한국   대만   중국   일본 
Geseran gigi bersuara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Geseran gigi bersuara

Geseran gigi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ð dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan D dalam X-SAMPA .

Nombor AFA 131
Pengekodan
X-SAMPA D
Imej
Sampel audio
noicon

Sesetengah penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ? ( zal atau dzal ); walau bagaimanapun kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah disebut kepada fonem yang hampir mirip iaitu geseran gusi/frikatif alveolar bersuara diwakili huruf Z/z , [1] malah turut ditulis berhuruf sedemikian dalam ejaan baku tertentu contohnya: Z ulkarnain , ma z hab .

Ciri-ciri sunting

Ciri-ciri geseran gigi bersuara:

Rujukan sunting

  1. ^ Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu" . Jurnal Bahasa . Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1 : 109?130.