ISO 639
ialah salah satu daripada beberapa
piawai antarabangsa
yang menyenaraikan
kod
ringkas untuk nama-nama
bahasa
.
Etnolog
piawai ini menggunakan kod-kod ISO 639-3 mulai daripada edisi ke-15.
ISO 639 yang terdiri daripada beberapa bahagian masih dalam perkembangan, dengan dua bahagian kini diluluskan serta diterbitkan, dan satu lagi bahagian dalam peringkat pelulusan yang terakhir (FDIS):
Bahagian-bahagian yang masih diperkembangkan adalah seperti berikut:
- ISO/CD 639-4
:
Kod perwakilan nama-nama bahasa ? Bahagian 4: Garis panduan pelaksanaan dan prinsip-prinsip am untuk pengekodan bahasa
- ISO/DIS 639-5
:
Kod perwakilan nama-nama bahasa ? Bahagian 5: Kod Alpha-3 untuk famili dan kumpulan bahasa
- ISO/CD 639-6
:
Kod perwakilan nama-nama bahasa ? Bahagian 6: Perwakilan Alpha-4 untuk liputan kelainan bahasa yang menyeluruh
Ruang kod Alpha-3
sunting
Oleh sebab kod Alpha-3 ini mempunyai tiga huruf, had atas untuk bilangan bahasa dan himpunan bahasa yang dapat diwakili ialah 26 × 26 × 26 = 17?576. Bahagian 2 mentakrifkan dua kod khas, iaitu
mul
,
und
, dan satu julat simpanan, qaa-qtz (500 kod), serta 23 kemasukan kembar (kod B/T). Kesemua ini berjumlah 545 kod yang tidak boleh digunakan dalam Bahagian 3 untuk mewakili bahasa, atau dalam Bahagian 5 untuk mewakili himpunan bahasa. Yang tinggal ialah 17?576 - 545 = 17?032.