The New York Times
merupakan sebuah
akhbar
harian
Amerika Syarikat
yang diterbitkan di
Bandar Raya New York
dan diedarkan serata dunia. Akhbar ini merupakan akhbar metropolitan terbesar di
Amerika Syarikat
, "The Gray Lady"?namanya kerana kemunculannya yang membosankan dan bergaya ? dianggap sebagai satu
akhbar catatan
utama merakam peristiwa sepanjang sejarah negara tersebut. Ditubuhkan di dalam tahun 1851, akhbar tersebut telah memenangi 98
Hadiah Pulitzer
, lebih daripada akhbar-akhbar yang lain. Motonya, seperti dicetak di sudut kiri atas muka depan, adalah "Segala Berita Yang Wajar Dicetak (
All the News That's Fit to Print
)". Akhbar ini dimiliki oleh
The New York Times Company
, yang menerbitkan 18 akhbar-akhbar yang lain, termasuklah
International Herald Tribune
dan
The Boston Globe
. Pengerusi syarikat berkenaan adalah
Arthur Ochs Sulzberger Jr.
, yang mana keluarganya telah mengawal akhbar ini semenjak tahun 1896.