Zaman prapenjajahan
sunting
Bukti-bukti arkeologi yang terhad membuktikan bahawa Barbados memiliki penghuni pada sekitar pertengahan alaf kedua SM.
[7]
Penghuni Amerindia yang lebih kekal wujud di Barbados pada abad keempat hingga ketujuh Masihi.
[8]
Penghuni-penghuni
Arawak
dan
Kalinago
dari Amerika Selatan mula menghuni di pulau ini sejak abad kesembilan Masihi.
Zaman penjajahan
sunting
Orang Portugis merupakan orang Eropah pertama menemukan dan mencatat kelibat pulau ini dalam pelayaran mereka dari
Brazil Jajahan
. Salah seorang peneroka ini, Pedro A. Campos menamakan pulau ini sebagai
Os Barbados
yakni "yang
berjanggut
".
[9]
Nama ini dikatakan merujuk kepada
pokok-pokok ara
spesies
Ficus citrifolia
yang menjalar seakan janggut atau penampilan orang-orang asal yang menduduki pulau ini.
Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum penjelajah
British
mula menetap di sini pada 1627. Kapten
John Powell
mendarat di Barbados pada 1625 dan mengisytiharkan pulau sebagai tanah jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 orang peneroka dan 10 orang
hamba abdi
. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di
Jamestown
di pantai barat, kini dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun 1628 penduduk koloni ini bertambah menjadi 2,000 orang.
Pihak penjajah telah menebang kebanyakan hutan belantara dan menanam
tembakau
dan
kapas
. Pada 1640-an, mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan
tebu
. Ladang-ladang ini ialah ladang
tebu
terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan keuntungan lumayan bagi pihak penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan
gula
yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Meskipun begitu, ekonomi Barbados masih bergantung kepada sektor
gula
,
rum
dan
molases
hingga kurun ke-20. Selepas
Perang Dunia Kedua
, industri gula mula merudum manakala sektor
pelancongan
telah meningkat naik.
Zaman pascakemerdekaan
sunting
Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 30 November 1966 dengan
Errol Barrow
sebagai Perdana Menteri pertama. Pada awal 1990-an, pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.
Pada 15 September 2020, pemerintah penguasai Barbados mengumumkan pelaksanaan
membubarkan kuasa beraja
sebagai suatu negara
republik
pada 30 November 2021, 55 tahun setelah negara itu merdeka dari jajahan British menggantikan dengan suatu
Presiden
ketua negara lantikan rakyat sendiri;
[10]
[11]
Barbados masih akan kekal keanggotaan dalam
Alam Komanwel
.
[12]
[13]
[14]
[15]
Suatu pemindaan kepada perlembagaan negara Barbados menyentuh hal ini diperkenalkan dalam Parlimen Barbados pada 20 September 2021 yang diluluskan pada 6 Oktober tahun sama.
[16]
Pada minggu berikutnya tanggal 12 Oktober,
Gabenor Jeneral
terakhir negara tersebut,
Sandra Mason
dilantik dua-dua pihak pemerintah dan pembangkang parlimen sebagai Presiden pertama mereka
[17]
sebelum disahkan dalam pilihan raya tanggal 20 Oktober.
[18]
Barbados terletak di Lautan Atlantik dan merupakan pulau paling timur di
Antillen Kecil
serta
Hindia Barat
. Barbados merupakan sebuah
pulau
yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini
beriklim tropikal
, dengan musim hujan di antara bulan Jun dengan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dengan Mei. Ibu negara Barbados ialah
Bridgetown
. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah
Holetown
dan
Speightstown
.
Sistem politik Barbados ialah berasaskan sistem republik berparlimen berdasarkan
sistem Westminster
. Ketua negara Barbados ialah
Presiden Barbados
, kini dipegang oleh Dame
Sandra Mason
. Kuasa
eksekutif
masih terletak di tangan
Perdana Menteri
dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya ialah seorang ketua
parti politik
yang menang dalam
pilihan raya
untuk 30 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat
. Ahli-ahli dipilih setiap lima tahun. Ahli
Senat
atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Daripada jumlah tersebut, 12 orang ahli dilantik atas nasihat
Perdana Menteri
, dua orang atas nasihat Ketua Pembangkang dan tujuh orang dipilih oleh Gabenor Jeneral.
Barbados terbahagi kepada 11 kariah (
parishes
) seperti di bawah:
Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu, Barbados telah menerokai sektor pengeluaran dan
pelancongan
. Nilai
keluaran dalam negara kasar
negara setakat 2018 ialah $5.087 billion secara nominal dan $5.344 billion secara
pariti kuasa beli
.
[19]
Laporan pada 2017 menunjukkan kira-kira 88% daripada sektor ekonomi negara adalah bersumberkan perkhidmatan.
Kewangan Persisiran Pantai
dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor
pengeluaran ringan
. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik
kerajaan
. Ekonominya telah menguncup pada
2001
disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancongan dan pengguna.
Bancian negara pada 2010 menetapkan jumlah penduduk negara pada 277,821 orang, yakni 133,018 orang lelaki dan 144,803 orang perempuan.
[20]
Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai
Bajan
) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan
hamba abdi
yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain ialah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados ialah
bahasa Inggeris
, tetapi masyarakat lazimnya bertutur dalam suatu kreol yang dipanggil sebagai
Bajan
. Kebanyakkan rakyat negara beragama
Kristian
aliran
Protestan
(
Gereja Anglikan
) dengan peratusan kira-kira 40%.
[21]
Namun begitu, agama
Katolik
,
Hindu
dan
Islam
juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.
Sistem pendidikan Barbados adalah menghampiri sistem pendidikan British. Barbados memiliki lebih 70 buah sekolah rendah serta lebih 20 buah sekolah menengah termasuk beberapa buah sekolah antarabangsa. Beberapa buah institut pengajian tinggi dibangunkan di Barbados untuk menyumbang kepada pendidikan tinggi penduduk negara. Kadar
celik huruf
masyarakat Barbados menghampiri 100%.
[22]
Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams
ialah lapangan terbang tunggal Barbados yang menjadi hab pengangkutan utama kawasan timur Caribbean. Barbados tidak memiliki sebarang pengangkutan rel.
Pengaruh Inggeris sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di Hindia Barat. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaan negara iaitu
kriket
. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah
Garfield Sobers
dan
Frank Worrell
.
- ^
a
b
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
cia
- ^
United Nations. "World Population Prospects 2019".
- ^
"Barbados ? General Information"
(dalam bahasa Inggeris). GeoHive.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 1 February 2017
. Dicapai pada
16 Diaember
2013
.
- ^
a
b
"Report for Selected Countries and Subjects"
.
www.imf.org
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 10 Mac 2021
. Dicapai pada
18 Mac
2021
.
- ^
Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene
(PDF)
. United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s.?343?346.
ISBN
978-92-1-126442-5
.
Diarkibkan
(PDF)
daripada yang asal pada 15 December 2020
. Dicapai pada
16 December
2020
.
- ^
"Barbados"
. 29 Ogos 2006. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 15 October 2007.
(fco.gov.uk), dikemaskini 5 Jun 2006.
- ^
Peter Drewett, 1993. "Excavations at Heywoods, Barbados, and the Economic Basis of the Suazoid Period in the Lesser Antilles",
Journal of the Barbados Museum and Historical Society
38:113?37; Scott M. Fitzpatrick, "A critical approach to c14 dating in the Caribbean",
Latin American Antiquity
, 17 (4), pp. 389 ff.
- ^
Beckles, Hilary
.
A History of Barbados: From Amerindian Settlement to Caribbean Single Market
(Cambridge University Press, 2007 edition).
- ^
Retrieved 5 March 2016.
- ^
Yasharoff, Hannah.
"Barbados announces plan to remove Queen Elizabeth as head of state next year"
.
USA TODAY
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-09-16
.
- ^
"Barbados elects first president, replacing UK Queen as head of state"
.
- ^
Team, Caribbean Lifestyle Editorial (2020-09-15).
"Barbados to become an Independent Republic in 2021"
.
Caribbean Culture and Lifestyle
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-09-15
.
- ^
Speare-Cole, Rebecca (2020-09-16).
"Barbados to remove Queen as head of state by November 2021"
.
Evening Standard
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-09-16
.
- ^
Madden, Marlon, penyunting (17 September 2020).
"Wickham predicts Barbados' republic model to mirror Trinidad's"
. Top Featured Article. Barbados Today
. Dicapai pada
4 June
2021
.
As Barbados prepares to ditch the Queen as its Head of State and become a republic, a prominent political scientist is predicting that Prime Minister Mia Mottley will follow the Trinidad and Tobago model. What's more, Peter Wickham has shot down any idea of the Barbados Labour Party administration holding a referendum on the matter, saying that to do so would be a "mistake". "There is no need to and I don't think it makes a lot of sense. We had a situation where since 1999 this [political party] indicated its desire to go in the direction of a republic. The Opposition has always supported it ... So, I think there is enough cohesion in that regard to go with it," he said.
- ^
"Barbados to remove Queen Elizabeth as head of state"
.
BBC News
. 16 September 2020
. Dicapai pada
18 March
2021
.
- ^
"Barbados Parliament Bills Archive"
.
www.barbadosparliament.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
8 October
2021
.
- ^
"Letter to the Speaker RE Nomination of Her Excellency Dame Sandra Mason as 1st President of Barbados"
(PDF)
.
Parliament of Barbados
. 12 October 2021
. Dicapai pada
16 October
2021
.
- ^
Barbados just appointed its first president as it becomes a republic - The National
- ^
"World Economic Outlook Database, October 2019"
.
IMF.org
(dalam bahasa Inggeris).
Tabung Kewangan Antarabangsa
.
- ^
2010 Population and Housing Census
(PDF)
(Laporan) (dalam bahasa Inggeris).
1
. Barbados Statistical Service. September 2013. m/s.?i. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 18 Januari 2017.
- ^
"Archived copy"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 5 Februari 2018
. Dicapai pada
3 Mei
2017
.
CS1 maint: archived copy as title (
link
)
- ^
"Unesco Institute for Statistics: Date Centre"
. 14 September 2007.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 30 January 2011
. Dicapai pada
28 February
2011
.