Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya
ialah salah satu daripada 13 fakulti
Universiti Malaya
(UM).
[3]
Ia ditubuhkan pada 21 April 1972 selepas penubuhan kampus universiti di
Kuala Lumpur
dan merupakan sekolah undang-undang pertama yang ditubuhkan di Malaysia.
[4]
Fakulti ini telah berkembang daripada hanya pengambilan 50 pelajar pada tahun pertama kepada 160 pelajar sarjana muda setahun (pelajar dalaman), 450 pelajar pascasiswazah, di mana 110 daripadanya telah melanjutkan pengajian PhD (dalaman dan jauh) dan lebih daripada 300 pelajar luar negara.
[4]
Kini ia telah berkembang daripada sebuah institusi pengajian kepada persekitaran profesional yang matlamatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan profesion undang-undang.
[4]
Datuk G. Rajasooria ialah individu yang bertanggungjawab di belakang tabir dan melihat pengiktirafan berkanun Fakulti Undang-Undang, UM. Dekan pertama, Allahyarham Tan Sri Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, telah dilantik pada Ogos 1972, sebelum pintu fakulti dibuka pada September 1972 kepada 50 ‘peguam' baru, kumpulan pertama fakulti. Mereka telah menamatkan pengajian pada tahun 1976.
[4]
Bermula dari ijazah sarjana muda yang dianugerahkan pada tahun 1976, graduan Sarjana pertama dengan bangganya menerima skrol mereka pada tahun 1978, dan dua tahun kemudian, diikuti dengan penganugerahan PhD. Kumpulan perintis Fakulti Undang-undang ini ialah 'peguam' pertama yang menerima skrol mereka daripada Canselor ketika itu, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
[4]
Fakulti Undang-Undang juga memperkenalkan program Rancangan Pendidikan Undang-Undang Lanjutan pada 1993 dalam usaha membantu menyebarkan pengetahuan mengenai pelbagai aspek undang-undang kepada masyarakat luar kampus.
[5]
Alumni-alumni Fakulti Undang-undang Universiti Malaya terdiri daripada individu-individu daripada pelbagai latar belakang yang telah memberi sumbangan masing-masing ke arah pembangunan negara dalam sektor perkhidmatan, kehakiman, perundangan, kerajaan, korporat, akademi dan di Parlimen.
[6]
Kini, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman diketuai oleh graduan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di mana badan legislatif diketuai oleh
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
, Tan Sri
Azhar Azizan Harun
, badan eksekutif dipimpin oleh
Perdana Menteri Malaysia
, YAB Dato Seri
Ismail Sabri Yaakob
dan badan kehakiman diterajui oleh
Ketua Hakim Negara
YAA Tun
Tengku Maimun Tuan Mat
. Bukan itu sahaja, badan perundangan pula diketuai oleh YBhg. Tan Sri
Idrus Harun
yang memegang jawatan sebagai
Peguam Negara
.
Dalam sektor kehakiman, keempat-empat jawatan tertinggi disandang oleh graduan Fakulti Undang-undang UM termasuklah
Ketua Hakim Negara
YAA Tun
Tengku Maimun Tuan Mat
, Presiden Mahkamah Rayuan YAA Tan Sri
Rohana Yusuf
, Hakim Besar Malaya YAA Tan Sri
Azahar Mohamed
, Hakim Besar Sabah dan Sarawak YAA Tan Sri
Abang Iskandar Abang Hashim
.
Antara alumni fakulti termasuklah:
Sektor Kerajaan
Badan Kehakiman
- Tun
Tengku Maimun Tuan Mat
,
Ketua Hakim Negara
ke-10
- Tun
Md Raus Shariff
, Mantan
Ketua Hakim Negara
- Tan Sri
Abang Iskandar Abang Hashim
,
Presiden Mahkamah Rayuan ke-12
&
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
ke-6
- Tan Sri
Rohana Yusuf
,
Presiden Mahkamah Rayuan
ke-11
- Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah,
Hakim Besar Malaya
ke-13
- Tan Sri
Azahar Mohamed
,
Hakim Besar Malaya
ke-12
- Dato' Abdul Rahman Sebli,
Hakim Besar Sabah & Sarawak
ke-7
- Tan Sri
Ahmad Maarop
, Mantan
Presiden Mahkamah Rayuan
& Mantan
Hakim Besar Malaya
- Tan Sri Datin
Zaharah Ibrahim
, Mantan
Hakim Besar Malaya
- Tan Sri Zainun Ali, Mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Zaleha Yusuf, Mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Mohd Zawawi Salleh, Mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Datuk Dr. Badariah Sahamid, Mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan
& Mantan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya
- Datuk Alizatul Khair, Mantan Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Rhodzariah Bujang, Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Sri Hasnah Dato' Mohammed Hashim, Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Zabariah Mohd Yusof, Hakim
Mahkamah Persekutuan
- Dato' Nordin Hassan, Hakim
Mahkamah Persekutua
n
Parlimen
Badan Perundangan
Bidang Akademi
- Profesor Dr. Jason Chuah C.T., Dekan Fakulti Undang-undang UM & Mantan Ketua Jabatan Undang-undang, City Law School UK & Penerima
Cambridge Commonwealth Trust Award
di
Universiti Cambridge
.
- Profesor Leong Wai Kum, Pensyarah Fakulti Undang-undang,
Universiti Nasional Singapura
- Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Malaya
[7]
- Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee, Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya & Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya & Mantan Naib Pengerusi
SUHAKAM
- Profesor Madya Dato Dr. Johan Shamsuddin Sabarudin, Mantan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya & Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)
Lain-lain
- Nik Ramlah Nik Mahmood, Mantan Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Tan Sri
Shahrizat Abdul Jalil
, Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) dan Mantan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Azwan Ali
, Pengacara TV & Pelakon
[8]
- Uyaina Arshad
, Pengacara, Model & Pelakon
- Philip Koh Tong Ngee, Pengasas World Vision Malaysia, Peguam & Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya
- Lim Wei Jiet, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) & Pengasas Parti
MUDA
& Peguam
- Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah
, Mantan Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM) & Peguam