Perdana menteri
(
Jawi
:
?
????? ?????
?
?
serapan
Sanskrit
:
?????? ??????
,
rumi:?
pradh?n mantr?
;
bahasa Inggeris
:
prime minister
) ialah
menteri
yang paling kanan dalam
kabinet
, sebahagian cabang
eksekutif
dalam
sistem berparlimen
. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan
ahli politik
, ini tidak semestinya.
Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan
pengerusi
kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan
perkhidmatan awam
dan melaksanakan arahan-arahan
Presiden
Dalam sistem-sistem
parlimen
seperti
sistem Westminster
United Kingdom
, perdana menteri ialah
ketua kerajaan
, manakala
ketua negara
(
Raja
,
Ratu
,
Presiden
, atau
Gabenor Jeneral
[
de facto
]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan
ahli parlimen
dan dikehendaki memastikan pelulusan
rang undang-undang
oleh
badan perundangan
. Dalam sebilangan
pemerintahan beraja
, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan oleh
perlembagaan
dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.
Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain ? umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakan Lord Perbendaharaan Pertama.
[1]
Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain ? umpamanya, semasa
Perang Dunia Kedua
,
Winston Churchill
juga merupakan
Menteri Pertahanan
(walaupun tidak adanya
Kementerian Pertahanan
ketika itu). Banyak
Perdana Menteri Malaysia
juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti
Kementerian Dalam Negeri
dan
Kementerian Kewangan
.
Sedangkan jawatan moden untuk Perdana Menteri dikembangkan di United Kingdom, penggunaan pertama istilah Perdana Menteri atau
Premiere Minstre
adalah oleh Kardinal Richelieu pada tahun
1624
ketika beliau dilantik untuk mengetuai majlis diraja sebagai perdana menteri
Perancis
. Secara amnya,
Louis XIV
dan keturunan-keturunannya mengelakkan penggunaan gelaran ini untuk para ketua menteri. Istilah Perdana Menteri mengikut takrifan yang dikenali kini datang daripada keadaan di United Kingdom pada
abad ke-18
.
Sejak zaman pertengahan, Raja-raja England dan United Kingdom mempunyai menteri-menteri yang baginda-baginda itu memberi kepercayaan khas dan dianggap sebagai ketua kerajaan. Contoh-contohnya termasuk Thomas Cromwell di bawah
Henry VIII
; William Cecil, Lord Burghley di bawah
Elizabeth I
; Clarendon di bawah
Charles II
; dan Godolphin di bawah
Ratu Anne
. Menteri-menteri ini memegang berbagai-bagai jawatan rasmi. Biasanya, jawatan itu hanya digelarkan "Menteri", atau "Menteri Pertama", tetapi akhirnya, gelarannya menjadi "Perdana Menteri".
Kuasa menteri-menteri itu bergantung pada keseluruhannya kepada murah hati peribadi Raja-raja. Walaupun pengurusan Parlimen merupakan salah satu kemahiran yang wajib dalam pemegangan jawatan yang tinggi, para perdana menteri tidak bergantung kepada majoriti parlimen untuk kuasa mereka. Walaupun
Kabinet
wujud, semua ahli kabinet dilantik oleh Raja, dan Raja biasanya mempengerusikan sidang-sidangnya. Jika Raja tidak suka akan menteri pertamanya, baginda boleh memecatnya, atau lebih teruk lagi, menjalankan hukuman mati ke atasnya. Cromwell dihukum mati dan Clarendon dibuang negeri ketika mereka disukai lagi oleh Raja mereka. Raja-raja kekadang memisahkan kuasa antara dua atau lebih menteri untuk mencegahkan seorang menteri menjadi terlalu kuat. Umpamanya, pada lewat pemerintahaan Ratu Anne, dua orang menteri Tory, iaitu Harley dan St. John berkongsi kuasa.
Titik peralihan dalam evolusi jawatan perdana menteri datang dengan kemangkatan Ratu Anne pada tahun
1714
, dan naik takhta
George I
. George tidak tahu bertutur dalam
bahasa Inggeris
, dan menghabiskan banyak masanya di dalam istana di
Hannover
, serta tidak mempunyai pengetahuan, mahupun minat, dalam perincian-perincian kerajaan Inggeris. Dalam keadaan-keadaan sebegini, tidak dapat dielakkan bahawa menteri pertama Raja menjadi ketua kerajaan secara
de facto
. Menteri pertama ini ialah
Robert Walpole
, ahli politik Whig, yang memegang jawatan dari
1721
selama 21 tahun. Walphole mempengerusikan semua sidang Kabinet, melantik semua menteri yang lain, dan mengetepikan naungan raja serta mengisikan
Dewan Rakyat
dengan penyokong-penyokongnya. Di bawah Walpole, doktrin perpaduan Kabinet berkembang. Walpole menetapkan bahawa tiada menteri selain daripada dirinya boleh mempunyai sebarang urusan peribadi dengan Raja, dan juga ketika Kabinet bersetuju dengan sesuatu dasar, semua menteri harus mempertahankanya di khalayak ramai atau meletakkan jawatan. Sebagai Perdana Menteri yang kemudian,
Lord Melbourne
berkata: "Tidaklah penting apa yang kita berkata, tuan-tuan, asalkan kita semua berkata perkara yang sama."
Walpole selalu menafikan bahawa beliau adalah "Perdana Menteri" dan pada sepanjang
abad ke-18
, para ahli parlimen dan cendekiawan undang-undang meneruskan penafian terhadap adanya sebarang jawatan ini dalam Perlembagaan. Gelaran ini dirujuk dalam dokumen-dokumen kerajaan buat pertama kali semasa pentadbiran
Benjamin Disraeli
tetapi tidak muncul dalam Susunan keutamaan British yang rasmi sehingga
1905
.
George II
dan
George III
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuntut semula kuasa raja, tetapi kerumitan dan belanja kerajaan yang semakin bertambah bermakna bahawa seorang menteri yang dapat memperoleh kesetiaan ahli-ahli Dewan Rakyat semakin diperlukan. Tempoh perjawatan Perdana Menteri Pitt Lebih Muda (
1783
-
1801
) pada tempoh perang, bersama-sama dengan penyakit jiwa George III, mengukuhkan kuasa jawatan ini. Menjelang pemerintahan
Ratu Victoria
, hakikat bahawa Perdana Menteri merupakan pemerintah negara yang benar tidak boleh lagi dipertikaikan, walaupun kuasanya selalu bergantung kepada sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Dalam sejarah
Peru
, 13 orang perdana menteri telah dibunuh oleh isteri mereka. Tekaan yang popular menunjukkan bahawa pembunuhan-pembunuhan ini tertimbul daripada para perdana menteri itu mempunyai hubungan luar nikah.
Martabat institusi-institusi British pada
abad ke-19
dan pertumbuhan
Empayar British
memperlihatkan model kerajaan berkabinet British, yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri, ditiru secara meluas oleh kedua-dua negara-negara Eropah yang lain serta wilayah-wilayah jajahan British ketika mengembangkan pemerintahan sendiri.
[3]
[4]
[5]
Di sesetengah negara, gelaran-gelaran alternatif seperti "
Premier
", "Ketua Menteri," "Menteri Pertama Negara", "Presiden Majlis" atau "Kanselor" diterimaguna, tetapi asas-asas jawatan itu adalah sama sahaja.
Menjelang lewat
abad ke-20
, kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri atau menteri yang serupa yang memegang jawatan di bawah sistem negara
Raja berperlembagaan
atau presiden istiadat. Kekecualian yang utama dalam sistem ini ialah
Amerika Syarikat
dan republik-republik berpresiden
Amerika Latin
yang mencontohi sistem Amerika Syarikat dalam pemberian kuasa eksekutif secara langsung kepada Presidennya.
[6]
[7]