaji negara Jepun lalu memberi istilah
kokugaku
kepada kajian negara Jepun.
[31]
Pada 31 Mac 1854, ketibaan Komodor
Matthew Perry
dan "
Kapal Hitam
"
Angkatan Laut Amerika Syarikat
memaksa Jepun untuk membuka diri terhadap Dunia Barat melalui
Persetujuan Kanagawa
. Persetujuan-persetujuan selanjutnya dengan negara-negara Barat pada masa
Bakumatsu
menimbulkan krisis ekonomi dan politik di Jepun. Golongan samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga tercetusnya
Perang Boshin
dari tahun
1867
hingga
1868
. Setelah Keshogunan Tokugawa digulingkan, kekuasaan dikembalikan ke tangan maharaja (
Pemulihan Meiji
) dan
sistem domain dimansuhkan
. Semasa Pemulihan Meiji, Jepun mengamalkan sistem politik, undang-undang, dan ketenteraan dari Dunia Barat.
Kabinet Jepun
menubuhkan
Dewan Penasihat Maharaja
, menyusun
Perlembagaan Meiji
, dan membentuk
Parlimen Diraja
. Pemulihan Meiji mengubah
Empayar Jepun
menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuat tentera secukup-cukupnya sehingga menimbulkan konflik ketenteraan ketika berusaha memperluas liputan wilayahnya di Asia. Setelah mengalahkan
China
dalam
Perang China-Jepun Pertama
dan
Rusia
dalam
Perang Rusia-Jepun
, Jepun menguasai
Taiwan
, separuh
Sakhalin
, dan
Korea
.
[32]
Pada awal
abad ke-20
, Jepun mengalami "
pendemokrasian Taisho
" yang dibayangkan oleh kebangkitan
perluasan wilayah
dan
penguatan tentera Jepun
. Semasa
Perang Dunia I
, Jepun berada di
pihak Sekutu
yang memenangi seluruh peperangan, sehingga Jepun dapat memperluas pengaruh dan wilayah kekuasaan. Jepun terus menjalankan politik ekspansionis dengan menduduki
Manchuria
pada tahun 1931. Dua tahun kemudian, Jepun menarik diri daripada
Liga Bangsa-Bangsa
setelah menyambut
kecaman antarabangsa
mengenai pendudukan Manchuria. Pada tahun
1936
, Jepun menandatangani
Pakatan Anti-Comintern
dengan
Jerman Nazi
, lalu bergabung bersama Jerman dan Itali untuk membentuk
Paksi
pada tahun 1941
[33]
Pada tahun 1937, serangan Jepun terhadap
Manchuria
mencetuskan
Perang China-Jepun Kedua
(1937-1945) yang menyebabakan Jepun dikenakan sekatan minyak oleh
Amerika Syarikat
[34]
Pada 7 Desember 1941, Jepun menyerang pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di
Pearl Harbor
, dan menyatakan perang terhadap Amerika Syarikat,
British
, dan
Belanda
. Serangan Pearl Harbor mengheret AS ke kancah
Perang Dunia Kedua
. Setelah kempen tentera yang berlarutan di
Lautan Pasifik
, Jepun banyak kehilangan wilayah-wilayah yang dikuasainya sejak awal peperangan. Amerika Syarikat melakukan pengeboman strategis terhadap
Tokyo
,
Osaka
dan kota-kota besar yang lain. Setelah AS menjatuhkan
bom atom
di
Hiroshima
dan
Nagasaki
, Jepun akhirnya
menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak berikat
pada 15 Ogos 1945 (
Hari Kemenangan atas Jepun
).
[35]
Peperangan banyak membawa penderitaan bagi rakyat Jepun dan juga di wilayah-wilayah jajahan Jepun. Berjuta-juta orang terkorban di negara-negara Asia yang diduduki oleh Jepun yang melaung-laungkan slogan
Kemakmuran Bersama Asia
. Hampir semua industri dan infrastruktur di Jepun hancur akibat perang. Pihak Sekutu melakukan repatriasi besar-besaran
etnik Jepun
dari negara-negara Asia yang pernah diduduki Jepun.
[36]
Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh
yang diselenggarakan oleh pihak Sekutu mulai 3 Mei 1946 berakhir dengan dijatuhkannya hukuman bagi sejumlah pemimpin Jepun yang terbukti bersalah melakukan
kezaliman perang
.
Pada tahun 1947, Jepun menerima
Perlembagaan
yang baru, yang mana Jepun ditetapkan sebagai negara yang menganut fahaman
pasifisme
lalu mengamalkan
demokrasi liberal
. Pendudukan AS terhadap Jepun secara rasmi berakhir pada tahun
1952
dengan menandatangani
Perjanjian San Francisco
.
[37]
Walaupun demikian, pasukan AS tetap mempertahankan pangkalan-pangkalan penting di Jepun, khususnya di
Okinawa
.
Perserikatan Bangsa-Bangsa
secara secara rasmi menerima Jepun
sebagai anggota pada tahun 1956.
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengalami
pertumbuhan ekonomi
yang pesat, dan menempatkan Jepun sebagai kekuatan ekonomi terbesar nombor dua di dunia, dengan pertumbuhan
keluaran dalam negeri kasar
lebih kurang 10% setahun selama empat dekad. Kepesatan pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun
1990-an
setelah pecahnya
gelembung ekonominya
.
[38]
Jepun mengamalkan sistem negara
raja berperlembagaan
yang amat mengehadkan kuasa
Maharaja Jepun
. Sebagai ketua negara istiadat, kedudukan Maharaja Jepun diatur dalam
perlembagaan
sebagai "lambang kenegaraan dan penyatu rakyat". Kuasa pemerintah terletak di tangan
Perdana Menteri Jepun
dan anggota terpilih
Parlimen Jepun
, sementara kedaulatan sepenuhnya berada di tangan
rakyat Jepun
.
[39]
Parlimen Jepun
merupakan
parlimen
dwidewan
yang terbentuk berasaskan sistem England. Parlimen Jepun terdiri daripada sebuah
Dewan Perwakilan
dan sebuah
Dewan Kaunselor
. Dewan Perwakilan Jepun terdiri daripada 480 ahli yang diundi secara langsung oleh rakyat sekali dalam empat tahun atau setelah majlis rendah dibubarkan. Dewan Kaunselor Jepun pula terdiri daripada 242 ahli yang memiliki masa jabatan 6 tahun, dan juga diundi secara langsung oleh rakyat. Warganegara Jepun berusia 20 tahun ke atas berhak mengundi.
[40]
Perdana Menteri Jepun ialah
ketua kerajaan
yang dilantik melalui undian daripada kalangan ahli-ahli Parlimen.
[41]
Apabila Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor masing-masing memiliki calon perdana menteri, maka calon daripada Dewan Perwakilan yang diutamakan. Pada praktiknya, perdana menteri berasal daripada parti majoriti di parlimen. Menteri-menteri kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan Parlimen Jepun, dan memberi perkenan atas pelantikan menteri-menteri kabinet.
[42]
Perdana Menteri memerlukan sokongan dan kepercayaan daripada anggota Dewan Perwakilan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Kerabat diraja
sunting
Maharaja
Akihito
ialah Maharaja Jepun masa kini yang naik takhta sebagai maharaja ke-125 setelah ayahandanya, Maharaja
Hirohito
mangkat pada 7 Januari 1989. Upacara pertabalan Maharaja Akihito dilangsungkan pada 12 November 1990.
[43]
Putera Raja
Naruhito
, beristerikan Puteri Raja
Masako
yang berasal daripada golongan rakyat jelata, dan dikurniakan seorang puteri bernama Aiko (
Puteri Toshi
). Adinda kepada Naruhito, iaitu
Putera Akishino
, turut mempermaisurikan seorang rakyat biasa yang bernama
Kiko Kawashima
, lalu dikurniakan dua orang puteri (
Puteri Mako
dan
Puteri Kako
), serta seorang putera bernama
Putera Hisahito
.
Hubungan luar negara dan tentera
sunting
Jepun memiliki hubungan ekonomi dan ketenteraan yang erat dengan
Amerika Syarikat
, serta mengamalkan
dasar luar negara
berteraskan
pakatan keamanan Amerika Syarikat - Jepun
.
[44]
Sejak diterima menjadi anggota
Pertubuhan Bangsa Bersatu
pada tahun 1956, Jepun telah sepuluh kali menjadi anggota tidak tetap dalam
Majlis Keselamatan PBB
, termasuk pada tahun 2009-2010.
[45]
Jepun ialah salah sebuah negara
G4
yang sedang mengusulkan perluasan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
[46]
Sebagai negara anggota
G8
,
APEC
,
ASEAN Plus 3
, dan peserta
Persidangan Kemuncak Asia Timur
, Jepun banyak bergiat dalam hubungan antarabangsa dan mengeratkan persahabatan Jepun dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Pakatan pertahanan dengan
Australia
ditandatangani pada Mac 2007,
[47]
dan dengan
India
pada Oktober 2008.
[48]
Pada tahun 2007, Jepun ialah negara penyumbang
Bantuan Pembangunan Rasmi
(ODA) kelima terbesar di dunia.
[49]
Negara penerima bantuan ODA terbesar daripada Jepun ialah Indonesia, dengan jumlah bantuan melebihi AS$29.5 juta dari tahun 1960 hingga 2006.
[50]
Jepun bertikai dengan
Rusia
mengenai
Kepulauan Kuril
[51]
dan dengan
Korea Selatan
mengenai
Batu Liancourt
[52]
. Pentadbiran Jepun di
Kepulauan Senkaku
turut dicabar oleh
Republik Rakyat China
dan
Taiwan
.
[53]
Perkara 9 Perlembagaan Jepun
menyatakan bahawa Jepun menolak peperangan dan penggunaan kekuatan angkatan bersenjata untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. Pasal 9 Ayat 2 melarang Jepun daripada memiliki angkatan tentera bersenjata dan melibatkan diri dalam peperangan.
[54]
[55]
Sebaliknya, Jepun memiliki sebuah
Pasukan Pertahanan Diri
yang terletak di bawah pengawasan
Kementerian Pertahanan
, dan terdiri daripada
Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun
(JGSDF),
Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
(JMSDF), dan
Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun
(JASDF). Pada tahun 1991,
kapal penyapu ranjau
Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun turut membersihkan
periuk api laut
di
Teluk Parsi
(berhampiran pantai
Kuwait
) bersama kapal penyapu ranjau dari lapan buah negara lain.
[56]
[57]
Atas permintaan
Kerajaan Sementara PBB di Kemboja
(1992-1993), Jepun menghantar khidmat pemerhati gencatan senjata, pemantau pilihanraya, polisi sipil, dan sokongan logistik seperti pembaikpulihan jalan dan jambatan.
[58]
Di
Iraq
, pasukan bukan tempur Jepun membantu dalam misi kemanusiaan dan kegiatan pembinaan semula prasarana sejak Desember 2003 hingga Februari 2009.
[59]
[60]
[61]
Jepun memiliki lebih daripada 3.000 pulau yang terletak di pesisir
Lautan Pasifik
di timur benua
Asia
. Istilah
Kepulauan Jepun
merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan,
Hokkaido
,
Honshu
,
Shikoku
, dan
Kyushu
, serta
Kepulauan Ryukyu
yang berada di selatan Kyushu.
Sekitar 70% hingga 80% daripada wilayah Jepun terdiri daripada kawasan
pergunungan
yang
berhutan-hutan
,
[62]
[63]
oleh itu sesuai untuk kegiatan pertanian, industri, serta penempatan kediaman. Daerah yang curam berbahaya untuk dihuni kerana risiko tanah runtuh akibat gempa bumi, keadaan tanah yang tidak kukuh, dan hujan lebat. Oleh sebab itu, kebanyakan kawasan penempatan tertumpu pada kawasan pesisir pantai. Jepun ialah salah sebuah
negara yang terpadat penduduknya di dunia
.
[64]
Jepun sering mengalami gempa bumi yang lemah atau sederhana dan adakalanya letusan gunung berapi sering kerana terletak di atas
Lingkaran Api Pasifik
di pertemuan tiga
plat tektonik
.
Gempa bumi
yang kuat pula boleh menyebabkan
tsunami
. Setiap abad, di Jepun terjadinya beberapa kali tsunami.
[65]
Kejadian gempa bumi terbesar yang terjadi sehingga kini di Jepun
berlaku di perlautan pantai timur berdekatan Sendai
yang menyebabkan tsunami pada tahun 2011. Keadaan geografi menyebabkan Jepun memiliki banyak
sumber mata air panas
, dan sebahagian besarnya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.
[66]
Jepun berada di kawasan beriklim sederhana dengan bermusim empat. Walaupun demikian, terdapat perbezaan iklim yang ketara di antara bahagian utara dan bahagian selatan Jepun.
[67]
Pada
musim dingin
, kawasan utara Jepun seperti Hokkaido dihujani salji, manakala di selatan pula beriklim subtropika. Iklimnya juga dipengaruhi tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua
Asia
ke
Lautan Pasifik
pada musim dingin, dan sebaliknya pada musim panas.
Iklim Jepun terbagi atas enam zon iklim:
- Hokkaido
: Kawasan paling utara beriklim sedang dengan musim dingin yang panjang dan membekukan, serta musim panas yang sejuk.
Kerpasannya
tidak besar, namun salji banyak turun ketika musim dingin.
- Laut Jepun
: Di pantai barat Pulau Honshu, tiupan angin dari barat laut membawa salji yang sangat lebat. Pada
musim panas
, kawasan ini lebih sejuk dibandingkan kawasan Pasifik. Walaupun demikian, suhu di kawasan ini adakalanya dapat menjadi sangat tinggi akibat fenomena
angin fohn
.
- Tanah Tinggi Pusat
: Wilayah ini beriklim pedalaman dengan perbezaan suhu purata antara
musim panas
dan
musim dingin
yang amat ketara. Perbezaan suhu antara waktu malam dan siang juga agak ketara.
- Laut Pedalaman Seto
: Barisan pegunungan di
kawasan Chugoku
dan
Shikoku
menghalangi jalur tiupan angin musim, sehingga kawasan ini sepanjang tahun beriklim sedang.
- Lautan Pasifik
: Kawasan pesisiran pantai timur Jepun mengalami musim dingin yang sangat dingin, namun tidak banyak turun salji. Sebaliknya, musim panas menjadi begitu lembap akibat tiupan angin musim dari tenggara.
- Kepulauan Ryukyu
: Kepulauan di barat daya Jepun termasuk Kepulauan Ryukyu beriklim subtropika, panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas. Kerpasan sangat tinggi, terutama selama musim hujan, di samping sering mengalami ribut
taufan
.
Suhu tertinggi yang pernah tercatat di Jepun ialah 40.9?°C (105.6?°F) pada 16 Ogos 2007.
[68]
Musim hujan
bermula lebih awal di Okinawa, lebih kurang mulai awal bulan Mei. Garis depan musim hujan bergerak ke utara, sehingga hampir mencapai Hokkaido. Di sebahagian besar wilayah Honshu, musim hujan bermula pada tengah bulan Jun selama enam minggu. Taufan sering terjadi sepanjang bulan September dan Oktober, disebabkan tekanan tropika di khatulistiwa yang bergerak dari barat daya ke timur laut, oleh itu sering membawa hujan yang sangat lebat.
[67]
Pembahagian pentadbiran
sunting
- Rencana utama:
Wilayah di Jepun
Jepun dibahagikan kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah
wilayah
yang ditadbir bebas daripada kuasa kerajaan pusat. Sila klik pada wilayah yang terdapat di peta untuk maklumat lanjut.
Sejak
zaman Meiji
(1868-1912), Jepun mengamalkan sistem ekonomi
pasaran bebas
dan
kapitalis
yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih daripada 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.
[69]
Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang menjadi
zaibatsu
, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.
[69]
Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar
"keajaiban ekonomi Jepun"
, iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-an.
[69]
Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang mengakibatkan konflik perdagangan. Setelah ditandatanganinya
Perjanjian Plaza
1985, dolar AS mengalami penyusutan nilai berbanding yen. Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan nilai yen. Akibatnya, terjadi surplus
kecairan
dan
penciptaan wang
berlebihan. Spekulasi menyebabkan harga
saham
dan
harta tanah
terus meningkat, sehingga menimbulkan
gelembung harga aset
. Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah tidak akan jatuh.
[38]
Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan pengetatan
dasar kewangan
oleh
Bank Jepun
pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun rasmi menjadi 6%.
[38]
Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta.
Indeks Purata Nikkei
dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh 1990.
[38]
Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat oleh
kelesuan ekonomi global
pada tahun 2000.
[70]
Jepun merupakan
ekonomi negara ketiga terbesar
di dunia mengekori Amerika Syarikat dan China, dari segi
KDNK nominal
(sekitar US$5 trilion) mahupun
pariti kuasa beli
.
[71]
[72]
Kegiatan industri terbesar Jepun terletak dalam sektor
perbankan
,
insurans
,
hartanah
,
peruncitan
,
pengangkutan
,
telekomunikasi
, dan
pembinaan
.
[73]
Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam bidang
automotif
,
elektronik
,
permesinan
,
keluli
dan
logam
bukan besi,
perkapalan
,
kimia
,
tekstil
, dan
pemprosesan makanan
.
[70]
Sebesar tiga perempat daripada produk domestik bruto Jepun berasal daripada sektor jasa.
Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang.
[74]
Kadar pengangguran
di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19
yang paling produktif tenaga kerjanya
.
[75]
Menurut
Indeks Big Mac
, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji sejam yang tertinggi di dunia.
Toyota Motor
,
Mitsubishi UFJ Financial
,
Nintendo
,
NTT DoCoMo
,
Nippon Telegraph & Telephone
,
Canon
,
Matsushita Electric Industrial
,
Honda
,
Mitsubishi Corporation
, dan
Sumitomo Mitsui Financial
merupakan sepuluh syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.
[76]
Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam
Forbes Global 2000
atau 16.3% daripada 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun 2006).
[77]
Bursa Saham Tokyo
memiliki jumlah
permodalan pasaran
kedua terbesar di dunia. Indeks daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo dipanggil
Nikkei 225
.
[78]
Dalam
Indeks Kemudahan Berniaga
, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi salah sebuah negara maju dengan
birokrasi paling sederhana
.
Kapitalisme
ala Jepun menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa.
Keiretsu
ialah sekelompok perusahaan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan saham. Rundingan gaji (
shunt?
) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal
musim semi
. Budaya perniagaan Jepun mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti
Sistem Nenk?
,
nemawashi
,
salaryman
, dan
office lady
. Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan jaminan
pekerjaan seumur hidup
.
[79]
[80]
Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin diabaikan.
[81]
[82]
Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti
The Toyota Way
.
Aktivisme pemegang saham
amat jarang kelihatan.
[83]
Dalam
Indeks Kebebasan Ekonomi
, Jepun merupakan negara kelima paling besar
laissez-faire
di kalangan 41 negara Asia Pasifik.
[84]
Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 ialah
AS$4,210 per kapita
. Pasaran eksport terbesar Jepun tahun 2006 ialah
Amerika Syarikat
22,8%,
Kesatuan Eropah
14,5%,
China
14,3%,
Korea Selatan
7,8%,
Taiwan
6,8%, dan
Hong Kong
5,6%. Keluaran eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan,
kenderaan bermotor
,
elektronik
, mesin-mesin elektrik, dan
bahan kimia
.
[70]
Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006 ialah
China
20,5%,
AS
12,0%,
Kesatuan Eropah
10,3%,
Arab Saudi
6,4%,
Emiriah Arab Bersatu
5,5%,
Australia
4,8%,
Korea Selatan
4,7%, dan
Indonesia
4,2%. Import utama Jepun merupakan jentera dan peralatan,
minyak
, bahan
makanan
,
tekstil
, dan bahan mentah untuk perindustrian.
[70]
Jepun ialah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta).
[85]
Jepun berada di tangga ke-6 selepas
China
,
Peru
,
Amerika Syarikat
,
Indonesia
, dan
Chile
, dengan jumlah hasil tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.
[86]
[87]
Pertanian
merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas
Perang Dunia Kedua
. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.
[88]
Pada Februari 2007 terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang daripada 21.2% atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian.
[89]
Sebahagian besar tenaga kerja pertanian sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak berkurangan.
[90]
[91]
Sains dan teknologi
sunting
Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang (perangkaan 1 Februari 2009).
[98]
Masyarakat Jepun adalah homogen dari segi
etnik
,
budaya
dan
bahasa
, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di kalangan penduduk minoriti yang kecil di Jepun, terdapat
orang Korea Zainichi
,
[99]
Cina Zainichi
,
orang Filipina
,
Brazil
[100]
dan
Peru
.
[101]
Pada 2003, terdapat 136,000 warga negara barat yang menjadi ekspatriat di Jepun.
[102]
Kewarganegaraan Jepun diberikan kepada bayi yang dilahirkan daripada ayah atau ibu berkewarganegaraan Jepun, ayah berkewarganegaraan Jepun yang meninggal sebelum kelahirannya, atau bayi yang lahir di Jepun dengan ayah/ibu yang tidak diketahui/tidak memiliki
kewarganegaraan
.
[103]
Suku kaum yang paling dominan ialah penduduk asli yang bergelar
orang Yamato
dan
kelompok minoriti
utama yang terdiri daripada penduduk asli
Ainu
[104]
dan
Ryukyu
, ditambah kelompok minoriti sosial yang dipanggil
burakumin
.
[105]
Pada tahun 2006, kadar
jangka hayat
di Jepun ialah 81.25 tahun, iaitu antara yang tertinggi di dunia.
[106]
Namun usia purata penduduk Jepun semakin meningkat kesan ledakan kelahiran pascaperang diikuti penurunan kadar kelahiran. Pada tahun 2004, sekitar 19.5% daripada populasi Jepun sudah berusia atas 65 tahun.
[107]
Perubahan dalam struktur demografi menimbulkan beberapa masalah sosial, terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial seperti
pencen
. Masalah lain termasuk semakin ramai golongan muda yang memilih untuk tidak
berkahwin
atau mendirikan rumah tangga ketika mencapai usia dewasa.
[108]
Bilangan penduduk Jepun dikhuatiri akan merosot menjadi 100 juta pada tahun 2050, dan 64 juta pada tahun 2100.
[107]
Pakar demografi dan jabatan kerajaan kini berbincang mengenai cara menangani masalah penurunan jumlah penduduk.
[108]
Imigrasi
dan insentif wang untuk kelahiran bayi sering kali diusulkan sebagai penyelesaian masalah penduduk Jepun yang semakin menua.
[109]
[110]
Perangkaan tertinggi jumlah penganut
agama Buddha
dan
Shinto
sekaligus ialah 84-96% yang menunjukkan betapa besarnya jumlah penganut sinkretisme daripada kedua-dua agama tersebut.
[40]
[112]
Walaupun demikian, perkiraan tersebut hanya berdasarkan jumlah warga yang didapati ada hubungan dengan pihak kuil, dan bukan jumlah penduduk yang sungguh-sungguh menganut kedua-dua agama tersebut.
[113]
Professor Robert Kisala (dari
Universiti Nanzan
) menganggarkan hanya 30% daripada penduduk Jepun yang mengaku menganut suatu agama.
[113]
Fahaman
Taoisme
dan
Konfusianisme
dari China juga mempengaruhi kepercayaan dan tradisi Jepun. Agama di Jepun cenderung bersifat
sinkretisme
dengan melahirkan berbagai-bagai tradisi, seperti orang tua membawa anak-anak ke upacara
Shinto
, pelajar sekolah berhajat kelulusan ujian di
kuil Shinto
, perkahwinan ala Barat di
gereja
Kristian
, dan penyemadian mayat mengikut laras
agama Buddha
. Penduduk beragama
Kristian
hanya berjumlah 2,595,397 atau 2.04% seluruh penduduk Jepun.
[114]
Kebanyakan orang Jepun mengambil sikap tidak peduli terhadap
agama
dan melihat
agama
sebagai
budaya
dan tradisi semata-mata. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragama
Buddha
hanya kerana nenek moyang mereka menganut suatu mazhab agama Buddha. Selain itu, di Jepun sejak pertengahan abad ke-19 lahirnya pelbagai mazhab agama baru (
Shinsh?ky?
) seperti
Tenrikyo
dan
Aum Shinrikyo
.
Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalam
bahasa Jepun
sebagai bahasa ibunda.
[98]
Bahasa Jepun ialah
bahasa aglutinatif
yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun. Pemilihan kata kerja dan kosa kata mencerminkan taraf penutur dan pendengar. Menurut
kamus
bahasa Jepun iaitu
Shinsen-kokugojiten
, kosa kata daripada
bahasa Cina
berjumlah sekitar 49.1% daripada seluruh kosa kata Jepun, manakala kata-kata asli Jepun hanya 33.8% dan
kata pinjaman
bahasa lain pula sekitar 8.8%.
[115]
Bahasa Jepun menggunakan tulisan
kanji
,
hiragana
, dan
katakana
. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisan
Rumi
yang dikenali sebagai
Romaji
. Nombor-nombor
Arab
turut digunakan.
Bahasa Ryukyu
yang juga tergolong dalam keluarga
bahasa Japonik
ditutur oleh penduduk
Okinawa
, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.
[116]
Bahasa Ainu
kian
pupus
dengan hanya beberapa orang
penutur asli
yang sudah lanjut usia di
Hokkaido
.
[117]
Para pelajar sekolah kerajaan dan swasta di Jepun hanya diwajibkan mempelajari
bahasa Jepun
dan
bahasa Inggeris
.
[118]
Pendidikan rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi diperkenalkan di Jepun pada tahun
1872
hasil usaha
Pemulihan Meiji
.
[119]
Sejak tahun 1947, rancangan pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara bersekolah selama 9 tahun di
sekolah rendah
dan
sekolah menengah rendah
(dari usia 6 hingga 15 tahun). Dalam kalangan penduduk berusia 15 tahun ke atas, kadar
celik huruf
mencapai 99% secara sama rata antara lelaki dan wanita (2002).
[120]
Hampir semua pelajar sekolah berjaya ke
sekolah menengah tinggi
dan menurut
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Jepun
(MEXT), lebih kurang 75.9% lepasan sekolah menengah tinggi pada tahun 2005 melanjutkan pelajaran ke
universiti
,
akademi
, politeknik, atau insititusi pendidikan tinggi seumpamanya.
[121]
Pendidikan di Jepun amat kompetitif,
[122]
khususnya dalam ujian kemasukan perguruan tinggi.
Universiti Tokyo
dan
Universiti Keio
merupakan dua universiti terunggul di Jepun.
[123]
Mengikut carta kedudukan
Program Penilaian Pelajar Antarabangsa
yang disusun oleh
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD), tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tangga keenam terbaik di dunia.
[124]
Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli
Jomon
dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Pada mulanya
China
dan
Korea
banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya
Yayoi
sekitar
300 SM
. Gabungan tradisi budaya
Yunani
dan
India
, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak
abad ke-6
Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan
agama Buddha
mazhab
Mahayana
. Sejak abad ke-16, pengaruh
Eropah
menonjol, disusuli dengan pengaruh
Amerika Syarikat
yang mendominasi Jepun setelah akhirnya
Perang Dunia II
.
Jepun turut mengembangkan budaya yang asli dan unik, dalam seni (
ikebana
,
origami
,
ukiyo-e
),
kraftangan
(
anak patung
,
tembikar
, persembahan (boneka
bunraku
,
tarian tradisional
,
kabuki
,
noh
,
raku-go
), dan tradisi (
permainan Jepun
,
onsen
,
sento
,
majlis teh
,
kebun Jepun
), serta
makanan Jepun
yang unik sekali.
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar.
Anime
,
manga
,
fesyen
perfileman
,
kesusasteraan
,
permainan video
dan
muzik
Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara
Asia
yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus
trend
baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.
Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain
besbol
Jepun di
Amerika Syarikat
meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.
Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan
sushi
, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan Jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan
sashimi
pada
musim panas
, manakala
ramen
panas dan
shabu-shabu
disediakan pada
musim sejuk
.
- ^
"National Flag and National Anthem"
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
The Rising Sun Flag and "Kimi Ga Yo" are respectively the national flag and anthem of Japan. This was formalized in 1999 with the Law Regarding the National Flag and National Anthem.
- ^
"Explore Japan National Flag and National Anthem"
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
- ^
"National Symbols"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2017-02-02
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
- ^
"History of Tokyo"
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
The Edo Period lasted for nearly 260 years until the Meiji Restoration in 1868, when the Tokugawa Shogunate ended and imperial rule was restored. The Emperor moved to Edo, which was renamed Tokyo. Thus, Tokyo became the capital of Japan
- ^
法制執務コラム集「法律と?語?日本語」
(dalam bahasa Japanese). Legislative Bureau of the House of Councillors
. Dicapai pada
19 Januari
2009
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Japan Languages"
(dalam bahasa English)
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Literacy and Language Classes in Community Centers, Country Profile: Japan"
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
- ^
a
b
"World Factbook: Japan"
. CIA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-12-28
. Dicapai pada
15 Januari
2011
.
- ^
Mengikut legenda, pada tarikh inilah Jepun diasaskan oleh
Maharaja Jimmu
, maharaja pertama Jepun.
- ^
(Inggeris)
"Facts about Japan, General Information"
. Dicapai pada
29 Januari
2017
.
- ^
"最新結果一? 政府統計の?合窓口 GL08020101"
. Statistics Bureau of Japan
. Dicapai pada
27 April
2016
.
- ^
a
b
c
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
imf2
- ^
(Inggeris)
"World Factbook: Gini Index"
.
CIA
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2014-06-25
. Dicapai pada
11 Mei
2011
.
- ^
(Inggeris)
"2016 Human Development Report"
(PDF)
.
United Nations Development Programme
. 2016
. Dicapai pada
23 Mac
2017
.
- ^
(Jepun)
"世界60カ??値?デ?タブック"
[
Sixty Countries' Values Databook
]. Dentsu Communication Institute, Japan Research Center. 2000
. Dicapai pada
16 Jun
2017
.
- ^
"
Facts and Figures of Japan 2007 01: Land
"
(PDF)
. Foreign Press Center Japan
. Dicapai pada
2009-07-04
.
- ^
Inman, James (21 January 2011).
"China confirmed as World's Second Largest Economy"
.
The Guardian
. Dicapai pada
21 Januari
2011
.
- ^
United Nations World Population Propsects: 2006 revision
? Table A.17 for 2005-2010
- ^
Lach, Donald (2010).
Asia in the Making of Europe
.
I
. University of Chicago Press. m/s.?157.
- ^
Schreiber, Mark (November 26, 2019).
"You say 'Nihon,' I say 'Nippon,' or let's call the whole thing 'Japan'?"
.
The Japan Times
.
- ^
Carr, Michael (March 1992).
"Wa Wa Lexicography"
.
International Journal of Lexicography
.
5
(1): 1?31.
doi
:
10.1093/ijl/5.1.1
.
- ^
Teach Yourself Japanese Message Board
- ^
Joan, R. Piggott (1997).
The emergence of Japanese kingship
. Stanford University Press. m/s.?143?144.
ISBN
0-804-72832-1
.
- ^
Delmer M. Brown (ed.), penyunting (1993).
The Cambridge History of Japan
. Cambridge University Press. m/s.?140?149.
CS1 maint: extra text: editors list (
link
)
- ^
William Gerald Beasley (1999).
The Japanese Experience: A Short History of Japan
. University of California Press. m/s.?42.
ISBN
0520225600
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
Conrad Totman (2002).
A History of Japan
. Blackwell. m/s.?64?79.
ISBN
978-1405123594
.
- ^
Conrad Totman (2002).
A History of Japan
. Blackwell. m/s.?122?123.
ISBN
978-1405123594
.
- ^
George Sansom
(1961).
A History of Japan: 1334?1615
. Stanford. m/s.?42.
ISBN
0-8047-0525-9
.
- ^
George Sansom
(1961).
A History of Japan: 1334?1615
. Stanford. m/s.?217.
ISBN
0-8047-0525-9
.
- ^
Stephen Turnbull
(2002).
Samurai Invasion: Japan's Korean War
. Cassel. m/s.?227.
ISBN
978-0304359486
.
- ^
Hooker, Richard (1999-07-14).
"Japan Glossary; Kokugaku"
. Washington State University. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2006-08-28
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
Jesse Arnold.
"Japan: The Making of a World Superpower (Imperial Japan)"
. vt.edu/users/jearnol2
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
Kelley L. Ross.
"The Pearl Harbor Strike Force"
. friesian.com
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
Roland H. Worth, Jr. (1995).
No Choice But War: the United States Embargo Against Japan and the Eruption of War in the Pacific
. McFarland.
ISBN
0-7864-0141-9
.
- ^
"Japanese Instrument of Surrender"
. educationworld.net. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2006-12-31
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
When Empire Comes Home?: Repatriation and Reintegration in Postwar Japan by Lori Watt
, Harvard University Press
- ^
Joseph Coleman (2006-03-06).
"
'
52 coup plot bid to rearm Japan: CIA"
.
The Japan Times
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-07-17
. Dicapai pada
2007-04-03
.
- ^
a
b
c
d
Kobayashi, Kayo (2005).
日本の??: Japanese Economy, The
. IBC Publishing.
ISBN
4-8968-4147-6
.
- ^
"The Constitution of Japan"
. House of Councillors of the National Diet of Japan. 1946-11-03. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-03-17
. Dicapai pada
2007-03-10
.
- ^
a
b
"World Factbook; Japan"
.
CIA
. 2007-03-15. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-12-28
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s5
Perlembagaan Jepun Pasal 5, Kabinet (第5章 ?閣)
- ^
http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s1
Perlembagaan Jepun Bab 1 Pasal 6, Maharaja (第1章 天皇)
- ^
http://www.kunaicho.go.jp/02/d02-01.html
Tenn? k?g? ry?heika no goryakureki (天皇皇后?陛下のご略?). Diakses pada 7 Maret 2009
- ^
Michael Green.
"Japan Is Back: Why Tokyo's New Assertiveness Is Good for Washington"
. Real Clear Politics
. Dicapai pada
2009-03-08
.
- ^
"Japan: non-permanent member of the Security Council"
. United Nations
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
Nile Gardiner, Ph.D. and Brett D. Schaefer.
"U.N. Security Council Expansion Is Not in the U.S. Interest"
. Heritage Foundation. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-09-18
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
Japan-Australia Joint Declaration on Security Cooperation
- ^
Joint Declaration on Security Cooperation between Japan and India
- ^
"Debt Relief is down: Other ODA rises slightly"
. Organisation for Economic Co-Operation and Development
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"Sejarah Bantuan ODA Jepang di Indonesia"
. Situs Bantuan ODA Jepang di Indonesia
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"Japan's island row with Russia"
. BBC News. 2006-08-16
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"Seoul and Tokyo hold island talks"
. BBC News. 2006-04-20
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"The Basic View on the Sovereignty over the Senkaku Islands"
. Kementerian Luar Negeri Jepun
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"The Constitution of Japan"
. Dicapai pada
2009-03-12
.
- ^
Kosechi, Soseki.
"Mengkaji Kembali Revisi Perlembagaan Jepun"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-01-12
. Dicapai pada
2009-03-12
.
- ^
"Section 3. Japan's Response to the Post-Gulf Crisis Problems"
.
Diplomatic Bluebook 1991: Japan's Diplomatic Activities
. Kementerian Luar Negeri Jepun
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"航空自衛隊イラク復興支援派遣撤?業務隊による撤?業務の終結に?する命令の?出について"
.
Kementerian Pertahanan
. 2009-02-10
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"Japan's Participation in UN Peacekeeping Operations: International Peace Cooperation Assignment in Cambodia"
. Secretariat of the International Peace Cooperation Headquarters, Cabinet Office. 2009-02-10
. Dicapai pada
2009-03-10
.
[
pautan mati kekal
]
- ^
"Prime Minister Encourages Japan Air Self-Defense Force (JASDF) to be Dispatched to Iraq"
. Kantor Perdana Menteri Jepun. 2003-12-24
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"航空自衛隊イラク復興支援派遣撤?業務隊による撤?業務の終結に?する命令の?出について"
.
Kementerian Pertahanan
. 2009-02-10
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"2009年2月16日付防衛省人事?令"
(PDF)
.
Kementerian Pertahanan
. 2009-02-16
. Dicapai pada
2009-03-10
.
- ^
"
"
Japan
"
"
. Microsoft Encarta Online Encyclopedia. 2006. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-11-01
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
"Japan Information?Page 1"
. WorldInfoZone.com
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
"World Population Prospects"
. UN Department of Economic and Social Affairs
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
"Tectonics and Volcanoes of Japan"
. Oregon State University. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-02-04
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
"Attractions: Hot Springs"
.
JNTO
. Dicapai pada
2007-04-01
.
- ^
a
b
"Essential Info: Climate"
.
JNTO
. Dicapai pada
2007-04-01
.
- ^
"Gifu Prefecture sees highest temperature ever recorded in Japan - 40.9"
. Japan News Review Society. 2007-08-16. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2016-08-18
. Dicapai pada
2007-08-16
.
- ^
a
b
c
"Japan: Patterns of Development"
. country-data.com. Januari 1994
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
a
b
c
d
"World Factbook; Japan?Economy"
.
CIA
. 2006-12-19. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-12-28
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
"World Economic Outlook Database; country comparisons"
.
IMF
. 6 Oktober 2010
. Dicapai pada
5 Januari
2011
.
- ^
"World Factbook: Country Comparison?:: GDP (purchasing power parity)"
. CIA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-06-04
. Dicapai pada
16 Januari
2011
.
- ^
er 6 Manufacturing and Construction
, Statistical Handbook of Japan, Ministry of Internal Affairs and Communications
- ^
http://www.prcdc.org/summaries/japan/japan.html
- ^
Groningen Growth and Development Centre (GGDC)
- ^
Japan 500 2008
,
Financial Times
Dicapai pada 8 Mac 2009]
- ^
[
http://www.forbes.com/lists/2006/18/06f2000_The-Forbes-2000_Rank.html
The Forbes 2000
- ^
Market data.
Diarkibkan
2007-10-11 di
Wayback Machine
New York Stock Exchange (2006-01-31). Diakses pada 2007-08-11.
- ^
"Japan's Economy: Free at last"
.
The Economist
. 2006-07-20
. Dicapai pada
2007-03-29
.
- ^
"The State and Change in the "Lifetime Employment" in Japan: From the End of War Through 1995"
. Research Institute of Economy, Trade and Industry (RIETI). November 2004
. Dicapai pada
2007-03-29
.
- ^
Sonobe, Jun.
"Life-time Employment (終身雇用)"
. exBuzzWords
. Dicapai pada
2007-03-28
.
- ^
The Economist: Going hybrid
- ^
Activist shareholders swarm in Japan
, The Economist
- ^
Japan
,
Index of Economic Freedom
- ^
"The State of World Fisheries and Aquaculture 2006"
(PDF)
. FAO Fisheries and Aquaculture Department FAO. 2007.
ISBN
978-92-5-105568-7
. Dicapai pada
2009-03-02
.
- ^
"Yearbooks of Fishery Statistics: World fisheries production, by capture and aquaculture, by country (2006)"
(PDF)
. Fisheries and Aquaculture Department FAO. Januari 2006
. Dicapai pada
2009-03-08
.
- ^
The World Almanac and book of facts 2008
. World Almanac Books. 2008. m/s.?94.
ISBN
1-60057-072-0
.
- ^
"Employed person by occupation and sex (??力調査 長期時系列デ?タ 職業別就業者?)"
. Statistics Bureau, Director General for Policy Planning (Statistical Standards) ?務省統計局
. Dicapai pada
2009-03-09
.
- ^
Zaidan H?jin Yano Tsuneta Kinenkai, 財?法人矢野恒太記念? (2008). m/s. 134 Tabel 13-6 dan catatan kaki. "Takrifan keluarga petani komersil (
hambai n?ka
) ialah keluarga dengan luas tanah lebih dari 3,000 m² atau pendapatan kasar lebih daripada \500,000 per tahun; takrifan keluarga petani pengusaha (
shugy? n?ka
) ialah keluarga yang berpenghasilan utama dari pertanian, dan memiliki kepala keluarga berumur di bawah 65 tahun yang bekerja di lahan pertanian lebih dari 60 hari per tahun."
- ^
Zaidan H?jin Yano Tsuneta Kinenkai 財?法人矢野恒太記念? (2008) m/s. 136 Tabel 13-8. Report of Survey on Movement of Agriculture Structure.
- ^
Pada tahun 1990, keluarga petani komersil yang memiliki ketua keluarga berusia lebih 65 tahun mencapai 19.5%. Angka ini bertambah menjadi 32.4% pada tahun 2007.
"Main Indicators Relating to Agriculture, Forestry and Fisheries (農林水 産業?連主要指標(1)土地と人口 Land and population)"
. Kementerian Pertanian, Kehutanan dan Perikanan Jepun (MAFF)
. Dicapai pada
2009-03-09
.
- ^
"The Bloomberg Innovation Index"
.
Bloomberg
.
- ^
David Shamah (4 Februari 2015).
"Bloomberg: Israel Is World's 5th Most Innovative Country, Ahead Of US, UK"
. No Camels
. Dicapai pada
29 Oktober
2016
.
- ^
McDonald, Joe (4 Disember 2006). "China to spend $136 billion on R&D".
BusinessWeek
.
- ^
"Invest in Israel ? Where Breakthroughs Happen"
(PDF)
.
Investment Promotion Center
. Industry, Trade and Labor Ministry. 4 Disember 2011. m/s.?17
. Dicapai pada
17 Oktober
2012
.
- ^
"Japanese Nobel Laureates"
. Kyoto University. 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-03-09
. Dicapai pada
7 November
2009
.
- ^
"Japanese Fields Medalists"
. Kyoto University. 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 10 Mac 2010
. Dicapai pada
7 November
2009
.
- ^
a
b
"人口推計月報"
. Biro Statistik Jepun. Februari 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-21
. Dicapai pada
2009-08-08
.
- ^
Japan-born Koreans live in limbo
. The New York Times. 2 April 2005.
- ^
An Enclave of Brazilians Is Testing Insular Japan
. The New York Times. 1 November 2008.
- ^
'Home' is where the heartbreak is for Japanese-Peruvians
Diarkibkan
2010-01-06 di
Wayback Machine
. Asia Times. 16 Oktober 1999.
- ^
Registered Foreigners in Japan by Nationality
Diarkibkan
2005-08-24 di
Wayback Machine
. Stat.go.jp.
- ^
"?籍Q&A"
. 民事局
. Dicapai pada
2009-08-08
.
- ^
Fogarty, Philippa (2008-06-06).
"Recognition at last for Japan's Ainu"
.
BBC News
.
BBC
. Dicapai pada
2008-06-07
.
- ^
The Invisible Race
Diarkibkan
2012-12-16 di
Wayback Machine
. Time. 8 Januari 1973.
- ^
"The World Factbook: Rank order?Life expectancy at birth"
.
CIA
. 2006-12-19. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-12-29
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
a
b
"Statistical Handbook of Japan: Chapter 2?Population"
. Japan Ministry of Internal Affairs and Communications
. Dicapai pada
2006-12-28
.
- ^
a
b
Ogawa, Naohiro.
"Demographic Trends and Their Implications for Japan's Future"
The Ministry of Foreign Affairs of Japan. Transkrip wawancara pada 7 Mac 1997. Dicapai pada 14 Mei 2006.
- ^
Hidenori Sakanaka (2005-10-05).
"Japan Immigration Policy Institute: Director's message"
. Japan Immigration Policy Institute
. Dicapai pada
2007-01-05
.
- ^
French, Howard.
"Insular Japan Needs, but Resists, Immigration".
"
The New York Times
" (2003-07-24). Diakses pada 2007-02-21.
- ^
Ministry of Internal Affairs and Communications
- ^
Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (2006-09-15).
"International Religious Freedom Report 2006"
. U.S. Department of State
. Dicapai pada
2007-12-04
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
a
b
Kisala, Robert (2005). Robert Wargo (penyunting).
The Logic Of Nothingness: A Study of Nishida Kitar?
. University of Hawaii Press. m/s.?3?4.
ISBN
0824822846
.
- ^
"Religious Juridical Persons and Administration of Religious Affairs, [[Agency for Cultural Affairs]"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2008-09-09
. Dicapai pada
2010-01-14
.
- ^
Shinsen-kokugojiten (新選?語?典),
Ky?suke Kindaichi
,
Shogakukan
, 2001,
ISBN 4-09-501407-5
- ^
言語?大?典セレクション:日本列島の言語 (
Selection from the Encyclopædia of Linguistics: The Languages of the Japanese Archipelago
). "琉球列島の言語" (
The Languages of the Ryukyu Islands
). 三省堂 1997
- ^
"15 families keep ancient language alive in Japan"
.
UN
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-01-06
. Dicapai pada
2007-03-27
.
- ^
Lucien Ellington (2005-09-01).
"Japan Digest: Japanese Education"
. Indiana University.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2006-04-27
. Dicapai pada
2006-04-27
.
- ^
Lucien Ellington (2003-12-01).
"Beyond the Rhetoric: Essential Questions About Japanese Education"
. Foreign Policy Research Institute
. Dicapai pada
2007-04-01
.
- ^
"CIA World Factbook: Literacy"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-12-28
. Dicapai pada
2010-01-13
.
- ^
"School Education"
(PDF)
.
MEXT
. Diarkibkan daripada
yang asal
(
PDF
)
pada 2008-01-02
. Dicapai pada
2007-03-10
.
- ^
Kate Rossmanith (2007-02-05).
"Rethinking Japanese education"
. The University of Sydney
. Dicapai pada
2007-04-01
.
- ^
"The World University Rankings"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-06-04
. Dicapai pada
2010-01-14
.
- ^
OECD’s PISA survey shows some countries making significant gains in learning outcomes
,
OECD
, 04/12/2007.
Range of rank on the PISA 2006 science scale
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi
Jepun
.
|