한국   대만   중국   일본 
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

pertubuhan sukan bukan kerajaan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ,( Bahasa Inggeris : International Olympic Committee ( IOC ), Bahasa Perancis : Comite international olympique ) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne , Switzerland . Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
International Olympic Committee
Comite international olympique
Kerangka
Kependekan IOC? Sunting ini di Wikidata
Cogan kata Citius, Altius, Fortius? Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sah Pertubuhan sukan
Bidang Sukan Olimpik  Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan? 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
Anggota bagi International Association for Sports and Leisure Facilities, SportAccord? Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmi Inggeris , Perancis
Tapak web http://www.olympic.org
Facebook: Olympics Twitter: iocmedia Instagram: gorin LinkedIn: international-olympic-committee Youtube: UCczuDpBlXXdOuheWZClbRCw Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk 23 Jun 1894?di? Paris  Sunting ini di Wikidata
Pengasas Pierre de Coubertin , Dimitrios Vikelas? Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Pengerusi Thomas Bach  Sunting ini di Wikidata
Presiden Thomas Bach
Subsidiari Olympic Channel Services, Olympic Broadcasting Services , Jawatankuasa Olimpik Eropah , Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika , Panam Sports , Majlis Olimpik Asia , Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania  Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Verschlossene Auster (2008)? Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabat Lausanne , Switzerland
Lokasi
  • Switzerland? Sunting ini di Wikidata
Koordinat 46°31′5″N 6°35′49″E? Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatan Seluruh dunia? Sunting ini di Wikidata
sunting sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens , Yunani pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix , Perancis , pada tahun 1924. Kedua-dua temasya Olimpik Musim Panas dan Sejuk diadakan pada tahun yang sama sehinggalah tahun 1992. Selepas itu, IOC mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas sejak tahun 1994, demi membantu menjarakkan persediaan antara kedua-dua temasya ini.

Pejabat IOC di Lausanne .

Penubuhan sunting

 
Setem Jerman Timur tahun 1985.

Pada 23 Jun 1894, Sukan Olimpik telah diwujudkan semula oleh Pierre de Coubertin selepas tidak berlangsung kira-kira 1500 tahun. Coubertin berharap sukan sebegini mampu mewujudkan dan mengeratkan hubungan serantau antara negara serta keamanan. IOC ialah pertubuhan yang mengendalikan segala urusan pengaturcaraan semasa permainana dan merupakan pemilik hak cipta serta segala aset yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Logo Olimpik, reka bentuk bendera, moto, tema lagu dan ikrar Sukan Olimpik dikendalikan dan merupakan milik IOC. Presiden IOC bertanggungjawab sebagai lambang IOC. Terdapat juga ahli IOC yang mewakili negara masing-masing.

Rujukan sunting


Sumber sunting

  • Simson & Jennings. The Lord of The Rings. Power, Money and Drugs in the Modern Olympics . Shuster & Shuster. ISBN 0-671-71122-9 .

Pautan luar sunting