한국   대만   중국   일본 
ISO 639-3 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

ISO 639 [1] -3:2007 , Kod perlambangan nama bahasa ? Bahagian 3: Kod Alfa-3 untuk liputan tuntas bahasa, ialah piawai antarabangsa untuk kod bahasa dalam siri ISO 639 . Ia memerikan kod tiga huruf bagi mengenal pasti bahasa. Piawai ini memperluas kod alfa-3 ISO 639-2 demi meliputi semua bahasa sejadi yang diketahui. ISO 639-3 diterbitkan pada 5 Februari 2007 [1] dan bertujuan untuk pelbagai penggunaan, khususnya sistem komputer yang mendokong banyak bahasa. Ia memberikan hitungan bahasa dengan seberapa lengkap yang mungkin, baik bahasa moden mahupun bahasa pupus , bahasa kuno atau bahasa binaan , bahasa utama atau bahasa minor, serta bahasa tulisan mahupun yang bukan. [1] Bagaimanapun, ISO 639-3 tidak merangkumi bahasa binaan semula seperti bahasa Proto-Indo-Eropah . [2]

ISO 639-3 ialah superset kepada ISO 639-1 dan bahasa-bahasa individu dalam piawai ISO 639-2 . ISO 639- [2] [1] 1 dan ISO 639-2 menumpukan bahasa utama yang dilambangkan oleh seluruh kepustakaan dunia. Oleh sebab ISO 639-2 juga merangkumi kumpulan bahasa tetapi Bahagian 3 tidak, namun ISO 639-3 bukannya superset kepada ISO 639-2. Jika kod B dan T wujud dalam ISO 639-2, piawai ISO 639-3 akan menggunakan kod T. Contoh:

Bahasa 639-1 639-2 (B/T) Jenis 639-3
Inggeris en eng individu eng
Jerman de ger/deu individu deu
Arab ar ara makro ara: arb + banyak lagi
Minnan individu nan

Piawai ISO 639-3 mengandungi 7,589 masukan. [3] Masukannya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk:

  • bahasa-bahasa individu yang terkandung dalam piawai ISO 639-2;
  • bahasa-bahasa moden daripada edisi ke-15 Ethnologue ;
  • bahasa kuno dan kelainan bersejarah;
  • bahasa buatan daripada Senarai LINGUIST yang dicipta oleh Anthony Aristar ; dan
  • bahasa-bahasa yang disyorkan oleh orang awam pada tempoh pengulasan yang ditetapkan.

Peralihan daripada ISO 639-1 boleh dilakukan melalui Senarai kod ISO 639-1 .

Ruang kod sunting

Oleh sebab kod ISO 639-3 terdiri daripada tiga huruf abjad, batas atas teori untuk bilangan bahasa yang dapat dilambangkan ialah 26 × 26 × 26 = 17,576. Bagaimanapun, 547 kod tidak boleh digunakan dalam Bahagian 3 kerana ISO 639-2 mentakrifkan 4 kod khas, 520 kod simpanan dan 23 kod B-sahaja. Justera, batas atas yang mungkin ialah 17576 ? 547 = 17030. Batas ini menjadi lebih rendah lagi jika kita tolak kumpulan bahasa yang ditakrifkan dalam piawai ISO 639-2 serta kumpulan-kumpulan bahasa yang belum ditakrifkan dalam Piawai ISO 639-5 .

Makrobahasa sunting

Terdapat 56 buah bahasa dalam ISO 639-2 yang dianggap sebagai "makrobahasa" dalam ISO 639-3 [4] . Sesetengah makrobahasa ini tidak mempunyai sebarang bahasa individu, sebagaimana ditakrifkan oleh ISO 639-3 dalam set kod ISO 639-2, misalnya 'ara' (bahasa Arab Generik). Bahasa-bahasa lain seperti 'nor' (Norway) mempunyai dua bahagian yang berasingan ('nno' ( Nynorsk ), 'nob' ( Bokmal )) yang telah dimasukkan ke dalam ISO 639-2. Ini bermakna bahawa sesetengah bahasa (misalnya 'arb', bahasa Arab Baku) yang dianggap oleh ISO 639-2 sebagai dialek untuk sesuatu bahasa ('ara') kini dianggap sebagai bahasa tersendiri dalam ISO 639-3.

Terdapat percubaan untuk mengolah kelainan-kelainan yang berbeza antara satu sama lain daripada segi linguistik, tetapi dianggap oleh penuturnya sebagai dua bentuk untuk bahasa yang sama, misalnya dalam kes-kes diglosia . Untuk contoh, lihat:

Untuk senarai yang lengkap, lihat Pemetaan Makrobahasa (sil.org) Diarkibkan 2012-06-13 di Wayback Machine .

Bahasa kolektif sunting

Sesetengah kod ISO 639-2 yang umum digunakan tidak melambangkan bahasa atau sesetengah bahasa yang berkait (berbeza dengan makrobahasa di atas) yang dirujuk. Ia dianggap sebagai bahasa kolektif [5] dan tidak dimasukkan ke dalam ISO 639-3.

Penggunaan ISO 639-3 sunting

Lihat juga sunting

 

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d ISO 639-3 status and abstract (iso.org)
  2. ^ a b "Types of individual languages - Ancient languages (sil.org)" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26 . Dicapai pada 2009-09-20 .
  3. ^ "ISO 639-3 Code Set" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-24 . Dicapai pada 2009-09-20 .
  4. ^ Scope of denotation: Macrolanguages (sil.org)
  5. ^ Scope of denotation: Collective languages (sil.org)

Pautan luar sunting