.
Hong Kong Disneyland
(
Bahasa Cina
:
香港迪士尼樂園
) ialah
taman tema
pertama dalam
Hong Kong Disneyland Resort
dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat
Hong Kong International Theme Parks
.
Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas
tanah tebus guna
di
Penny's Bay
,
Pulau Lantau
. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur
budaya
, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum
feng shui
. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar
qi
yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan.
[1]
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu
Main Street, U.S.A.
,
Fantasyland
,
Adventureland
dan
Tomorrowland
. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa-bahasa
Inggeris
,
Kantonis
dan
Mandarin
. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-baahsa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Taman ini boleh menampung 34,000 pelawat sehari
[2]
, sebagai taman Disneyland terkecil di dunia.
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema klasik, iaitu
Main Street, U.S.A.
,
Adventureland
,
Fantasyland
dan
Tomorrowland
. Pada tahun 2014, Hong Kong Disneyland bakal merangkumi sejumlah tujuh kawasan bertema selepas ditambah
Grizzly Trail
,
Mystic Point
dan
Toy Story Land
, yang diumumkan untuk rancangan peluasan Hong Kong Disneyland.
- Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
- Grizzly Gulch geysers play area
- Mystic Manor
- Garden of Wonders
- The Storytellers Sandbox
- Toy Soldiers Parachute Drop
- Slinky Dog ZigZag Spin
- RC Racer